Monday, 31 December 2012

Kalau mahu mesti boleh ;D

Assalamualaikum..

Perasan tak?? kalau diperhatikan dekat Malaysia sikit sangat iklan mengingatkan kita untuk berhenti sekejap dan tunaikan kewajipan.. Boleh dikira dengan jari dan waktu-waktunya.. Tapi aku bangga juga ada tu iklan yang 'pramudara dlm flight, doktor dalam bilik operation masuk je waktu selesai tugasan terus pergi sembahyang walau dalam apa keadaan sekalipun' baguskan??  =) 

Untuk ingatan aku sebenarnya supaya lebih beri perhatian dan tak lalai..bak kata title post, kalau mahu mesti boleh..kan?? Jom kita tengok iklan dinegara Arab yang awesome ni, walau apa yang dilakukan, tak kisahlah tengah berseronok ke tengah berjalan-jalan ke tak susah untuk berhenti jap kan..kan..
so, enjoice ;) 







Wassalam


pssttt...harap tahun 2013 nanti aku akan jadi muslimah, isteri, ibu yg lebih beriman dan sabar dengan semua ujian dari Dia.

Setiap malam ini kerjaku


Assalamualaikum..

Macam biasa...settle uruskan Danish, uruskan abah Danish, pukul 10 ke atas inilah kerja aku, alhamdulillah dapat berbakti pada mak sangat-sangat aku harapkan.. Walaupun kadang-kadang terlupa, ter miss dan bagai-bagai ter la..biasalah kadang-kadang nyanyuk menyerang..kihkih

Rutin biasa, inject insulin mak. Mak kan ada diabetes boleh tahan tinggi la jgk, so makan ubat plus inject insulin. Biar lah aku tak mahir masak untuk mak, tak banyak duit nak bagi kemewahan pd mak, asalkan doa aku sampai buat mak dan abah dan bakti yang kecil ni dapat menyenangkan hati mak..i love you mak

inilah bahan-bahannya



                                       Sekian, wassalam





































Projek TAKO TAO...versi buat-buat tau

Assalamualaikum..

Huh..seharian hari ni memang tak dapat nak jengah lama "jari-jari" kesayangan ni, apatah lagi nak BW..sorry sangat-sangat sesiapa yang aku tak sempat bw and flw back mereka..tapi don't worry, will do kalau ada masa nanti. Danish pun tak sihat, selsema, batuk..so kebanyakan masa jaga dia, biasalah budak kecik kalau tak sihat meragam la dia..

Tapi..sambil-sambil tu kak Nor, kakak aku datang ke rumah membawa hajat...huhu ingatkan mengidam rupanya tidak.. Nak makan Tako Tao katanya.. 



Nak beli, tak puas makan, almaklumlah 4 ketul je RM4.50, so buat sendiri lah gayanya. Okeh, kami sambut cabaran tekak ni..acuan ada, resepi pun Kak Nor ada, so apa salahnya kan buat sendiri cuma tak dapat lah rasa sebiji mcm Tako Tao yang original..hampir tapi tak sama, tak jumpa Bonito flakes yang macam habuk papan tu..hehe dan adunan 'bebola' tu kena baiki lagi..




Hah ambik..makan puas-puas walaupun rupa sama tapi tak serupa la sgt darisegi rasa sos, dan adunan kenyal sikit.. tapi tu semua boleh di improve kan lagikan..second time buat nanti.. mula-mula susah jugak nak membulatkan 'benda alah tu'..tapi kali ke-2, ke-3 hehe pejam mata je..senang je rupanya. Hehe..seronok tau, weekend kami biasanya macam tu lah..makan...makan..dan makan =), so enjoys!!


wassalam



Friday, 28 December 2012

DIY: Sotong Goreng Ketumbar bertemu Jintan


Assalamualaikum..

Percaya tak..percaya tak, gosok-gosok mata sikit, tampar-tampar pipi kuat sikit, hehe jangan jangan.. Percayalah bila mood nak memasak datang, tiada siapa boleh menghalang..hahaha~ ketawa jahat

Okeh, straight to the point, aku memang peminat fanatik sotong, tak kiralah apa jenis sotong pun semua aku balun..huhu =) dahsat ala-ala piranha kan?? Oleh kerana bahan-bahan semua ada jadi aku cadang nak godek-godek resepi kat Che Mat Gebu. Justeru jumpalah resepi ni, memandangkan resepi ni guna kaedah perap, supaya bangun esok aku blh terus lambung-lambung dalam kuali saja, so aku suka yg ini...terima kasih ye CMG =) saya guna resepi CMG..

Sebelum dilambung dalam kuali

Resepi asal: Dapur Tanpa Sempadan
(Tapi di ubah suai sikit mengikut kehendak tekak)


Bahan-Bahan:
10 ekor sotong saiz sederhana besar (aku punya ada yang bertelur..suka..suka)
3 sudu minyak masak
1 1/2 biji bawang besar, 1 biji hiris bulat, 1/2 biji cincang
2 ulas bawang putih, cincang (tak suka tergigit)
1 tangkai daun kari, dilurut
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau kasturi, perah jusnya
1 sudu teh serbuk kunyit *
1 sudu teh  serbuk ketumbar *
1/2 sudu teh serbuk jintan  manis *
1 biji cili masak, potong kecil *
1 biji cili masak, potong kiub, hiasan
2 biji tomato, hiris membulat (aku suka tomato)

Caranya:

1. Bersihkan sotong, buang kulit dan potong sederhana besar / kelar saja mcm 
    CMG pun lagi boleh, cuci bersih dan toskan. Kemudian gaul sotong dengan
    bahan-bahan bertanda ( * ) perap 20 min dan simpan dalam peti sejuk (aku
    perap semalaman, pasal pagi tadi baru nak goreng).

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah cincang dan daun     kari hingga wangi. Masuk sotong yang diperap semalam, gaul rata. Masak
    hingga sotong berubah warna. Masuk hirisan bawang besar (lerai-leraikan).
    Kacau rata lagi.

3. Masuk tomato, tambah jus limau, sedikit garam dan gula ikut citarasa, masak
    sekejap, tabur potongan cili masak dan test, kalau dah mantop silakan tutup
    api dan ta pau ke ofis (itu misi ku).



Dan inilah hasilnya..hahah, dah ta pau dalam mangkuk ready untuk di angkut ke ofis..






selepas dilambung-lambung..huhu


Wassalam.