Friday 22 March 2013

Dari doily paper...

Assalamualaikum..

Lama betul aku menyepi..rindunya nak meng-update, nak buat macam mana, memanjang je buat-buat busy.. Busy menyiapkan hantaran. Boleh di katakan tiap malam aku mengadap bahan-bahan mentah untuk dicantum-cantum.. Setakat ni progress dah 70%.. lagi 30% tu tinggal nak touch up dan gabung-gabungkan semua. Hehe..harap-harap tuan punya badan puas hati nanti.. Cuak je rasa, yelah mata orang lain-lain kan..

Ingat lagi masa aku offer diri nak buat hantaran untuk adik ipar dulu..bila dah jadi, sampai kat kampung diorang macam pandang semacam..mungkin sebab tak menepati mata mak-mak sedara kat sana kot... Nak kata buruk, aku rasa ok je.. bukannya outdated malah sehabis moden aku gubah..dan lagi dah sehabis tenaga dah aku kerah.. Mungkin sebab terlalu moden kot, jadi tak sesuai dengan mata diorang =)
huhu..minta maaf lah next adik ipar kawin tidak lah aku meng-offer diri buatkan.. cuma kalau nak offer bagi bunga telur tu mungkinlah kot. Dah minat sangat, tak mampu tengok je duit berabih kat bunga telur yang beringgit-ringgit tapi rupanya hado tak hado jek..

ok..ok..dah tersasar dari tajuk yea.. Kali ni aku tersangatlah jatuh cinta dengan Doily paper.. So kali ni aku banyak buat gunakan doily paper, dari bulat sampai ke empatsegi panjang. 


doily bulat untuk bunga..dan aku letak atas form hantaran.
  
Doily rectangular: untuk deco bahagian kiri dan kanan form dan aku buat paper fan untuk deco atas form juga =) 

Untuk dua-dua jenis doily ni aku dyed sendiri..macam entry teaser yang lepas kat sini dan jangan risau..kalau nak tau macam mana aku dyed semua doily tu daripada putih melepak jadi colourful nantikan next entry yea =)  akan aku D.I.Y. kan semua nya..

oklah sampai sini dulu..

sekian
wassalam =)



No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi, ada masa comment lagi okeh =D