Perasan tak?? kalau diperhatikan dekat Malaysia sikit sangat iklan mengingatkan kita untuk berhenti sekejap dan tunaikan kewajipan.. Boleh dikira dengan jari dan waktu-waktunya.. Tapi aku bangga juga ada tu iklan yang 'pramudara dlm flight, doktor dalam bilik operation masuk je waktu selesai tugasan terus pergi sembahyang walau dalam apa keadaan sekalipun' baguskan?? =)
Untuk ingatan aku sebenarnya supaya lebih beri perhatian dan tak lalai..bak kata title post, kalau mahu mesti boleh..kan?? Jom kita tengok iklan dinegara Arab yang awesome ni, walau apa yang dilakukan, tak kisahlah tengah berseronok ke tengah berjalan-jalan ke tak susah untuk berhenti jap kan..kan..
so, enjoice ;)
Wassalam
pssttt...harap tahun 2013 nanti aku akan jadi muslimah, isteri, ibu yg lebih beriman dan sabar dengan semua ujian dari Dia.
Macam biasa...settle uruskan Danish, uruskan abah Danish, pukul 10 ke atas inilah kerja aku, alhamdulillah dapat berbakti pada mak sangat-sangat aku harapkan.. Walaupun kadang-kadang terlupa, ter miss dan bagai-bagai ter la..biasalah kadang-kadang nyanyuk menyerang..kihkih
Rutin biasa, inject insulin mak. Mak kan ada diabetes boleh tahan tinggi la jgk, so makan ubat plus inject insulin.Biar lah aku tak mahir masak untuk mak, tak banyak duit nak bagi kemewahan pd mak, asalkan doa aku sampai buat mak dan abah dan bakti yang kecil ni dapat menyenangkan hati mak..i love you mak
Huh..seharian hari ni memang tak dapat nak jengah lama "jari-jari" kesayangan ni, apatah lagi nak BW..sorry sangat-sangat sesiapa yang aku tak sempat bw and flw back mereka..tapi don't worry, will do kalau ada masa nanti. Danish pun tak sihat, selsema, batuk..so kebanyakan masa jaga dia, biasalah budak kecik kalau tak sihat meragam la dia..
Tapi..sambil-sambil tu kak Nor, kakak aku datang ke rumah membawa hajat...huhu ingatkan mengidam rupanya tidak.. Nak makan Tako Tao katanya..
Nak beli, tak puas makan, almaklumlah 4 ketul je RM4.50, so buat sendiri lah gayanya. Okeh, kami sambut cabaran tekak ni..acuan ada, resepi pun Kak Nor ada, so apa salahnya kan buat sendiri cuma tak dapat lah rasa sebiji mcm Tako Tao yang original..hampir tapi tak sama, tak jumpa Bonito flakes yang macam habuk papan tu..hehe dan adunan 'bebola' tu kena baiki lagi..
Hah ambik..makan puas-puas walaupun rupa sama tapi tak serupa la sgt darisegi rasa sos, dan adunan kenyal sikit.. tapi tu semua boleh di improve kan lagikan..second time buat nanti.. mula-mula susah jugak nak membulatkan 'benda alah tu'..tapi kali ke-2, ke-3 hehe pejam mata je..senang je rupanya. Hehe..seronok tau, weekend kami biasanya macam tu lah..makan...makan..dan makan =), so enjoys!!
Percaya tak..percaya tak, gosok-gosok mata sikit, tampar-tampar pipi kuat sikit, hehe jangan jangan.. Percayalah bila mood nak memasak datang, tiada siapa boleh menghalang..hahaha~ ketawa jahat
Okeh, straight to the point, aku memang peminat fanatik sotong, tak kiralah apa jenis sotong pun semua aku balun..huhu =) dahsat ala-ala piranha kan?? Oleh kerana bahan-bahan semua ada jadi aku cadang nak godek-godek resepi kat Che Mat Gebu. Justeru jumpalah resepi ni, memandangkan resepi ni guna kaedah perap, supaya bangun esok aku blh terus lambung-lambung dalam kuali saja, so aku suka yg ini...terima kasih ye CMG =)saya guna resepi CMG..
