Monday 31 October 2011

Aksi kerna terpaksa

Assalam..

Alhamdulillah hari ni baru sempat nak membelog.. tiap kali weekend je penuh schedule yang entah apa apa tah aktiviti nyer..Bila weekend, kalau tak keluar p rumah sista2 mestilah kami be-ronggeng bersama-sama.. Paling berbunga-bunga hati, bila tengok DIA senyum : ) Siapa DIA tu?? mestilah sayang ibu Muhammad Qhaleef Danish baby ku yang terchinta~

Jom tengok aksi danish bila terpaksa ber posing..kesian anak ibu tak tahu apa apa, ikut je apa orang suruh ye..hehe,,















Anyway..sepanjang aku tangkap gambar danish, sikit pun dia tak meragam..alhamdulillah, kalau nak ikutkan masa pregnant aku tak suka tangkap gambar that's why aku tak ada gambar kenangan masa preggy..hehe.. gemokss sangat..tak suke..haha!! tapi nasib baik dia layan aje ibu dia yang gila ni  suruh dia ber posing padahal dia tak tau apa pun..ada lagi dahsyat gambo nye tapi tak sempat nak upload..lengkali ye..bye..

wassalam..


~ E N J O Y . T H E . P I C T U R E ~

Wednesday 26 October 2011

3 Kategori Wanita

Salam semua..
Ini sekadar sharing dan info dari email fwrd sahaja. Kesahihannya mungkin bukanlah 100%, ada yang related dan ada yang tak sama pun..so kawan-kawan wanitaku, jomlah gatal-gatal kita check, kita dalam kategori wanita apa ye??


1) WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan dalam zodiak:
Taurus (21 April-20Mei)
Virgo (24Ogos-23 September)
dan Capricon (22 Disember-20 Januari).

Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehenda dalaman dari segi emosi dan material.
Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan.
Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita tanah harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.




2) WANITA ANGIN

Wanita angin dilahirkan dalam zodiak:

Gemini (22 Mei-21 Jun)
Libra (24 September-23 Oktober)
dan Aquarius(21 Januari-19 Februari)

Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


3) WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir dalam zodiak:

Cancer (22Jun-23 Julai)
Scorpio(24 Oktober-22 November)
dan Pisces(20 Februari-20 Mac)

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.




~ T E R I M A  .  K A S I H  . M E M B A C A  ~
 

Tuesday 25 October 2011

Cara yang paling kurang bijak menggunakan tangga

Salam semua,
dengan penuh gelihatinya, aku nak share picture dekat bawah ni..harap-harap dekat Malaysia ni, tak ada lah orang-orang yang tak tahu guna tangga sampaikan tak ingat nilai nyawa sendiri. Macam tak sayang nyawa aje, suka-suka panjat tangga yang bila-bila masa boleh tergelecet..hehe..tengok lah sendiri..nilaikan

.

.

.

.

.

.

.
inilah cara menempah maut..



ini lagilah tak sayang nyawa, kalau tergelincir tak ke dengan tangga-tangga terbang??



Itulah susahnya kalau rumah bertingkatkan..



Ini lagilah..boleh pulak guna benda alah kenderaan tu..aduhh



Yer..yang ini lagi guna lori yea..



Aksi berani mati ni..sangkut kat kotak letrik je??



Ok..yang ni ok sikit..tong cat selamat sikit..



Hehehe...yang ni pakai hentam je janji sampai atas..heheh



Kepada kontraktor-kontraktor diluar sana...yang biarkan pekerja anda buat macam ni..Ini namanya cari nahas ok..


