Tuesday, 12 June 2012

New born yang ke-5

Bismillahirrahmanirahim...

Sementara berkesempatan hari ni, aku persembahkan fresh-from-the-oven...baby terchinta yang ke-5 dalam adik-beradik dia merangkap cucu nenda yang ke-11.. Pukul 12tghr lahir, di Hospital bersalin Razif..alhamdulillah semuanya selamat, Berat baby 3.87.. semangatkan?? ermmm.. nampaknya hari raya ni bertambah haus lah poket aku ye..tahun lepas poket depa, pasai Danish buat collection, taun ni tambah baby baru lagi.. Alhamdulillah hopefully baby doakan cikAn sihat dan berjaya dunia akhirat okeyss..

Kata kakak aku, nak nama kan dia Awliya Nadhah..Cari punya cari, Awliya maksudnya kekasih, tapi nadhah tu tak jumpa pulak..Kakak kata dalam buku nama-nama dia ada, tapi tak ingat maksud.. Aku cadangkan Najah ; kejayaan atau Nasuha; yang luhur, ikhlas dan bersih.. So tatau ada perubahan atau kekal Awliya Nadhah.. Harapnya jadi anak yang berguna bila besar nanti dan tak mo naughty macam abang2 okeyy.. Ilove you babey













p/s: weekend ni majlis aqiqah, tahniq dan cukur jambul..nanti update lagi,, ada nak buat door gift untuk si kecit ni..hehe

Birthday mySayang


Assalamualaikum...Sangat terlewat untuk aku taip kan disini but at last aku dpt luahkan kat belog terchinta dan sedikit berhabuk ni..hehe


15/5 : Hari ni genaplah Muhammad Qhaleef Danish setahun. Alhamdulillah..pejam celik pejam celik sedar tak sedar aku dah berjaya melaksanakan tanggungjawab aku menjadi ibu kpd bujang aku yang sorang ni.. Saat ni mula lah teringat balik kisah2 sblm kejadian...



flashback: 
Sept 2010 : Masa tu 1 Syawal. Sebenarnya aku dah perasan yang period dah lewat sebln. Tapi ignore je sebab suka sangat, mana taknya buat julung2 kalinya aku puasa penuh..mau tak suka??..hehe.. Jadi Pagi Raya tu baru le aku test urine test dan YESS..bertukar +ve.. Aku orang ke-2 tersgt lah happy selepas en.hubby..yelah mana taknya nak sethn juga menunggu baru berhasil..hehe..alhamdulillah

9bln 10hari: aku tempuh dengan redha..tapi kadang2 ada le jugak mengeluh..bkn apa, berat naik sangat sampai 20kg naiknya..mau tak pening?? baru anak sorang. Alhamdulillah, aku tak ada morning sickness, tapi balik je keje, malam je lepas isyak confirm dgn telekung2 aku tertidur..badan rasa letih yang teramat sgt,,mcm buat benda berat.. Sepanjang mengandungkan Danish aku kira-kira macam masa bln Ramadhan lagi Danish dah ada.. Masa tu tak perasan lagi, tapi kali ni bln puasa aku sgt lain, sebab dah bersuami pun iye..tapi kerajinan tu lain sikit.. Tetiba aku rajin p terawih, rajin mengaji, rajin menolong apa2 la..sebab selalunya tak lah sangat kan..

Amalan: Bila dah tau je aku pregnant, aku amalkan tiap2 hari, bila aku larat dan ada masa..Surah Yusuf, Surah Maryam (banyak2 sgt2 baca, 2 surah ni), Surah Luqman, Surah Yassin, Surah At-taubah. Dan berdoa yang tak putus-putus mohon baby yang sihat, cantik dan sempurna akal, fizikal dan mentalnya dan perbanyakkan berzikir - insyallah nanti anak cepat pandai bercakap. Makanan pulak, aku minum Anmum, Hi-goat, Air kelapa, spirulina organik - untuk cergas dan otak baby, supplement doktor pun mkn, supplement sendiri pun telan mcm celgenic - kuku, rambut dan gigi, omega fish oil (sekali sekala), Kurma - makan byk2, dah ada testimoni dapat permudahkan masa bersalin nanti sebab makan kurma blh kembang kan rahim. Dan dah last2 minggu tu aku minum setiap hari 1 sudu minyak zaitun..org suruh aku telah je, yg mn baik.. Katanya melicinkan masa baby nak keluar nanti..YESSS..memang betul pun!! Seronok rupanya mengandung ni.. Mudah je rezeki.

