Friday 29 March 2013

D.I.Y. dari Crepe Paper

Assalamualaikum..

Sekali lagi menyepi.. Minta maaf semua, bulan ni dan bulan depan aku memang betul-betul busy tahu.. Ada ke yang kisah??..hakhakah..perasan ;p
Ok..apa kata aku bongkar sikit apa yang aku "busy" kan tu?? Meh saksikan.. Bagi sesiapa yang suka ber D.I.Y. macam aku ni especially Bride to be (B2B) yang nak jimatkan kos, buat sendiri =)..aku memang respect B2B yang D.I.Y. sendiri tau, aku dulu pun tak kuasa nak buat sendiri, tak ada masa sebenarnya..meh aku share macam mana aku buat bunga daripada crepe paper yang sangat senang.. bunga ni nanti untuk letak kat atas base hantaran nanti.. Jom tengok 



  Bahan-bahan : 
Crepe Paper, Pencil, Gunting, Pearl, Hot Gun, 
Tapak untuk lekat kelopak bunga nanti.









 

 

 





 


HASILNYA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.







Selamat ber D.I.Y.
selamat mencuba...


wassalam

Friday 22 March 2013

Dari doily paper...

Assalamualaikum..

Lama betul aku menyepi..rindunya nak meng-update, nak buat macam mana, memanjang je buat-buat busy.. Busy menyiapkan hantaran. Boleh di katakan tiap malam aku mengadap bahan-bahan mentah untuk dicantum-cantum.. Setakat ni progress dah 70%.. lagi 30% tu tinggal nak touch up dan gabung-gabungkan semua. Hehe..harap-harap tuan punya badan puas hati nanti.. Cuak je rasa, yelah mata orang lain-lain kan..

Ingat lagi masa aku offer diri nak buat hantaran untuk adik ipar dulu..bila dah jadi, sampai kat kampung diorang macam pandang semacam..mungkin sebab tak menepati mata mak-mak sedara kat sana kot... Nak kata buruk, aku rasa ok je.. bukannya outdated malah sehabis moden aku gubah..dan lagi dah sehabis tenaga dah aku kerah.. Mungkin sebab terlalu moden kot, jadi tak sesuai dengan mata diorang =)
huhu..minta maaf lah next adik ipar kawin tidak lah aku meng-offer diri buatkan.. cuma kalau nak offer bagi bunga telur tu mungkinlah kot. Dah minat sangat, tak mampu tengok je duit berabih kat bunga telur yang beringgit-ringgit tapi rupanya hado tak hado jek..

ok..ok..dah tersasar dari tajuk yea.. Kali ni aku tersangatlah jatuh cinta dengan Doily paper.. So kali ni aku banyak buat gunakan doily paper, dari bulat sampai ke empatsegi panjang. 


doily bulat untuk bunga..dan aku letak atas form hantaran.
  
Doily rectangular: untuk deco bahagian kiri dan kanan form dan aku buat paper fan untuk deco atas form juga =) 

Untuk dua-dua jenis doily ni aku dyed sendiri..macam entry teaser yang lepas kat sini dan jangan risau..kalau nak tau macam mana aku dyed semua doily tu daripada putih melepak jadi colourful nantikan next entry yea =)  akan aku D.I.Y. kan semua nya..

oklah sampai sini dulu..

sekian
wassalam =)



Wednesday 13 March 2013

Silent day of Wednesday #3. Birthday

BismillahirRahmanirRahim

*******************************************************************


 to me..
thanks husband for your wish =)

wassalam..


Friday 8 March 2013

Hadiah untuk semua Wanita

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...hari ni aku masih bernafas..
Rasa simpati dengan nasib ahli keluarga bagi anggota-anggota yang bertugas dan masih berkawal di Lahad Datu, bertarung nyawa diorang kat sana.. dan keluarga hari-hari menunggu penuh debar..
alhamdulillah sekarang dah kembali terkawal.

Tak lupa juga, "Selamat Hari Wanita" untuk kita semua wanita-wanita diseluruh dunia =)
Siapa lagi nak wish kalau tak diri sendiri kan..kan..
Tak pelah kalau suami tak ingat, tak kecik hati pun..
janji jangan birthday or anniversary kita dia lupa
mesti nak muncung tahu..

