Sunday 15 September 2013

Hantaran dari paper fan

Assalamualaikum..

Ok..ok..rasanya lama sangat nak post pasal hantaran ieda.. Tak boleh salahkan masa la kan.. aku tau aku yang kena pandai arrange kan masa..kan? Bukan apa.. lately aku quite busy ulang-alik ke hospital, pegi ziarah adik bongsu kat wad.. Insyallah tak ada yang serious, Dr. suspek ada batu karang kat saluran hati dia.. Alhamdulillah dah buat laser buang batu tu.. Insyallah..mudah-mdahan semuanya akan kembali seperti biasa..

So sementara aku diberi kesempatan oleh Nya...kesempatan masa dan kesihatan ni, lebih baik aku langsaikan apa-apa yg tertunggak.. Ok dengan segera, sekarang juga aku update Hantaran eida tanpa bunga tapi ganti dengan paper fan pada dulang tu..


Hah..ada rupa tak macam kat backdrop pelamin yang aku update dulu dalam entry yang lepas. macam ni lah ghupe nye..bak kata org perak..huhu..tujuan asalnya warna yang kitorang dah setuju ialah warna turqoise, peach... last-last jadi ler macam-macam peach sebabnya bila beli kertas warna nalau je habis guna... bila nak beli lagi, warna yang asal tu habis aje.. so aku terpaksa match kan warna peach yang seangkatan..haha, So ni ler trial yang aku buat..nampak memberansangkan..hahaha--- nampak gaya puas hati tu =P
 

Yang ni  bekas cincin untuk cik abang sayang, katanya... saje aku minimize kan paper fan dalam dulang ni.. supaya watak utama tertonjol lebih.  


Close up sikit...



Kasut buat si dia



 Set Kemeja dan Slack



Purse dan belt



 Minuman Arab berperisa...macam manisan la



Bekas buah-buahan
 



Jumlah kesemuanya hantaran untuk en. suami tersayang..



Sireh junjung tempah aje.. Yang tak de dalam gambar close up ialah hantaran cadbury, kotak kek, dan sireh junjung.. Memandangkan majlis pun dah berlalu kan.. jadi aku bersyukur lah sebab pengantin suka.. alhamdulillah. Lepas ni kalau panjang umur, ada jodoh adik aku kahwin..boleh lah aku ambik tender buat hantaran lagi sekali.. Again, aku rasa nak buat something yang berbeza juga..mungkin dari kain jeans..hehehe

sekian, wassalam



next....buat sendiri paper fan 
 
 

Tuesday 10 September 2013

Idea Hantaran to the Lovely Sista

Assalamualaikum..

Kali ni baik aku update terus post-post yang dah ter-akru sejak sekian lama ni...apa lah nak jadi ni asyik terakru je, sementara mood menaip dtg blh la aku update sekali okies...hhuhu.. Ok let's start dan cukup membebel----

Seperti entry yang lepas alhamdulillah ida bagi kepercayaan pada aku lagi sekali untuk gubahkan hantaran untuk suami dia..tapi sebelum aku update pasal hantaran yang telah diubah suai dan dicarca marba kan...hah, semua tu kerja aku lah tu.. Untuk hantaran kepada Pengantin lelaki aku rasa macam tak nak guna bunga tapi something yang berlainan sikit.. Ermmm...kalau zaman sekarang bride-to-be atau bakal-bakal pengantin banyak mengekpresi kan kreativiti sendiri kan? Aku sangat setuju sebenarnya, yang penting start awal dan pastikan jangan stress dengan apa yang korang cuba hasilkan.. Benda yang paling senang nak buat dan yang penting dah lah comel murah pula tu.. iaitu D.I.Y. sendiri Paper fan dan aku gunakan ilham daripada Paper Fan yang digubah pada pelamin backdrop, backdrop candy buffet atau hanging paper fan ke atas dulang hantaran untuk Ida.. Kalau tak caya nanti tengok..imagine kan gambar-gambar yang korang bakal tengok ini dalam situasi dulang hantaran aku..haha!! cuba lah imagine sendiri =)



Contoh 1:

Cuba korang bayangkan dulang hantaran yang dikelilingi oleh paper fan akan jadi begitu.. cantik kan?? Sekeliling dulang tu.. kalau tak suka banyak warna..kurangkan, yang penting pandai susun tak nampak semak..






