Sunday 15 September 2013

Hantaran dari paper fan

Assalamualaikum..

Ok..ok..rasanya lama sangat nak post pasal hantaran ieda.. Tak boleh salahkan masa la kan.. aku tau aku yang kena pandai arrange kan masa..kan? Bukan apa.. lately aku quite busy ulang-alik ke hospital, pegi ziarah adik bongsu kat wad.. Insyallah tak ada yang serious, Dr. suspek ada batu karang kat saluran hati dia.. Alhamdulillah dah buat laser buang batu tu.. Insyallah..mudah-mdahan semuanya akan kembali seperti biasa..

So sementara aku diberi kesempatan oleh Nya...kesempatan masa dan kesihatan ni, lebih baik aku langsaikan apa-apa yg tertunggak.. Ok dengan segera, sekarang juga aku update Hantaran eida tanpa bunga tapi ganti dengan paper fan pada dulang tu..


Hah..ada rupa tak macam kat backdrop pelamin yang aku update dulu dalam entry yang lepas. macam ni lah ghupe nye..bak kata org perak..huhu..tujuan asalnya warna yang kitorang dah setuju ialah warna turqoise, peach... last-last jadi ler macam-macam peach sebabnya bila beli kertas warna nalau je habis guna... bila nak beli lagi, warna yang asal tu habis aje.. so aku terpaksa match kan warna peach yang seangkatan..haha, So ni ler trial yang aku buat..nampak memberansangkan..hahaha--- nampak gaya puas hati tu =P
 

Yang ni  bekas cincin untuk cik abang sayang, katanya... saje aku minimize kan paper fan dalam dulang ni.. supaya watak utama tertonjol lebih.  


Close up sikit...



Kasut buat si dia



 Set Kemeja dan Slack



Purse dan belt



 Minuman Arab berperisa...macam manisan la



Bekas buah-buahan
 



Jumlah kesemuanya hantaran untuk en. suami tersayang..



Sireh junjung tempah aje.. Yang tak de dalam gambar close up ialah hantaran cadbury, kotak kek, dan sireh junjung.. Memandangkan majlis pun dah berlalu kan.. jadi aku bersyukur lah sebab pengantin suka.. alhamdulillah. Lepas ni kalau panjang umur, ada jodoh adik aku kahwin..boleh lah aku ambik tender buat hantaran lagi sekali.. Again, aku rasa nak buat something yang berbeza juga..mungkin dari kain jeans..hehehe

sekian, wassalam



next....buat sendiri paper fan 
 
 

Tuesday 10 September 2013

Idea Hantaran to the Lovely Sista

Assalamualaikum..

Kali ni baik aku update terus post-post yang dah ter-akru sejak sekian lama ni...apa lah nak jadi ni asyik terakru je, sementara mood menaip dtg blh la aku update sekali okies...hhuhu.. Ok let's start dan cukup membebel----

Seperti entry yang lepas alhamdulillah ida bagi kepercayaan pada aku lagi sekali untuk gubahkan hantaran untuk suami dia..tapi sebelum aku update pasal hantaran yang telah diubah suai dan dicarca marba kan...hah, semua tu kerja aku lah tu.. Untuk hantaran kepada Pengantin lelaki aku rasa macam tak nak guna bunga tapi something yang berlainan sikit.. Ermmm...kalau zaman sekarang bride-to-be atau bakal-bakal pengantin banyak mengekpresi kan kreativiti sendiri kan? Aku sangat setuju sebenarnya, yang penting start awal dan pastikan jangan stress dengan apa yang korang cuba hasilkan.. Benda yang paling senang nak buat dan yang penting dah lah comel murah pula tu.. iaitu D.I.Y. sendiri Paper fan dan aku gunakan ilham daripada Paper Fan yang digubah pada pelamin backdrop, backdrop candy buffet atau hanging paper fan ke atas dulang hantaran untuk Ida.. Kalau tak caya nanti tengok..imagine kan gambar-gambar yang korang bakal tengok ini dalam situasi dulang hantaran aku..haha!! cuba lah imagine sendiri =)



Contoh 1:

Cuba korang bayangkan dulang hantaran yang dikelilingi oleh paper fan akan jadi begitu.. cantik kan?? Sekeliling dulang tu.. kalau tak suka banyak warna..kurangkan, yang penting pandai susun tak nampak semak..






Contoh 2:   

Ok yg ni ada extravaganza sikit...dengan tambahan tanglung bulat-bulat tu... bayangkan dekat hantaran kedudukan nya kat sepanjang dulang tu sebelah tepi....ermm..nice right?





Contoh 3:

Yang ini pun sama kalau nak buat kat tepi sepanjang dulang tu, lapis-lapis kan saja dengan kombinasi saiz dan warna yang sepadan sure terangkat..




