Thursday 31 January 2013

Hussein, Mon & Jin Pakai Toncit

Assalamualaikum..
 
Siapa layan Zombi Kampung Pisang? tak pun Hantu Kak Limah balik rumah? sila senyum lebar-lebar *lebih afdal jika sampai telinga*..kikikih, sama denganlah dengan aku.. ahahh..sungguh..aku tak nafikan yang filem-filem Mamat Khalid memang menggila seronoknya.. hehe, kalau Zombi Kampung Pisang tu aku tengok berkali-kali pun tak pe.. Masih nak terbahak-bahak juga.. Walaupun filem Mamat Khalid ni lawaknya agak sengal-sengal tapi tetap nak tengok juga ke-kreatifan Mamat Khalid ni. Dia memang unik dan 'gila-gila'.. kalau tengok satu family rileks sangat.. very light dan tak perlu banyak fikir, sampai satu part tu mesti rasa tertanya-tanya dan tak sabar nak tau kesudahannya..satu-satunya horror movie yang variasi..ada bab-bab suspen, lawak,  seram dan unsur-unsur tak masuk akal.. Lepas Zombi Kampung Pisang keluar pulak Hantu KakLimah balik rumah dan  7th February 2013 ni keluar sambungan HKLBR iaitu Hussein Mon & Jin Pakai Toncit..So jom terjah trailer filem ni..jom..jom, nampak macam sengal juga ceritanya =)




 
Sekian
Wassalam..
 
 

Thursday 24 January 2013

Danish ikut Sambutan Maulidur Rasul


Assalamualaikum..

Salam Maulidur Rasul semua..Hari ni 12 Rabiulawwal 1434 Hijrah, hari lahir Rasulullah S.A.W. junjungan tercinta. Sana sini berarak sambil berselawat keatas Nabi, ermmm macam baca berita pulak dah.. Hehee..pagi tadi Danish ikut atuk sama-sama berselawat dan berkumpul kat masjid. Tapi atuk berselawat kat dalam, Danish kat luar kena ganyang dengan kakak2 dan abang2 yang geram dengan dia, sambil main kejar-kejar. Semoga Danish jadi anak yang soleh bila besar nanti insyallah.









 Macam tu lah gayanya Danish pakai Baju Melayu ikut atuk pergi Masjid..siap songkok, tapi tak mau pakai sampin..gambar kat atas tu ambik masa hari raya 2012 hari tu.. ambil dari album tu yang blur =(

sekian..
wassalam

Fivers Hijabis Giveaway II


Assalamualaikum..




Nampak tak..nampak tak..haaa, semangat nak join giveaway lah pulak.. Memandangkan dak iyraa menge 'tag' aku jadi terima kasih la ye.. Kalau tak aku tak perasan ada giveaway..huhu, jelas disitu tak  buat homework~ mem-blogwalking =)..aiyoyo, what's goin on with your tatabahasa merojak kan bahasa namanya.. Justeru hari ni aku menyahut seruan beliau..yayy!!

"Sempurnalah bagi seorang muslimah itu setelah kamu istiqamah dalam setiap amalmu kemudian menutup sebahagian aurahmu dengan Hijab yang sempurna..insyallah" 

Saya tag:
 sally Noah Levine dan
Nadiah

~Jom join..Klik saja banner kat atas tu~
 tarikh tutup: 15/02/2013


sekian,
wassalam 

Saturday 19 January 2013

Kek Jepun fav Danish


Assalamualaikum

Sejak terpandang kali pertama dan merasa sendiri, amboi lembut betul..mula-mula kenal kat Pistachio. Rupa lebih kurang sama, rasa pula adalah berbeza sikit, nama pun lain..Kalau kat Pistachio namanya Osaka.. apa ni..apa ni.. Pinocchio..eh, eh..Pistachio? Osaka?? Nak pergi Jepun ke ni?

bagitau cepat jehan...