Untuk semua wanita-wanita ini khas untuk kita semua..
Kalau biasanya kita dengar syarahan oleh Ustaz Adzhar Idrus..
Apa kata kali ni aku share ceramah oleh Ustaz Haslin Bahrim
@ Ustaz Haslin Bollywood
Aku terpikat sangat kalau ustaz ni ceramah..sempoi dan rilex ok..
Orang Jawa Ust. ni, Yok dengar...yok




selamat beramal..
LotsOfLove  8D


sekian..wassalam


Tuesday 5 March 2013

Stay Up

Assalamualaikum..

Macam esok nak exam.. kalau zaman belajar dulu memang aku selalu stay up sampai subuh.. kes study last minute la tu..esok ada paper yg recall malam semalam punya..hurmm tak sangka pula, bila dah ada anak pun aku still kena stay up juga.. Tukar pampers kul 5 lebih, terus Danish berjaga nak baca buku kononnya.. Kalau ibu, tak usah baca, tengok buku sambil baring pun dah boleh tertidur..hehee

Dah anak stay up harus lah aku pun kena tunggu dia sampai tidur balik.. Orang kata otak kita masa subuh fresh lagi, so sambil-sambil Danish ada mood nak tengok buku, baik aku ngajar dia sikit. Alhamdulillah, nak memahami apa yang kita cakap dia cemerlang..tapi part nak bercakap tu masih blur lagi ayatnya.. aku tak faham :( kesian anak ibu, 'tapi ada sesetengah part lah yang ibu kurang faham..'



sekian
wassalam


 
psstt..human body Danish excellent, almost semua dia faham dan kenal..alhamdulillah


Teaser

Assalamualikum..

Teaser v.1
 
From white doily to something cheerful and look lacey
untuk project D.I.Y hantaran kepada pihak lelaki,
handmade untuk sahabat for her wedding.Theme pastel color scattered dengan minima sahaja bunga-bungaan.
Nantikan transformation untuk ini....tungguuuu    

 
Thanks kerana percaya dengan jari-jari ini..huhu
 
sekian
wassalam..

Saturday 2 March 2013

Bos belanja

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, mudah-mudahan bertambah-tambah rezeki Bos.. Selamat duit dari terbang ke bihun celup masa lunch tadi..kikikih.. Dah bertahun-tahun, memang adat kat ofis ni kalau birthday staff bos mesti belanja =) Tak kiralah dah lepas ke tidak.. Yang penting Bos akan belanja.. hurmm, best..best.. Jadi tahun ni kumpul and celeb 4 orang sekali punya birthday.. before that happy belated birthday to you all (wish 2nd time) ~ Da, Wan, Ain and Haziq~ semoga semuanya dipermudahkan dan diluaskan rezeki =) amin..  

So, lunch tadi kami dengan lafaz 'bismillahir rahmanir rahim' kami merasmikan Ayam Texas.. hahaa.. dengar jauh kan..import?? sebenarnya dokek yo.. kat fasa 1 tu je ada Texas Chicken baru buka.





Komen aku:
Aku bukan jenis cerewet makan..
tapi ayam dia kalau makan masa panas lagi urmph! gitu
Ada 2 choiceori and spicy.. kalau spicy ala-ala KFC pedasnya.
Chicken ada sikit ala-ala 'popeye' kalau sapa-sapa pernah mamam popeye =)
dapat dish ala-ala bun berbentuk muffinflav butter yg kuat.. Nak kata muffin x de cup, macam sweet bun popeye ada jam strawberry..yummy..slurpp, sorry..sorry sambil lap-lap lelehan..huhu
huh..eloklah sendiri try ye..tak pandai aku nak men-describe kan
+ ada macam chicken wrap dgn pita..juga tak dapat describe rasa sebenar sebab dah suam-suam kuku masa sampai kat ofis..
Senang p rasa sendirilah korang..

Dan aku pula, kena try lagi sekali dan survey sekali menu set dan harganya.. Bos kata tak mahal sgt =).. so mari-mari kita p try









sekian..

wassalam~