Contoh 4:

Kali ni kalau nak buat keliling dulang..tapi pastikan Paper fan jangan besar sangat, nanti tak muat pula barang hantaran tu..




Contoh 5:

Ok yang ini saja aku tambah, kalau-kalau ada yang nak cari idea mix and match warna yang sesuai... Sebenarnya aku pun tak sangka silver and gold is a great combination... so humble yet a bit classy right?? cubalah..



Contoh 6:

Kalau yang ini korang buat bayang kan kalau nak letak kat dulang tu secara berselerak...tapi kena fikir pula..kat mana nak letak barangnya?? hurmm...lebih baik jangan, kan lebih baik kalau penuh kan dulang tu dengan paper fan secara berselerak tapi masih tonjolkan barang hantaran tu..




Sekianlah contoh-contoh yang 'mereka' hasilkan kat sana.. Tak salah ambik ilham kan? Banyak juga wedding kat sini buat sendiri dan ada juga yang planner buat backdrop menggunakan paper fan ...aku lah orang pertama yang akan terkesima...hahaha sebab aku sangat suka dengan keunikan dan idea-idea kreatif ni... So kita tak perlu duduk di pelamin yang berbunga-bunga lagi.. Senang, cepat dan sangat cute.



p/s: 

1. Yang penting, untuk hantaran, paper fan tak perlu besar-besar, kena buat kecil-kecil saja...masa aku buat dulu tu ada lima size yang berbeza dengan warna yang berbeza supaya boleh tindan-tindan untuk nampak menarik..

2. Pilih kombinasi warna yang sesuai saja dan kalau nak nampak kontra sikit guna 1 sahaja warna.

3. Susun atur elok-elok kalau tak nampak serabut.




Selamat mencuba bakal-bakal pengantin @ bride-to-be semua =)...
Ini sekadar perkongsian idea saja
Hantaran Ida yang aku buat??? hah...next pula ye, tunggguuuu


Monday 9 September 2013

Hantaran to Mr. Suami

Assalamualaikum..

Amboi berkulat-kulat dah blog ni sebab lama nau tak jengah2 (bak kata orang Melaka) hehe.. Nak kata busy..tipu sangat.. Nak kata tak ada cerita..banyak.. ermmm, hanya blogger2 yang sepesen dengan aku saja yang memahami... bila dah cuti menaip, mengkarang, meng gossip... jawapnya nak sampai mode mcm asal memang berkulat lah baru mula balik.. Ni aku fikirkan sebab janji-janji aku dlm previous entry nak upload kan pasal gubahan hantaran yang aku buat untuk eida dan husband la makanya aku gagah kan tangan menaip juga w/pun ditengah2 mlm rembang ni..

Memandangkan pengantin tak cerewet langsung pasal warna tema..so aku decide sendiri.. kalau hantaran dari pihak lelaki untuk pengantin perempuan aku cadangkan warna creme, dark brown dan hijau.. Memang rezeki pengantin.. kebetulan ada birthday voucher SSF..ermm apa lagi aku ambik la mix bouquet yang ada kombinasi warna creme dan hijau seperti yang kami dah persetujui. Ok aku tak mau membebel pepanjang..nengok je lah.. oppss terlupa, pengantin nak buat ala-ala hantaran diserang ladybird tu yang nampak ladybird merayap tu...








Hantaran Pengantin lelaki untuk Pengantin perempuan =)

Cincin risik dan batal air sembahyang

wow..electric shock!! handbag...niceee


bekas buah-buahan


coklatss


set wangian


Kasut + Purse

Alhamdulillah...semuanya selamat diselesaikan hingga ke hari terakhir sebelum majlis pernikahan.. Over all aku sangat happy sebab dapat buatkan hantaran untuk my lovely sista...Ida dan en.suami-nya.."Segala kekurangan mahupun cacat cela di mata awak Kak Jehan minta ampun dan maaf tau"


So..sampai jumpa lagi di next entry..daaaa =) 

 next will be...hantaran to Lovely Sista

Friday 24 May 2013

Raja sehari

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..akhirnya cinta mereka disatukan..tahniah mydear =)..
huhu..seperti yang dijanjikan, moh ler kita tengok gerangan raja sehari Mr. Handsome dan Mrs Pretty yang aku katakan haritu..anyway congrats to both of you sayang...





Nikah

Kami hadir bertiga..cik ain kita, jangan lama-lama membujang ok..hehe


Pengantin.....jangan marah ok, grab dari photographer 1
 

Majlis Sanding.. Mr. Handsome and Mrs Pretty


Majlis Sanding berdua tau..yg ni Kak Chik dan Abg Jamil


Makan beradap.. kalau malu lapar tau..telan je pengantin, hehe..belajar dari pengalaman..