Sebelum dilambung dalam kuali
Resepi asal: Dapur Tanpa Sempadan (Tapi di ubah suai sikit mengikut kehendak tekak)
Bahan-Bahan: 10 ekor sotong saiz sederhana besar (aku punya ada yang bertelur..suka..suka) 3 sudu minyak masak 1 1/2 biji bawang besar, 1 biji hiris bulat, 1/2 biji cincang 2 ulas bawang putih, cincang (tak suka tergigit) 1 tangkai daun kari, dilurut Garam dan gula secukup rasa 1 biji limau kasturi, perah jusnya 1 sudu teh serbuk kunyit * 1 sudu teh serbuk ketumbar * 1/2 sudu teh serbuk jintan manis* 1 biji cili masak, potong kecil* 1 biji cili masak, potong kiub, hiasan 2 biji tomato, hiris membulat (aku suka tomato)
Caranya:
1. Bersihkan sotong, buang kulit dan potong sederhana besar / kelar saja mcm CMG pun lagi boleh, cuci bersih dan toskan. Kemudian gaul sotong dengan bahan-bahan bertanda ( * ) perap 20 min dan simpan dalam peti sejuk (aku perap semalaman, pasal pagi tadi baru nak goreng). 2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah cincang dan daun kari hingga wangi. Masuk sotong yang diperap semalam, gaul rata. Masak hingga sotong berubah warna. Masuk hirisan bawang besar (lerai-leraikan). Kacau rata lagi.
3. Masuk tomato, tambah jus limau, sedikit garam dan gula ikut citarasa, masak sekejap, tabur potongan cili masak dan test, kalau dah mantop silakan tutup api dan ta pau ke ofis (itu misi ku).
Dan inilah hasilnya..hahah, dah ta pau dalam mangkuk ready untuk di angkut ke ofis..
Blogwalking..oh blogwalking..sambil sedut strawberry smoothies dari coolBlog, terbayang..ohh cool nyaa.. mesti aman nyaman rilex dan cool je kan.oK, Straight to the point blogwalking(bw) merupakan satu-satunya sukan harian tanpa peluh bagi mengetatkan urat-urat jari jemari..hehe kidding.
Blogwalking ni sangat penting 1. utk perkenal kan link blokkita kpd blogger-blogger lain, bila orang tahu kewujudan blog kita melalui link tadi, baru lah ramai-ramai boleh terjah sekaligus 2. meng up kan jumlah followers kita di atas ke'follow' an mereka ke blog kitaselaintu bw memolehkan blogger2 baru macam aku ni hah 3. kenal mengenal lebih dekat sbb kita dari mcm-mcm negeri kan dan last sekali dengan bwkawan2 kita 4. tahu yang kita masih hidup dlm alam blog ini itupun kalau kita bw & hai2 mereka..
So, moral of the story: jom lah ramai-ramai join segmenkat atas tu utk realisasi kan kebaikan-kebaikan yg aku senaraikan tu.
Assalamualaikum.. Selain Jogathon dan Marathon, blogwalking walaupun namanya sangat tersasar juga adalah senaman atau pertandingan jari ke jari klik tanpa henti untuk tambah kan kenalan..memandangkan kita nak berganjak ke 2013 so byk lah segmen gini.. so ampun kan aku andainya lately aku banyak menjoin segmen @ GA dari mengepostentry entry baru. ini bersifat sementara shj, jgn risau.
Selamat tgh malam semua.. Minta maaf, memang post dari aku akan muncul di mlm2 buta tak pun, subuh2 kala, hanya ini saja masa yang ada memandangkan tuntutan kerja 'overtime' bersama Danish dan abahnya kena langsaikan dulu..hehe biasalah org dah ber-anak dan berkahwin, nanti korang tahu la betapa busy nya..
oK..Sorry agak panjang mukadimah disitu yea.. Sebenarnya, nak tau tak..nak tau tak.. Selain kita menonjolkan muka comel kita bila bergambar, kita boleh juga menempek gambar someone tak payah edit yang handsome / beauty keatas gambar kita sbg kelainan atau dengan kata yang lebih jujur, meng 'cover' muka sebenar yang kurang cantik tu, so ni idea bila pose depan kamera dengan cara yang lebih kreatif dan menjadi pulak tu padanan menjadikan ianya nampak real, so check it out:
Sumber: email
amacam..ada gaya tak?
tak yah sorok..tau dah buat apa!!
brother ni lagi la, tak boleh bla..
hambik!! memang ada persamaan rambutnya disitu..huhu
sudah..ini pulak dah mcm muka dia sebenar
Kena lah sangat..
ok..ini no komen, agak derhaka gabungan cara ni yea =)
amboi..ni over, miss identity namanya
hah..ambik!! sungguh tepat padanannya kan..hahaha..tepat lah sangat kan.. Rasanya aku lebih rela biarkan muka yang kurang cantik ni didepan alhamdulillah bersyukur, daripada menempek gambar gitu..hehe so sesiapa nak cari kelainan makeover penggayaan muka tu..cer try, tapi kat Malaysia ni tak tau ada tak buku bergambar besar gitu, mcm buku diorang =)..