Ok..rilex..hihii.. Bermula lah jatuh cinta aku pada spesis kek nama jepun ni.. Memandangkan aku adalah member King Confectionery yang kebetulan tetiba ada juga kek jepun ni, so aku terus jadi customer tetap di King & sanggat addicted dengan kek jepun ni..huhu Kat King namanya Hokkaido Cake..


Untuk aku Hokkaido Cake memang sangat cool tahu.. mana taknya dahlah tengah-tengah ada filing custard cream makan pula masa baru keluar peti sejuk sungguh auummm rasanya...hihii..sekali gigit meleleh-leleh custard tu.. =p hehee, over tau..huhu, jangan ler di biarkan custard tu meleleh rugi..



Dalam satu kotak ada 6 ketul.. selalunya cup nya  color pink, comel betul.. Kali ni aku beli color biru pulak..terkejut juga..sebab beberapa kali beli color pink.. Harga sekotak RM10.00 member / non-member RM12.90 .


Danish pun sama-sama "menggila" dengan kek jepun ni.. Sekarang dah pandai kalau nampak kotak saja dah berebut dengan ibu dia..




Tengok..tengok.. kan dah kata, kalau dia dah hadap Hokkaido Cake ni mak mertua lalu pun dia tak pandang..Danish suka sangat especially cream custard tu..lepas makan belah atas (atasnya ada taburan icing sugar) dia akan korek tengah-tengah..hehe Danish oh Danish =)

sekian,
wassalam.. 

Wednesday 16 January 2013

Silent day of Wednesday #2) Siapa Menyorok??

Bismillahirahmanirrahim
 *************************************************************************************








 






 
 


 

 



Sumber : email
Jurugambar: Artoo Wolfe, 61 
(American photographer, artist, teacher)


Selamat mencari, 
Wassalam

Tuesday 15 January 2013

Segmen 2013: Jom tingkatkan followers sampai lebam


Assalamualaikum

Blogwalking dengan semangat yang membara lalu terjumpa banner ni..dan aku terus join =) 


Memandangkan syarat yang sangat simple aku suka..dan follower yang tak naik-naik mungkin sebab tak tinggal jejak kot jadi aku rasa memang berbaloi baloi aku join & kerja keras nak tingkatkan follower sampai lebam..so  selamat berlebam dengan jayanya..always wish me luck~

follower sekarang


kesian kan..hope dengan join segmen ni, kali ni boleh tambah lagi kenalan-kenalan baru =)

sekian, wassalam


Sunday 13 January 2013

Sandwich goreng

Assalamualaikum..


Pagi ni biasalah buat sarapan untuk Danish, abah Danish dan untuk nenek dan atuk =) dengan penuh kasih sayang. Memandangkan Danish suka kidnap sebuku roti yang aku letak kat atas meja untuk diramas-ramas dan akhirnya aku sedekah kat burung-burung liar kat luar, baik aku buat something yang Danish dan semua boleh telan.

Alhamdulillah dalam peti ada meat loaf & cheese...So aku buat sandwich goreng lah apa lagi..Kan menu sihat tu tak sedap kat tekak, nak juga lah digoreng baru umphh!! Namanya sandwich sebab aku letak roti, cheese, meatloaf kemudian salad dan bawang merah hiris tgh2, pastu cheese lagi untuk lekat kan dia kemudian tutup semula dengan roti dan celup dalam telur sebelum goreng. Macam roti telur version ada filling.


bila goreng, bawang hiris tu menyebabkan rasa manis-manis, dan salad tu untuk menggalakkan Danish mamam sayur, guna kaedah gulung-gulung pun boleh, hujung kiri dan kanan boleh tekan dengan garfu atau  klip kan aja dengan tooth pick.. cheese aku potong-potong dan susuh kat empat segi untuk lekatkan, tapi kalau cheese banyak boleh letak satu atas, satu bawah.. bila goreng cheese akan cair dan meleleh-leleh..nyumm..sedapp


sekian
wassalam

Awesome Photo Contest by Shadira

Assalamualaikum

Hari ni nak join contest bertemakan friendship.. yang bestnya upload photo friendship sahaja untuk dinilai dengan hadiah yang very the interesting.. dan yang paling penting tiada arahan yang meleret, sebab aku memang lembap membaca arahan =(..senangkan??


http://1.bp.blogspot.com/-bG_0y5BxlqU/UOFwPjMwLDI/AAAAAAAABJ0/pdQg21OIRXU/s1600/banerAPhotocontest.jpg

ok ini gambar yang aku pertaruhkan..
ta da..