Sayang, dear and sweetheart...   



Tahniah...Majlis di Taman Tasik Tititwangsa.. best juga..sekali sekali makan tepi tasik dalam cuaca dingin renyai-renyai hujan...alhamdulillah hujan rahmat..



sekian..




Next entry... hantaran seikhlas hati

Sunday 19 May 2013

Hasilnya..

Assalamualaikum..

Yeah...alhamdulillah..Pengantin pun dah selamat disandingkan.. dan aku?? yea..selesai sudah tugasan aku mengubah hantaran =) dan sekarang aku akan share satu persatu, secara bersiri...pastikan jangan terlepas..heheh.. Apa agaknya yang terjadi dengan hantaran-hantaran tersebut setelah di kucar-kacir kan oleh aku..huarghh..ha..ha.. aku akan reveal siapa raja seharinya dan yang penting D.I.Y. yang aku implement kan dalam hantaran tu macam salah satunya yang ini d.i.y 1..

Dalam d.i.y. 1 yang aku ceritakan dulu tu, aku buat satu-satu kan? ok di bawah ni hasilnya setelah dicantum-cantum.. Ha..ha.. aku saja buat color pink walaupun theme oren turqoise..pasai tak nak tenggelam dek warna nanti.. 

So kepada bride to be atau pencetus-pencetus ilham hantaran diluar sana, kalau terpandang post saya ni boleh lah ambil idea, saya tak marah.. yang penting aku suka kelainan kalau mampu... sangat budget but at the same time boleh diketengahkan..ye tak??

Lepas ni kalau ada nak order paper flower yang readymade atau paper fan boleh lah order dari aku..aku buka untuk di order, hehehe... Sila..sila..menjamah mata


close up



dulang untuk cincin.. rasa simple sangat pulak =(







Rupanya aku tak payah risau sebab bila dalam gambar warnanya sedondon..huhuhu


Next..insyallah.......Raja sehari 4 sekali

Tuesday 16 April 2013

Mainan kesukaan


Assalamualaikum..

Sekali lagi menyepi, secara tiba-tiba..huhu..Sejak Danish dapat mainan yang seakan-akan kereta sebab ada stereng, tapi tak ada pintu.. nak kata motor ada 3 roda pulak (sampai sekarang aku tak tau nak panggil apa mainan tu) atlast aku panggil skuter.. maybe... *angkat bahu*  

Tujuan asal memang nak membendung masalah Danish yang terlalu suka sangat memanjat.. segala-galanya dia nak panjat macam yang aku pernah cerita kan dulu. Ermm..kesian nenek, terpaksa buat macam-macam cara nak buang tabiat Danish tu..tu yang dapat sebijik 'skuter' dari nenek.. sayang cucu punya pasal =)

Mulanya..Danish jumpa 'skuter' ni kat rumah adik abg ipar aku.. Mak balik cerita kat aku, Danish suka sangat 'skuter' tu sampai tak nak kemana-mana.. Tak bagi orang lain ambik, sampai nak balik nangis..tak nak tinggal kan 'skuter'...hehe ingat dia punya la tu.. Sejak tu mak beriya-iya suruh aku cari benda tu..memandangkan masa tu aku ikut diorang, so aku tak dapat nak imagine 'benda alah' tu.. Nasib baik kakak aku ada snap gambar Danish dengan 'skuter' tu..so aku baru

Kebetulan satu hari tu aku ternampak 'skuter' ni kat sebuah kedai.. Harga pulak berbaloi sangat.. Mampu dimiliki tak sampai harga sebiji 'skuter' original..huhuhu.. ofcourse la kan.. RM49..?? ok kan? Tak mahal sangat berbanding 'skuter' yang kat rumah adik abg ipar aku tu beli RM99!! banyak gile beza kat situ.. Ingatkan branded kot..rupanya tak pun, sama sebijik macam yang aku belikan untuk Danish

Sejak tu....lepas aku belikan Danish, barulah nampak banyak ada kat pasaran..tapi tak dapat harga yang macam aku dapat.. alhamdulillah rezeki Danish.







Dengan kakak-kakak saudara, tuan punya 'skuter' yg sebenarnya..




Tengok..tengok...kan dah kata tak mau dia bangun dari 'skuter' =)


 


Yang penting bila Danish happy, Ibu pun happy juga =)


wassalam..

Monday 8 April 2013

Dari pasaraya sampai pasar malam

Assalamualaikum..


Dalam tak sempat pun
aku cuba curimasa menjengok sygku si jaris sincerely ni..
dan update apa yg terbuat hari minggu..