Kesiankan??..tapi tak terfikir ke diorang yang nyawa mereka lagi bernilai daripada kerja-kerja mereka yang perlu disudahkan tu..kalau ye pun tangga tak cukup tinggi biarlah pemanjangnya benda yang selamat.. aduhh..macam-macam~

Monday 24 October 2011

10 Taman Paling Cantik Di Dunia

1) Gardens of Versailles, France



2) Butchart Gardens, Canada



3) Huntington Botanical Gardens, USA


4) Nong Nooch Tropical Botanical Garden, Thailand


5) Keukenhof Gardens, Netherlands 


6) Ryoan-ji Zen Garden, Japan 



7) Mirabell Gardens, Austria 


8) Vertical Garden, France 


9) Lost Gardens of Heligan, United Kingdom 

10) Rikugien Garden, Japan 
sourced by emailed

Cantikkan??...Betapa seronoknya kalau lah aku dapat jejak kaki dekat tempat-tempat ni.. Fuhh..akulah orang yang paling gembira di dunia. Yang penting mestilah ambik gambar sebanyak-banyaknya..hooreyyy!!!!
 

Thursday 20 October 2011

::: harus pregnant lagi?? :::



Setelah aku terbaca tentang pahala yang menimbun lemon banyaknya pahala atas kesusahan mengandung hingga membesarkan si comel..aku terus terbuka pintu hati utk pregnant lagi..haruskah?? ini rahsia antara kita yea..jangan sampai encik hubby tau pasal ni..rilex dulu, bagi Danish besar sikit.. Tapi shortlist ni menunjukkan betapa indahnya menjadi seorang ibu..kesusahan ibu terbalas dengan juta2 lemon pahala kan..kan: ‎

Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita 
yang tidak hamil.
.
.
Seorang wanita yang hamil mendapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.
.
.
Seorang wanita yang bersalin mendapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
.
.
Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira 
sebagai mati syahid. …
.
.
Seorang wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
.
.
Seorang wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya yang 
menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
.
.
Seorang wanita yang menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, 
maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
.
.
Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa 
kerana menjaga anaknya yang sakit mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
.
.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang
sakit diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya 
Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Wednesday 19 October 2011

^ cerita suspen di wedding day ^

Alkisahnya..hubungan abah dengan pakngah tetiba jd semakin jauh..thn makin thn..dan lately makin teruk diorg lain kami..jurang adikberadik tu mcm dh retak menanti belah..tak tau apa salah abah sampai pakngah sekeluarga buang abah mcm tu je..kami semua TAK TAU PASAL APA TERMASUK LAH SEDARA MARA YG LAIN..

Tapi mak dan kami adik beradik tak pernah anggap diorg (abah & p.ngah) bergaduh, so tiap2 thn kami g beraya mcm biasa..almaklum lah kami adikberadik dh diajar g rmh org jgn duduk bersimpuh je..tak reti2 nak menolong kat dapur ke?? Jadi memang rutin kami kalau ke rumah saudara mara memang kami akan ke dapur, offer diri kalau ada pape nk dibantu.. Dan lagi mak memang suka tapau kan lauk pauk kalau saudara mara yg dtg bertandang nk blk..biasa la org berbudi kita berbahasa kan..kan..

Nak dijadikan cerita sblm majlis wed ni dh jemput pakngah sekeluarga ke wed sista, jemput through phone je..sb sebelum ni aku kahwin, mak abah dtg rmh dia hantar kad, langsung dia tak buka gate..puas bg salam..sampaikan mak letak kat postbox je..padahal kat dlm bunyi je TV..astaghfirullah..memang teruk!! At last, sampai hujung majlis lebih kurang pukul 4.30p.m br lah p.ngah & daughter dia sampai..tu pun salam2 je, jengok sana..jengok sini..tu je.. aku sempat tanya MAR (anak dia) mn kembar?? tak bawa ke?? Tak de diorang tak ikut..Tanya dia kenapa lambat sampai, mcm2 alasan dia..Nasib baik dia nak salam abah..kalau tak, memang nak kene halau lah.. 

Bila dah ptg makanan semua dah dikemas utk bw blk..so abah offer di dtg rumah sbb memang nk menjamu dia..mengenangkan dia dtg dr jauh..tak kan salam je kan..so abah berkeras jemput dia jugak2 ke rumah atleast hidang air kan?? Dia kata "Insyallah2...saya nak cepat ni..kalau sempat kang saya singgah tak tau lah ingat lagi tak rumah"

SUSPEN KAT RUMAH..