Sedar tak sedar..lahirlah danish, dan dapatlah aku rasa macam mana kesakitan sewaktu melahirkan, menyusukan -danish fully breast feed (bf) sampai umur 9 bulan(bengkak, luka sampai nangis2 sakit), lepas tu part membesarkan pula..macam mana peritnya mata bila kena berjaga waktu dia demam, selsema, chicken-pox (genap setahun danish kena), waktu dia meragam, menangis tak berhenti bila ada gangguan benda2 halus ni, waktu dia menjerit nak susu tengah2 malam, macam mana kelam-kabutnya bila danish dah pandai panjat tangga!!, panjat kerusi!! panjat meja!! aduhhh..memang hero Malaya anak ibu ni..Dan kadang-kadang saat2 susah payah membesarkan tu hilang dari ingatan bahkan rasa puas sangat sebab dapat membesarkan dia depan mata kita dan saat dia pandai senyum dengan kita, bergelak ketawa, dah pandai main cak-cak, saat dia pandai sebut Abah...abah..dan paling aku terharu bila satu hari dia sebut "buuu..." aku kata ye nak apa? "na-dedek" (hehehe...nak nenen la tu, sampai sekarang dia bf, mlm) mula-mula tak perasan, sampai kali-kedua waktu yang lain dia sebut lagi, baru aku terjerit gembira tersangat2!!! mengalir air mata terharu..dah besar dah danish

Sekarang part nak mengejar danish tengah syok naik tangga dalam rumah ni yang berpuluh-puluh mata ni, pastu dah jadi rutin ptg2 blk keje je, nak kene round dgn basikal dulu kul 6.30 ke 7.00 baru masuk semula, kalau tak mengamuk!! La ni dah pandai kita tak bagi barang dia nak rebah2..tapi aku tak ikutkan juga, takut dia pandai cara gitu bila nak kan sesuatu nanti, haii mati aku.. Masa kecil2 ni waktu aku nasihat dan tegur dulu w/p dia tak faham apa pun.. Apa-apa pun amalan baca surah TO-HA AYAT 1-5 memang mampu merawat dan melembutkan hati danish..sebab aku perasan sekarang dia lebih dengar teguran aku..alhamdulillah

Semua saat-saat ni memang penat, pedih untuk dilalui tapi dibalas dengan rasa puas bila kita berjaya beri dia didikan yang betul insyallah.. Aku harap suatu hari Muhammad Qhaleef Danish menjadi seorang hamba allah yang beriman dan berjaya dunia dan akhirat dan boleh doakan ibu dan abah bila kami dah tiada nanti..insyallah, wallahua'lam..
     
Impian ibu dan abah Danish jadi macam ni sayang..


wassalam..

Sunday, 13 May 2012

Make over gaya berHijab

Assalamualaikum..

Macam-macam gaya bertudung lately kan..cantik dan sangat kreatif diorang ni. Yang penting menutup aurat dan menepati syariat Islam boleh saja kalau nak ikut dan yang paling penting kene berani. Dah banyak kali sebenarnya aku cuba depan cermin memperagakan style berhijab macam dalam YouTube tapi cancel nak teruskan sebab tak berani!! haha..buka balik last-last pakai bawal tak pun tudung instant yang biasa tu. 