Anyway semua ni sekadar berkongsi saja, suka-suka, kalau ada yang terasa aku minta maaf.
pssstt...tak sanggup tgk kepala manusia, badannya anjing, sungguh kurang sopan kan..kalau buku tu gambar aku, dah lama aku saman brother yang pandai-pandai tu..hehe,tak sportingtau..memang!!
Good morning semua.. Giveaway..giveaway.. siapa nak?? sila angkat kelingking..huhu, kalau Ain, Lady Firm, miss-af-story saya tag korang atau anda-anda semua nak.. jom la terjah 1st giveaway by Huda Syafiqah, kalau luck bersinar-sinar hingga 5 Jan 2013 * mungkin berubah*adalah chance nak grab giveaway beliau.. kalau tak, it's ok, jangan nangis..dapat kenalan baru kan??
Intisari berita penting....amboi, mcm nak baca berita lah pulok..sorry, actually nak mengajak anda, anda, anda dan anda semua join segmen ini, just click banner je.
dan berpeluang tersenarai dalam bloglist 2013 untuk bloggers yang followers nya kurang dari 1000 orang, mcm aku ni. Ermm..menarik kan..terima kasih kepada owner blog New Bloggerahsfantasy24.com sebab mewujudkan blog khas cam gini so that kita, kita yang baru ni berpeluanglah tambah lebih ramai kenalan & yang penting dapat terjah terus updates mereka, kadang-kadang dalam reading list selalu ter-miss pandang ada entry baru kawan-kawan, aku la tu..minta ampun.. So lepas ni masalah untuk aku me-review updates kawan-kawan selesai..alhamdulillah =D
so..joms ramai-ramai, let's terjah..
psstt...Best kan??sangat suka dengan segmen ni dan aku terus join..tahu =)
Tahniah kepada candidate PMR yang dah selamat dengan result masing-masing. Siapa yang dapat cemerlang tahniah sekali lagi, tapi kalau result adik-adik tak berapa nak ok, it's ok jangan kecewa, cuba lagi SPM nanti, yang penting next year bukan tahun "honeymoon" tapi tahun jeling-jeling buku tanpa stress..hehe, jangan ko tinggalkan terus buku tu tahun dpn, nanti SPM tak sempat otak tu nak catch up bebyk, kang hang kang..hehe anyway buat pilihan yang terbaik untuk class tahun depan okeh..pilih aliran yang betul jangan ikut-ikut kawan..
Okeh, sebenarnya nak share pasal kecomelan Irma Hasmie dan husband nya dalam satu sesi fotography untuk majalah Media Hiburan. Jom layannnn...
Diketika ini aku rasa macam makan kuaci, tak boleh berhenti..nak lagi, nak lagi..mana taknya lepas join segmen haritu, dh kemaruk mencari segmen lagi..lagi dan lagi pulok..kuikuikui..tui, yg penting segmen tu aku faham..yg belit-belit aku payah sikit nk join, almaklum lah otak dh berumur, tepu sikit..hehe, soon akan di polish lagi otak ni okeh..
So let's join the next segmen followed by me, klik jer banner tuu,
cepat-cepat hari ni closing datenya: 19/12/2012 sblm midnight maybe..
Dengan lafaz BismillahirRahmanirRahim aku dengan bangganya mengumumkan...buat pertama kalinya setelah sekian lama menonton orang lain join memacam segmen memberanikan diri join sekali laaa...hah ambik, bahasa kamus siap tatabahasa lagi, so cemerlang..haha almaklumlah blogger baru la katakan, takut2 nak join..padahal tak faham arahan
So apa lagi moh le kite ramai-ramai join segmen niera..
klik saja banner ni sayang~
Dan aku sekali lagi dengan cemerlang baru ada 56 orang followers..
sian kan..kan
tukul takal balik pintu, orang malas memang follower banyak tu..
Selak-selak surat khabar terbaca pasal foundation @ bedak asas daripada produk Anugerah. Tak tau pun aku anugerah dah ada foundation rupanya..hehe..kesian betul. Anyway apa yang aku tertarik ialah foundation ni dah dibacakan 30 juzuk Al-Quran, kandungan yang digunakan sangat alami iaitu ada Sireh dan limau purut plus ada Vitamin E gitu dan lagi siap ada UV protection SPF30 lagi tahu..
