Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Saturday, 2 March 2013

Bos belanja

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, mudah-mudahan bertambah-tambah rezeki Bos.. Selamat duit dari terbang ke bihun celup masa lunch tadi..kikikih.. Dah bertahun-tahun, memang adat kat ofis ni kalau birthday staff bos mesti belanja =) Tak kiralah dah lepas ke tidak.. Yang penting Bos akan belanja.. hurmm, best..best.. Jadi tahun ni kumpul and celeb 4 orang sekali punya birthday.. before that happy belated birthday to you all (wish 2nd time) ~ Da, Wan, Ain and Haziq~ semoga semuanya dipermudahkan dan diluaskan rezeki =) amin..  

So, lunch tadi kami dengan lafaz 'bismillahir rahmanir rahim' kami merasmikan Ayam Texas.. hahaa.. dengar jauh kan..import?? sebenarnya dokek yo.. kat fasa 1 tu je ada Texas Chicken baru buka.





Komen aku:
Aku bukan jenis cerewet makan..
tapi ayam dia kalau makan masa panas lagi urmph! gitu
Ada 2 choiceori and spicy.. kalau spicy ala-ala KFC pedasnya.
Chicken ada sikit ala-ala 'popeye' kalau sapa-sapa pernah mamam popeye =)
dapat dish ala-ala bun berbentuk muffinflav butter yg kuat.. Nak kata muffin x de cup, macam sweet bun popeye ada jam strawberry..yummy..slurpp, sorry..sorry sambil lap-lap lelehan..huhu
huh..eloklah sendiri try ye..tak pandai aku nak men-describe kan
+ ada macam chicken wrap dgn pita..juga tak dapat describe rasa sebenar sebab dah suam-suam kuku masa sampai kat ofis..
Senang p rasa sendirilah korang..

Dan aku pula, kena try lagi sekali dan survey sekali menu set dan harganya.. Bos kata tak mahal sgt =).. so mari-mari kita p try









sekian..

wassalam~

Thursday, 31 January 2013

Hussein, Mon & Jin Pakai Toncit

Assalamualaikum..
 
Siapa layan Zombi Kampung Pisang? tak pun Hantu Kak Limah balik rumah? sila senyum lebar-lebar *lebih afdal jika sampai telinga*..kikikih, sama denganlah dengan aku.. ahahh..sungguh..aku tak nafikan yang filem-filem Mamat Khalid memang menggila seronoknya.. hehe, kalau Zombi Kampung Pisang tu aku tengok berkali-kali pun tak pe.. Masih nak terbahak-bahak juga.. Walaupun filem Mamat Khalid ni lawaknya agak sengal-sengal tapi tetap nak tengok juga ke-kreatifan Mamat Khalid ni. Dia memang unik dan 'gila-gila'.. kalau tengok satu family rileks sangat.. very light dan tak perlu banyak fikir, sampai satu part tu mesti rasa tertanya-tanya dan tak sabar nak tau kesudahannya..satu-satunya horror movie yang variasi..ada bab-bab suspen, lawak,  seram dan unsur-unsur tak masuk akal.. Lepas Zombi Kampung Pisang keluar pulak Hantu KakLimah balik rumah dan  7th February 2013 ni keluar sambungan HKLBR iaitu Hussein Mon & Jin Pakai Toncit..So jom terjah trailer filem ni..jom..jom, nampak macam sengal juga ceritanya =)




 
Sekian
Wassalam..
 
 

Thursday, 10 January 2013

yayyy...Rebet berjaya


Assalamualaikum

Tadi tetiba bersemangat nak buka semula website SKMM. Harap-harap kali ni aku berjaya lah mendaftar dan submit ..dan seterusnya p claim rebet kat mana-mana pembekal perkhidmatan yang terlibat. Jadi daftar punya daftar, kalau dulu dan beberapa kali cubaan punya cubaan asyik keluar warning macam hari tu kan.. 


Tapi suatu hari yang sangat miracle aku berjaya juga hantar.. alhamdulillah.. akhirnya =D senyum lebar =D  


 Boleh juga check it out pembekal perkhidmatan yang terlibat dan jenis handphone yang ditawarkan yang penting kena kena langgan line.


Details nanti aku check dengan pembekal rangkaian yang aku gemari =)

sekian, wassalam

Tuesday, 8 January 2013

Ajaibnya krim penaik seri

Assalamualaikum

Seperti yang diinginkan, haritu aku ada review product Krim Anugerah [sini]  merangkap foundation yg ada uv protection.. Seronok nya kalau dapat cuba. Harganya tak berapa mahal dan berbaloi dengan kelebihan yang ada pd produk ni. Check Price dan kebaikannya.

Kali ni aku akan rasai sendiri penangan krim ni, sebab aku dah beli pun =).. Tapi sedih sikit sebab very cute je krimnya, 20g je..so kena pakai jimat-jmat la boleh gitu??hehee

besar tapak tangan aku je..

jaris sincerely "Harap-harapnya krim ni betul-betul berbaloi dengan harga dan kesannya, niat aku pakai sebab nak tutup pori-pori dan menggantikan compact sebab muka ni tak lah segebus siti norhalija tu..so i've to find something utk tempek kat muka..so sad, but alhamdulillah ya Allah dengan kurniaan ini"

wassalam =)

Sunday, 16 December 2012

Rasa nak cuba..

BismillahirRahmanirRahim..

Review produk:
Selak-selak surat khabar terbaca pasal foundation @ bedak asas daripada produk Anugerah. Tak tau pun aku anugerah dah ada foundation rupanya..hehe..kesian betul. Anyway apa yang aku tertarik ialah foundation ni dah dibacakan 30 juzuk Al-Quran, kandungan yang digunakan sangat alami iaitu ada Sireh dan limau purut plus ada Vitamin E gitu dan lagi siap ada UV protection SPF30 lagi tahu..

Jangan main-main bukan setakat tu je, sebenarnya nama sebenar dia lupa nak perkenalkan tadi, Penaik Seri UV Foundation Anugerah namanya. Ececece macam ada share pulak, promote sakan, bukan cam tu..aku pun baru nak cuba try test keberkesanan mende alah itu tapi disebabkan keterujaan aku yang membawa tangan ni menaip  pasai ni..

ni lah dia tuan punya badan



Sambung balik.. harga ok, aku mampu..tu yang penting cuma RM48 saja.. biasalah orang yang jarang bersolek macam aku boleh lah agaknya bertahan 2 ke 3 bulan gamaknya..haha. Lepas pakai ni insyallah kulit-kulit aku yang kendur ni boleh ditegangkan, kata diorang lagi melembapkan kulit serta menyerikan raut wajah. Insya-Allah anda akan disayangi dan disenangi oleh orang ramai.
Lebih detail cekidout sini Penaik Seri UV Foundation Anugerah sendiri okeh..hehe aku mau terjah ini barang a.s.a.p

biasa bagi Danish air anugerah je, bagus sangat..Danish lebih tenang kalau dia minum, mungkin kebaikan 30juzuk Al-Quran yang dibaca kan.


ppsstt:  Ada sesiapa yang dah tercuba benda alah (foundation) ni tak?? boleh share kalu..hehe