Sebenarnya nak cerita...ahad lepas, baru sempat nak post =( masa lapang yang ada aku join sis Eita pergi shah alam ada kelas pasal kecantikan dan kesihatan, tak ingat tajuknya. Dengar macam boring kan?? tapi tak langsung..sangat best..serious!! Salah satu slot dalam kelas tu adalah pasal grooming dan ada diajar teknik berhijab dengan style yang lebih urban tapi menepati tuntutan syariat Islam. Aku dah tau dah sebab banyak tengok YouTube banyak ajar. Tapi tengok live lebih dahsyat kefahamannya..hehe. 



 
Ni saja yang sempat di snap. Kalau bandingkan sebelum dan selepas makeover memang banyak beza muka mereka dengan style yang baru. Ni style double layer inner guna 2 jenis shawl dan scarf. Sekejap je..Insyallah lepas ni boleh try sama-sama.

sekian, wassalam


Sunday, 29 April 2012

Bidan terjun 4.30am



FLY TO SURABAYA

suasana 26/04 - 5.15am LCCT


26/04/12 :  HARI NI DALAM SEJARAH..

3.15am 
Punyalah gempar!!! lagi tergempar dari berita gempa bumi dan tsunami haritu..mana taknya pagi pagi buta tetiba ada orang jerit jerit macam nak gaduh kat luar.."Hassan!! Hassan!! lebih dari 10 kali orang tu jerit nama abah..semua bingkas terbangun, rupanya kawan abah datang bagitau yang bas dah nak jalan 3.30 nanti.. Dan Abah?? masih sedap tidur, belum kemas bag, belum tukar duit, belum prepare utk bertolak pun.."kata abah semua nak buat esok, sebab abah ingat esok pagi baru bertolak" OMG!!

Jadi terpaksalah kemas bag macam nak balik Melaka yang 2jam tu..campak2 je, capai apa yang terlintas di fikiran..ok..done..ready to pecut to LCCT. Duit tukar kat LCCT lah..

3.40am
Sekali lagi pakcik tadi panggil abah..dan bagitau boleh tunggu bus yang sama di batu4 balai polis sebelum pukul 4..siap2 almost pukul 4..Alhamdulillah, tak yah p LCCT..terus kami pecut nak tunggu bus tadi di tempat yg dah diberitahu. Nasib baik call semula en. pengelola kata bus dah sampai Highway Bukit Jalil..so bergegas lagi sekali terus ke LCCT..

4.10am
Stop di BHP..perut abah meragam rupanya..lalalalalala..selesai..kami terus sambung lagi pecutan..

4.45am
Alhamdulillah,, dah nampak signboard LCCT..dah dekat ni, lepas tol again...perut ayahanda meragam buat kali ke-3 campur yg kat rumah tadi..waduhh..gawat nih!! nasib baik ada toilet..berhenti lagi~ lalalalalala.....

5.10am
Sampai juga LCCT, alhamdulillah ya allah kau izin kan juga abah ziarah Surabaya..aduhh..again perut abah meragam~ tanpa toleh2 campur ngan deretan kereta yang dtg dan pergi kat situ melambatkan sikit pergerakan mencari toilet..aku yg pegang hp abah asyik berdering, en pengelola call tanya lokasi kami.. Aku minta sikit masa lagi, tak pasal2 kene ceramah pulak..sabar aje orang tua..

5.40am
Semua dah selesai..perut pun dah ok. Jumpa en pengelola, nasib baik bagasi 7kg aje..so blh naik flight tak yah masuk cargo..so let's go..and salam peluk cium abah..and time to say good bye.. 

Pesan aku untuk abah sebelum berangkat, please listen to any arahan yang diberi..dan kes abah ni aku kira macam hari ini dalam sejarah yang tak kan aku lupa sampai bila2 pun..    

Nasib baik tertinggal bus kalau tertinggal flight?? fuhh..jawapnya cancel aje, balik rumah dan gigit jari sambil menyesal =( 

Entry ni bukan utk mengaibkan abah..tapi untuk ingatan kami anak2nya supaya jgn ikut yang buruk..