Jangan main-main bukan setakat tu je, sebenarnya nama sebenar dia lupa nak perkenalkan tadi,Penaik Seri UV Foundation Anugerah namanya. Ececece macam ada share pulak, promote sakan, bukan cam tu..aku pun baru nak cuba try test keberkesanan mende alah itu tapi disebabkan keterujaan aku yang membawa tangan ni menaip pasai ni..
ni lah dia tuan punya badan
Sambung balik.. harga ok, aku mampu..tu yang penting cuma RM48 saja.. biasalah orang yang jarang bersolek macam aku boleh lah agaknya bertahan 2 ke 3 bulan gamaknya..haha. Lepas pakai ni insyallah kulit-kulit aku yang kendur ni boleh ditegangkan, kata diorang lagi melembapkan kulit serta menyerikan raut wajah. Insya-Allah anda akan disayangi dan disenangi oleh orang ramai.
Untuk filem Istandul aku datang aku boleh bagi 4 bintang..sebab sangat catchy, happy go lucky, dan sangat cute aksi-aksi Lisa Surihani dan Beto Khusairi plus stail Lisa yang weird but comel-comel gitu, sesuailah dengan watak dia dlm cerita tu. Kalau belum tengok baik korang cecepat tengok, rugi sangat tak tengok aksi Lisa, dan aku respect dia memang pandai bawa watak, serious menjadi..lucu, sometime emotional..
So tak salah kiranya kita close up sikit, aksi-aksi budak comel di Istanbul ni okeh =) sorry yea..siapa tak suka tak yah tengok..hehe
Dipagi-pagi yang buta ni nak share dengan korang pasai sebuah rancangan prank dari Brazil yang sangat ohsem gitu..hehe, kalau sakit jantung pasti dah berbuih mulut kat situ jugak.. ala-ala wakenabeb kalau kat Malaysia ni tapi yang ni version kejam wooo..
Sangat sadis sebab aksi-aksi mereka di prank dirakam dan berjuta-juta orang pula yang menonton?? kesian...kesian, so let's play the video~
astaghfirullah al a'zim..
kalau kat Malaysia ni jangan-jangan boleh kena saman tau.
p/s: kalau aku dalam lift tu, mahu buka surah juga tu, baca apa yang terlintas, tak pun azan je sekuat-kuat hati..pastu diakhir rancangan dah tau budak tu punya dajal, cucuh sikit rambut dia kat lighter biar kuncup jangan gerbang sangat..kuikuikui
jangan penting ni gurau, tak boleh gurau dok surau..hehe
Tengahari hening di hari Jumaat ni suka nak share dengan semua mommies dan mommies to be tentang "Love Notes" yang di beri oleh Ibu Rose (Prof. Dr. Rozieta Shaari). Pengalaman jadi seorang Ibu sangat sweet dan membesarkan Danish sangat mencabar, so aku sangat haus dengan kata-kata semangat utk terus berusaha menjadi seorang ibu yang berjaya.. And seriously..very touching..aku sangat tersentuh dengan Love Notes ni..so dear read it, please =)
Hari ni adalah hari share picture dak boboy yang sangat fantastik, bombastik. Seperti yang aku katakan haritu, kata mesti dikota kan..kan.. So sangat lah fuhhhyooo..mencabar untuk snap picture dak boboy ni..hahaha.. Tercabar lah ke-kretifan si penangkap gambo dek kerana terpaksa lah meniarap, menonggeng, ke atas, ke bawah..nak pastikan gambar menjadi.. supaya dak kenit ni menonjolkan siapa sebenarnya little Danish (almaklumlah masa sampai Danish baru bangun tidur, so slow down sikit).. Orang kata jangan dijolok sarang tebuan, tapi ni bukan sarang tebuan, so ibu boleh jolok2 Danish, baru ada senyum sikit, buat aksi sikit tapi bila dah warm up, ok boleh mula beraksi seperti Danish yang sebenar..hanya abah ngan nenek dia yang tau, hehehe.. Ibu tak nak bagitau betapa excellent nya boboy ibu ni =)..Yang penting on that day we all just have a great day dgn mcm2 karenah..
Memandangkan Danish pun hampir 2 tahun, jadi info ni sangat berguna untuk aku dan wajib untuk aku kongsikan dengan mama mama sekalian buat panduan dan untuk dipraktik kan..sangat berkesan untuk Danish sebab aku dah pun praktik kan sejak Danish pandai ekspresi kan semua perasaan dia dengan macam-macam cara, menangis bila kita larang, menjerit bila kita tak beri, merebah badan bila kita tak ikut kemahuan dia.. So bila aku dapat control diri, kadang-kadang ada juga aku praktik kan kaedah yang Prof. Dr. Rozieta share ni, tapi kadang-kadang bila lose control huh lupa semua ni..hehe, so let's try.
ehsan google
Di petik dari Prof. Dr. Rozieta Shaari @ Dr. Rose (Director and Learning Consultant for AL Advancement of Human Potential Sdn. Bhd.)