Semua dh dikemaskan kami pun blk ke rmh dr dewan wed..abah sampai je kat rumah terus tny p.ngah de sggh kat rmh ke? tak de..abah terus ambik HP call..alamak kredit hbs..sanggup abah p pecut motor ke speedmart beli topup demi nak jumpa adik dia yg dh lm menjauhkan diri..dpt je call dia, abah paksa jg srh sggh rumah kami..

Tunggu pny tunggu..dia pun sampai..kami mcm biasa la tak de la nak layan mcm RAJA KAN..KAN..?? tapi pasal kenangkan dia lah adik abah sorg..mak srh hidang air dan kuih muih yg ada lg utk di jamah..nasi2 semua tapau kan tuk dia..NAK TAU?? DIA MASUK KAT RUMAH SORANG JE..TU PUN DUDUK ATAS KERUSI DEPAN MUKA PINTU JE?? MANA DAUGHTER DIA?? dia kata "MAR TUNGGU DLM KERETA, KEMBAR DIA NGAMUK"...oooo mcm tu.. (sah lah penipu..td MAR kata xbw anak dia) xpela..elok je air milo yg bancuh tadi dh siap..abah bw la kedepan..abah kata " Minum dulu..ni jamah kuih ni ada" belum sempat nak letak air milo, dia dgn segera nye bangun sambil pergi salam2 ngan abg2 ku yg ada kat ruang tamu..dengan selamba dia ckp " Tak payah..tak payah..saya tak nak minum..saya tak nak makan..saya nak balik.." sambil tu abah yg kehairanan tahan tgn p.ngah dan tny knp?? dia kata lagi " Saya tak nak makan atau minum..saya datang ni ikhlas.. JGN BIAR PERKARA LAMA BERULANG????"


What the hell he's talking about..yg paling naik hangin masa tu ialah abg ipar ku yg ada kait mengait ngan keluarga sebelah abah..dia pun melulu sama dgn abah nak menahan p.ngah dr pergi mcm tu je..tapi mak tahan abg ipar..abah sempat tahan pakngah kat hall bwh..dan abah tanya hbs habisan SEBAB APA DIA BUAT MCM TU DAN APA YG DIA MAKSUDKAN DENGAN JGN BIAR PERKARA LAMA BERULANG?? jadi diorang pun bercerita lah dua org..

Alkisahnya..ya allah kami ni sedang di fitnah rupanya..lepas dia blk abah pun bercerita pada kami knp dia mcm tu..rupa-rupanya dia kata "tahun 2005 dia sekeluarga dtg kenduri (buat kat masjid dan masak jgk kat masjid) kat rumah sbb dtg dh lambat, makanan semua dah di tapau dan bw blk rumah..dia blk dr makan kenduri kat rumah kami diorg sekeluarga MUNTAH DARAH?? astaghfirullah al a'zim..tak sudah2 dia kata dia tak menuduh..dia tak menuduh..dia kata "kos dia berubat sampai skrg kalau nk beli kereta dah blh beli" sebelum dia p abah pesan kat dia "AKU BAGI LAUK NI CATERING YANG MASAK, KALAU KAU BUANG KAU JAWAP LA NANTI"...bagus abah cakap mcm tu!!

Dia kata, setiap kali kami dtg rumah dia, kami p dapur dia sbb takut dia letak apa-apa dalam makanan..astaghfirullah, sungguh kurang waras betul lah..tah bomoh mana dia p tanya..bodoh betul!! tapi kata belajar agama 1st klass..sampai dh dilantik jd imam..sanggup dia menuduh sbb mkn kenduri kami dia muntah darah!! aduhh..tlg la tgk background abah, nak p urut pun dia tak percaya sbrg org..kami anak beranak?? mak?? kalau nak buat org dh lama kwn kwn ofis aku, kakak aku, abgipar aku dah muntah darah "terkene" dgn "ilmu manderem kami" tak logik dek akal la..  

