Tuesday 10 September 2013

Idea Hantaran to the Lovely Sista

Assalamualaikum..

Kali ni baik aku update terus post-post yang dah ter-akru sejak sekian lama ni...apa lah nak jadi ni asyik terakru je, sementara mood menaip dtg blh la aku update sekali okies...hhuhu.. Ok let's start dan cukup membebel----

Seperti entry yang lepas alhamdulillah ida bagi kepercayaan pada aku lagi sekali untuk gubahkan hantaran untuk suami dia..tapi sebelum aku update pasal hantaran yang telah diubah suai dan dicarca marba kan...hah, semua tu kerja aku lah tu.. Untuk hantaran kepada Pengantin lelaki aku rasa macam tak nak guna bunga tapi something yang berlainan sikit.. Ermmm...kalau zaman sekarang bride-to-be atau bakal-bakal pengantin banyak mengekpresi kan kreativiti sendiri kan? Aku sangat setuju sebenarnya, yang penting start awal dan pastikan jangan stress dengan apa yang korang cuba hasilkan.. Benda yang paling senang nak buat dan yang penting dah lah comel murah pula tu.. iaitu D.I.Y. sendiri Paper fan dan aku gunakan ilham daripada Paper Fan yang digubah pada pelamin backdrop, backdrop candy buffet atau hanging paper fan ke atas dulang hantaran untuk Ida.. Kalau tak caya nanti tengok..imagine kan gambar-gambar yang korang bakal tengok ini dalam situasi dulang hantaran aku..haha!! cuba lah imagine sendiri =)



Contoh 1:

Cuba korang bayangkan dulang hantaran yang dikelilingi oleh paper fan akan jadi begitu.. cantik kan?? Sekeliling dulang tu.. kalau tak suka banyak warna..kurangkan, yang penting pandai susun tak nampak semak..






Contoh 2:   

Ok yg ni ada extravaganza sikit...dengan tambahan tanglung bulat-bulat tu... bayangkan dekat hantaran kedudukan nya kat sepanjang dulang tu sebelah tepi....ermm..nice right?





Contoh 3:

Yang ini pun sama kalau nak buat kat tepi sepanjang dulang tu, lapis-lapis kan saja dengan kombinasi saiz dan warna yang sepadan sure terangkat..




Contoh 4:

Kali ni kalau nak buat keliling dulang..tapi pastikan Paper fan jangan besar sangat, nanti tak muat pula barang hantaran tu..




Contoh 5:

Ok yang ini saja aku tambah, kalau-kalau ada yang nak cari idea mix and match warna yang sesuai... Sebenarnya aku pun tak sangka silver and gold is a great combination... so humble yet a bit classy right?? cubalah..



Contoh 6:

Kalau yang ini korang buat bayang kan kalau nak letak kat dulang tu secara berselerak...tapi kena fikir pula..kat mana nak letak barangnya?? hurmm...lebih baik jangan, kan lebih baik kalau penuh kan dulang tu dengan paper fan secara berselerak tapi masih tonjolkan barang hantaran tu..




Sekianlah contoh-contoh yang 'mereka' hasilkan kat sana.. Tak salah ambik ilham kan? Banyak juga wedding kat sini buat sendiri dan ada juga yang planner buat backdrop menggunakan paper fan ...aku lah orang pertama yang akan terkesima...hahaha sebab aku sangat suka dengan keunikan dan idea-idea kreatif ni... So kita tak perlu duduk di pelamin yang berbunga-bunga lagi.. Senang, cepat dan sangat cute.



p/s: 

1. Yang penting, untuk hantaran, paper fan tak perlu besar-besar, kena buat kecil-kecil saja...masa aku buat dulu tu ada lima size yang berbeza dengan warna yang berbeza supaya boleh tindan-tindan untuk nampak menarik..

2. Pilih kombinasi warna yang sesuai saja dan kalau nak nampak kontra sikit guna 1 sahaja warna.

3. Susun atur elok-elok kalau tak nampak serabut.




Selamat mencuba bakal-bakal pengantin @ bride-to-be semua =)...
Ini sekadar perkongsian idea saja
Hantaran Ida yang aku buat??? hah...next pula ye, tunggguuuu


No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi, ada masa comment lagi okeh =D