Jika
akan membawa anak keluar hari ini. Buatlah 'boundaries' atau
'Perjanjian' dahulu. Anak yang sudah berusia 2 tahun boleh dilatih untuk
ini.
Beritahu apa yang akan dilakukan bersama. Apa yang boleh
dibeli dan berapa lama akan ke sana. Jika dia mengamuk juga hendak
bermain lama-lama atau hendak membeli itu atau ini yang diluar
perjanjian, ingatkan dengan baik dan penuh kasih-sayang. Jika kali
ketiga masih tidak mahu, maka bawa sahaja dia dari situ dan masuk ke
dalam kereta. Tenangkan dia di dalam kereta.
Kita perlu ingat
juga, di pasar-pasar memang terdapat syaitan2 yang akan membisikkan
kepada kita atau anak-anak kita untuk berbelanja lebih. Ini ada
diingatkan di dala, hadith Nabi s.a.w. Oleh membawa dia jauh daripada
tempat itu adalah perlu dan membacakan ayat Quran juga sangat perlu.
Selain ia menenangkan anak, ia menenangkan kita juga.
Jika anak mengikut perjanjian dan behave, berikan pujian dan kata
semangat. Ini akan memberi dia lebih kefahaman, bahawa ini lah perangai
yang ibu bapanya suka.
Salam Kasih - Ibu Rose Gentle Parenting - Keibubapaan Tenang
Disebabkan semalam Citra 131 re-play filem Ayat-ayat Cinta, jadi aku dengan asyiknya teringat-ingat nak refresh semula salah satu lagu yang dimainkan dalam filem tu. Ditujukan khas untuk readers yang tersayang..So hayatilah.....
JALAN CINTA by Sherina
Semua resah hati manusiamu
Semua resah hati manusiamu untuk membagi kisah atas nama cinta Derai air mata di setiap sujudmu seperti tak pernah cukup untuk menjagaku
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu… cinta yang semu Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku di sela doa dalam malam-malam yang sunyi
Ampuni engkau pinta dalam semua keraguan yang telah meliputi jiwamu Semoga akan membawa cintamu pada diriku dalam jalan dan ridhloNya Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu Oo.. cinta yang semu
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku di tengah terik matahari dan dinginnya malam
Kau panjatkan ayat-ayat cinta padaNya melindungi dan menjaga kisah cinta kita
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku di tengah terik matahari dan dinginnya malam
yang telah meliputi jiwamu Semoga akan membawa cintamu pada diriku dalam jalan dan ridhloNya Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu Oo.. cinta yang semu
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku di tengah terik matahari dan dinginnya malam
Kau panjatkan ayat-ayat cinta padaNya melindungi dan menjaga kisah cinta kita
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku di tengah terik matahari dan dinginnya malam
Semua resah hati manusiamu
untuk membagi kisah atas nama cinta
Derai air mata di setiap sujudmu
seperti tak pernah cukup untuk menjagaku
Jangan butakan hati
menjadi cinta yang semu… cinta yang semu
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
di sela doa dalam malam-malam yang sunyi
Ampuni engkau pinta dalam semua keraguan
yang telah meliputi jiwamu
Semoga akan membawa cintamu
pada diriku dalam jalan dan ridhloNya
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu
Oo.. cinta yang semu
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
di tengah terik matahari dan dinginnya malam
Kau panjatkan ayat-ayat cinta padaNya
melindungi dan menjaga kisah cinta kita
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
di tengah terik matahari dan dinginnya malam
Semua resah hati manusiamu
untuk membagi kisah atas nama cinta
Derai air mata di setiap sujudmu
seperti tak pernah cukup untuk menjagaku
Jangan butakan hati
menjadi cinta yang semu… cinta yang semu
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
di sela doa dalam malam-malam yang sunyi
Ampuni engkau pinta dalam semua keraguan
yang telah meliputi jiwamu
Semoga akan membawa cintamu
pada diriku dalam jalan dan ridhloNya
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu
Oo.. cinta yang semu
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
di tengah terik matahari dan dinginnya malam
Kau panjatkan ayat-ayat cinta padaNya
melindungi dan menjaga kisah cinta kita
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
di tengah terik matahari dan dinginnya malam