Memang kami adik beradik hantu pasar malam (pm)..pantang dgr nama mesti nak singgah punya..pasal tulah kalau dompet kosong, hehe minta maaflah time tu barulah tak kenal pasar malam.. mana taknya kalau pergi pasar malam tak habis rm50 bkn pergi pm namanya..hehe


So ni lah sebahagian hasil borongan aku bersama-sama kaklong ku =)
Popia basah Zaiton.. berhantu tahu popia ni, rasa 1 nak 2..rasa 2 nak 3..eeeee..berhantu..berhantu


Yang ni memang 5 star..superb..marvellous.. Kalau boleh tiap minggu nak cari..Charkuehteaw.. Dah kering sebab banyak destinasi yg disinggah, sampai kering kuahnya



Inilah akibatnya kalau lunch kononnya nak makan yang simple je..huhu simple lah sangat.. last-last petang menggila lah mencari benda yang boleh di makan.. Itu yang memborong tak ingat kat pm tu..nasiB baik hari tu ada pasar mlm..  

Ni lah yang aku makan tengahari tadi hingga mendorong aku ke pm pulak..sebab perut masih berkeroncong..Chicken lasagna.. Instant.. cepat dimasak sedap di makan..sekejap je tahan..huhu..

Untuk lasagna ni, jenama Tricious, aku beli kat Ong Tai Kim je..
Harga ada promotion RM6.99..aku bagi 4 star sebab tak kedekut cheese dan ayam juga flavour bolognese yg banyak, terasa hingga ke titisan terakhir..ecewah..kuikuikui..

Cuma terkilan sebab ada 1 tingkat je, gambar kat kotak bertingkat-tingkat =(
Anyway dia bukan ada flavour chicken and meat je tau.. dia ada flavour spinach lagi.. Next time boleh beli lagi lah.. Try rasa lain pulak.


sekian,
wassalam..
da~ 

Tuesday 2 April 2013

Hidup jangan mudah mengalah

Assalamualaikum..


Pagi tadi macam biasa, aku cek email company..kot-kot ada client yang nak dilayan urgent ke...tengok-tengok ada 2 mail dalam inbox. Rupanya bos yang kirim. Wah semangat betul...memandangkan bos kitorang memang super duper sporting, nak tau dia send apa? Bos kami kirim youtube..suruh kitorang tengok lah tu..hehehe.. Selalunya kalau Bos yang send mesti Youtube terpilih... confirm best punya la.. Ingat lagi hari tu, masa kes Listen..Listen..Listen... dia jugalah yang memperkenalkan kitorang dengan seorang Vlogger yang dikenali sebagai "Namewee" walaupun agak sengal vlog dia...masa tu agenda Listen tu di parody kan jadi benda yang kelakar..serious memang kelakar..terhibur kami dengan Youtube yg bos kenalkan tu..





Jadi, kitorang pun apa lagi...dengar lah Youtube yang bos send tu.. sebelum tu terfikir jugak..mungkin ke ada unsur-unsur memerli atau teknik baru bos untuk menasihati...memandangkan bos kitorang memang tak reti marah...senyummmm jeee.. Ermmm..rupanya touching sungguh mesej yang nak disampaikan melalui Youtube yg 1st tu.. Meleleh air mata tahu.. Banyak pengajaran dan boleh muhasabah diri kita yang banyak dosa ni, kata bos =)
Jom tengok dan hayati bersama (highlight untuk Youtube yang 1st shj)..




terima kasih bos..
mesej: jangan mengalah bila kita jatuh..bangkit semula..
bangkit untuk memulakan semula.. Jangan putus asa =)


terima kasih Ya Allah.. betapa sempurnanya anugerahMu untuk ku..
syukur..syukur ya Allah 

Friday 29 March 2013

D.I.Y. dari Crepe Paper

Assalamualaikum..

Sekali lagi menyepi.. Minta maaf semua, bulan ni dan bulan depan aku memang betul-betul busy tahu.. Ada ke yang kisah??..hakhakah..perasan ;p
Ok..apa kata aku bongkar sikit apa yang aku "busy" kan tu?? Meh saksikan.. Bagi sesiapa yang suka ber D.I.Y. macam aku ni especially Bride to be (B2B) yang nak jimatkan kos, buat sendiri =)..aku memang respect B2B yang D.I.Y. sendiri tau, aku dulu pun tak kuasa nak buat sendiri, tak ada masa sebenarnya..meh aku share macam mana aku buat bunga daripada crepe paper yang sangat senang.. bunga ni nanti untuk letak kat atas base hantaran nanti.. Jom tengok 



  Bahan-bahan : 
Crepe Paper, Pencil, Gunting, Pearl, Hot Gun, 
Tapak untuk lekat kelopak bunga nanti.









 

 

 





 


HASILNYA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.







Selamat ber D.I.Y.
selamat mencuba...


wassalam