Sunday 16 December 2012

Rasa nak cuba..

BismillahirRahmanirRahim..

Review produk:
Selak-selak surat khabar terbaca pasal foundation @ bedak asas daripada produk Anugerah. Tak tau pun aku anugerah dah ada foundation rupanya..hehe..kesian betul. Anyway apa yang aku tertarik ialah foundation ni dah dibacakan 30 juzuk Al-Quran, kandungan yang digunakan sangat alami iaitu ada Sireh dan limau purut plus ada Vitamin E gitu dan lagi siap ada UV protection SPF30 lagi tahu..

Jangan main-main bukan setakat tu je, sebenarnya nama sebenar dia lupa nak perkenalkan tadi, Penaik Seri UV Foundation Anugerah namanya. Ececece macam ada share pulak, promote sakan, bukan cam tu..aku pun baru nak cuba try test keberkesanan mende alah itu tapi disebabkan keterujaan aku yang membawa tangan ni menaip  pasai ni..

ni lah dia tuan punya badan



Sambung balik.. harga ok, aku mampu..tu yang penting cuma RM48 saja.. biasalah orang yang jarang bersolek macam aku boleh lah agaknya bertahan 2 ke 3 bulan gamaknya..haha. Lepas pakai ni insyallah kulit-kulit aku yang kendur ni boleh ditegangkan, kata diorang lagi melembapkan kulit serta menyerikan raut wajah. Insya-Allah anda akan disayangi dan disenangi oleh orang ramai.
Lebih detail cekidout sini Penaik Seri UV Foundation Anugerah sendiri okeh..hehe aku mau terjah ini barang a.s.a.p

biasa bagi Danish air anugerah je, bagus sangat..Danish lebih tenang kalau dia minum, mungkin kebaikan 30juzuk Al-Quran yang dibaca kan.


ppsstt:  Ada sesiapa yang dah tercuba benda alah (foundation) ni tak?? boleh share kalu..hehe

3 comments:

  1. fames jugak Anugerah sekarang ni

    ReplyDelete
  2. cuma dok guna air anugerah je... lain belum lagi :)

    ReplyDelete
  3. lepas try nanti kita komen

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi, ada masa comment lagi okeh =D