Contoh 2:   

Ok yg ni ada extravaganza sikit...dengan tambahan tanglung bulat-bulat tu... bayangkan dekat hantaran kedudukan nya kat sepanjang dulang tu sebelah tepi....ermm..nice right?





Contoh 3:

Yang ini pun sama kalau nak buat kat tepi sepanjang dulang tu, lapis-lapis kan saja dengan kombinasi saiz dan warna yang sepadan sure terangkat..




Contoh 4:

Kali ni kalau nak buat keliling dulang..tapi pastikan Paper fan jangan besar sangat, nanti tak muat pula barang hantaran tu..




Contoh 5:

Ok yang ini saja aku tambah, kalau-kalau ada yang nak cari idea mix and match warna yang sesuai... Sebenarnya aku pun tak sangka silver and gold is a great combination... so humble yet a bit classy right?? cubalah..



Contoh 6:

Kalau yang ini korang buat bayang kan kalau nak letak kat dulang tu secara berselerak...tapi kena fikir pula..kat mana nak letak barangnya?? hurmm...lebih baik jangan, kan lebih baik kalau penuh kan dulang tu dengan paper fan secara berselerak tapi masih tonjolkan barang hantaran tu..




Sekianlah contoh-contoh yang 'mereka' hasilkan kat sana.. Tak salah ambik ilham kan? Banyak juga wedding kat sini buat sendiri dan ada juga yang planner buat backdrop menggunakan paper fan ...aku lah orang pertama yang akan terkesima...hahaha sebab aku sangat suka dengan keunikan dan idea-idea kreatif ni... So kita tak perlu duduk di pelamin yang berbunga-bunga lagi.. Senang, cepat dan sangat cute.



p/s: 

1. Yang penting, untuk hantaran, paper fan tak perlu besar-besar, kena buat kecil-kecil saja...masa aku buat dulu tu ada lima size yang berbeza dengan warna yang berbeza supaya boleh tindan-tindan untuk nampak menarik..

2. Pilih kombinasi warna yang sesuai saja dan kalau nak nampak kontra sikit guna 1 sahaja warna.

3. Susun atur elok-elok kalau tak nampak serabut.




Selamat mencuba bakal-bakal pengantin @ bride-to-be semua =)...
Ini sekadar perkongsian idea saja
Hantaran Ida yang aku buat??? hah...next pula ye, tunggguuuu


Monday 9 September 2013

Hantaran to Mr. Suami

Assalamualaikum..

Amboi berkulat-kulat dah blog ni sebab lama nau tak jengah2 (bak kata orang Melaka) hehe.. Nak kata busy..tipu sangat.. Nak kata tak ada cerita..banyak.. ermmm, hanya blogger2 yang sepesen dengan aku saja yang memahami... bila dah cuti menaip, mengkarang, meng gossip... jawapnya nak sampai mode mcm asal memang berkulat lah baru mula balik.. Ni aku fikirkan sebab janji-janji aku dlm previous entry nak upload kan pasal gubahan hantaran yang aku buat untuk eida dan husband la makanya aku gagah kan tangan menaip juga w/pun ditengah2 mlm rembang ni..

Memandangkan pengantin tak cerewet langsung pasal warna tema..so aku decide sendiri.. kalau hantaran dari pihak lelaki untuk pengantin perempuan aku cadangkan warna creme, dark brown dan hijau.. Memang rezeki pengantin.. kebetulan ada birthday voucher SSF..ermm apa lagi aku ambik la mix bouquet yang ada kombinasi warna creme dan hijau seperti yang kami dah persetujui. Ok aku tak mau membebel pepanjang..nengok je lah.. oppss terlupa, pengantin nak buat ala-ala hantaran diserang ladybird tu yang nampak ladybird merayap tu...








Hantaran Pengantin lelaki untuk Pengantin perempuan =)

Cincin risik dan batal air sembahyang

wow..electric shock!! handbag...niceee


bekas buah-buahan


coklatss


set wangian


Kasut + Purse

Alhamdulillah...semuanya selamat diselesaikan hingga ke hari terakhir sebelum majlis pernikahan.. Over all aku sangat happy sebab dapat buatkan hantaran untuk my lovely sista...Ida dan en.suami-nya.."Segala kekurangan mahupun cacat cela di mata awak Kak Jehan minta ampun dan maaf tau"


So..sampai jumpa lagi di next entry..daaaa =) 

 next will be...hantaran to Lovely Sista