Dan hingga setakat hari ni aku tak kan lupa peristiwa tu yg dh merungkai seribu satu persoalan knp..knp..dia mcm nk memutuskan tali persaudaraan padahal adik beradik 2 org je..dan lagi bln 12 ni anak bujang dia kahwin..tujuan dia dtg sekali nk menjemput mak abah..kami adik beradik masih dlm pertimbangan nak pergi ke tak?? tak tau la.. Kenang kenang kan dia sorang pakngah sblh abah, mak suruh pergi jgk..tp kenang kan dia buat abah mcm sampah..mau je aku baling kad dia kat kaki..aduhh gerammm!!

p/s: Abah kata kat kami..biar lah dia, yang penting kita tak buat..dia jawap la kat sana nanti..abah takut, dia menuntut agama terlalu tinggi sampai dia tak dpt menilai yg mn betul yg mn salah..terlalu taksub, sampai dia je yang betul (ni aku yg kata)

gOSsip2 wEdding daY

Let's talk bout majlis wedding sista ku yang baru je berlangsung pada 25hb lps.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan teratur..tapi biasa la 1, 2 benda dirancang tak berapa menjadi...ni biar aku list kan pe yg pd mataku tak brp nk menjadi:
  • FLOWER GIRL:  sikit berterabur..almaklumlah anak-anak buah tak terlatih..main belasah je..rehearsal pakai mulut je..hehehe
  • ROMBONGAN LELAKI: bila sampai je tak de sapa pulak yg diwakilkan utk menyambut, jadi tak tau rombongan nak g makan dulu ke, nak dok kat pelamin dulu ke..last2 jadi jap ke pelamin, jap ke meja mkn..jap lagi ke pelamin..pastu patah blk ke meja mkn..haha lawak betul la kalau benda bincang pakai mulut ni..hahahaha.. Lastlast makan dulu la..
  • PART MAKANAN: erm..makanan ok..jemputan kata semua sedap..tapi masalahnya ayam roasted tu tak de sorg jaga utk ambik kan jawapnye nasi banyak lebih ayam pulak terkurang..
  • DOOR GIFT: kesian kwn2 abg iparku..disebabkan kami tak lah kenal memember abg ipar ni yg dia jemput sekali jadi tak lah dpt door gift (special utk kwn2 bridegroom)..hehe sorry ye
  • BUNGA TELUR: minta maaf byk2 kalau ada yang dapat telur yg half cook..aduss..chef bhgn kukus telor semua org laki..bl diorg dh mls nk tggu dia tutup api je..almaklum lah kukus lm sikit drp rebus..

Dan dihujung hari wedding sista, semuanya happy sbb 1 lagi kerja kawin dah settle..lepas ni dalam fikiran aku dh terbayang bantal tilam yg empuk..harap2 danish tak meragam, biar ibu dapat lelap sejam dua pun ok lah pasal smlman tak tidur menyiap kan door gift last minute..heheh yg tu kita cite bab ke-2 gossip wedding yea..

Tuesday 18 October 2011

mula..mula

Dimulakan dengan BismillahirRahmanirRahim...

Hari ni aku selangkah kehadapan..setelah berapa lama asyik membaca blog org je..tah cam mana ada semangat nak bukak blog sendri..padahal masa sekolah2 dulu paling tak suka tulis diary sebab bila tulis part2 yang rahsia mesti kakak2 baca pastu bocor kan rahsia kita satu rumah..aduhh..time tu malu la ngan mak abah..diorang suruh sekolah bukan suruh skodeng mamat2 handsome kat sekolah..heheh.. 

Tu pasal la aku tak berapa gemar nak menulis diary.. Tiap-tiap tahun ada je diary untuk aku, tapi page yang bertulis nya 3 bulan pertama je..yang lain-lain nye kosong..konon-kononnya simpan dlm memori ni je..hehe last-last bila kene brain wash dgn air yassin ngan air zam-zam (sbb nak exam..kan..cuci otak la sket) hbs memori aku kosong..hahaha

So kali ni..aku sangat teruja nak membelog sbb kali ni aku tak tau pun de org bc ke tak kisah aku..yang penting aku de tempat utk meluah..membebel..bergossip..dan menyimpan mcm2 alkisah selagi tak di serang virus dan data2 aku tak di hag maka mesti tak hilang memori dlm ni kan..kan..so mari kita enjoy membelog..
yabeda beduuuuuu....