"bright colors will fade...but friendship is last forever"

harap shadhira pilih aku
 
sekian, wassalam




Nasib kau Belalang

Assalamualaikum..

Ermmm..full time housewife..hari minggu biasalah, memang dah rutin menghadap dan mengerjakan Danish..haha. So nak tak nak memalam buta macam ni lah baru dapat mengadap mylovely si 'jaris sincerely' =). Amacam re-branding nama blog sendiri, dari jari-jari jadi jaris bersamaan bnyk sebab ada 's'..

Ok..done..straight to point, seharian bersama Danish macam-macam kerenah dak Danish yg aku mula perasan, lately dia kuat mengamuk dan menangis, dia punya teran suara sekuat hati dia..aduuhh, kalau jiran dengar mau nya diorang ingat ada penderaan ni. Tapi bila pujuk lembut-lembut, jalan lah juga, tapi take time, sebab dia tak nak dengar apa yg kita pujuk tu..kalau kasar dengan dia lagi kuat dia menjerit..fuuhh..mencabar betul, tambah ibu dia ni bukan lah kategori yang sabar sangat..anak pny pasal sabar aje lah..kadang-kadang time control  marah tu dan mengelak dari bersilat cekak dengan Danish aku rasa macam org gila pun ada, p marah dinding..hahaa kelakar kalau ada CC TV la, naya tersebar di Youtube pulak..

Ada masa-masa pulak aku rasa Danish ni ada juga sense of humor dlm diri dia.. tergelak-gelak kami dibuatnya. Yang penting Danish sgt cepat meniru aksi yang dilihatnya. Contohnya aku terrrr baling baju kotor dia ketempat longgokan, so amalan yg tak baik baling menbaling, dalam sekelip mata dia akan buat kerja membaling tu juga..adduuhh, memang pemerhati PBB budak ni nanti..

Alkisahnya tadi nenek dia jumpa belalang kunyit..kesian ko belalang, jadi bahan untuk 'agah-agah' kat Danish.. Disebabkan kaki belalang ni dah kudung, jadi dia tak boleh terbang..maka kami 'takut' kan lah Danish..
 


ermmm..rupa-rupanya, jadi bahan mainan dia pulak..tengok tu..tengok tu..dia pegangnya?? langsung tak takut. Mungkin geli je sebab bila kaki belalang tu kena kat tangan dia cepat-cepat nak alihkan. Danish oh Danish...ibu ingatkan bolehlah 'takut-takutkan' awk lari rupanya di layannya belalang tu, jap di tebalik kan lah, jap diangkatnya la.. Sebelum kena lenyek ngan scooter baik aku buang belalang tu..tak pasal-pasal pendek umur belalang tu..
 


mintak mahap la..terrr panjang cerita pulak =) lepas rasa di sini..
sekian, wassalam

    

Thursday 10 January 2013

yayyy...Rebet berjaya


Assalamualaikum

Tadi tetiba bersemangat nak buka semula website SKMM. Harap-harap kali ni aku berjaya lah mendaftar dan submit ..dan seterusnya p claim rebet kat mana-mana pembekal perkhidmatan yang terlibat. Jadi daftar punya daftar, kalau dulu dan beberapa kali cubaan punya cubaan asyik keluar warning macam hari tu kan.. 


Tapi suatu hari yang sangat miracle aku berjaya juga hantar.. alhamdulillah.. akhirnya =D senyum lebar =D  


 Boleh juga check it out pembekal perkhidmatan yang terlibat dan jenis handphone yang ditawarkan yang penting kena kena langgan line.


Details nanti aku check dengan pembekal rangkaian yang aku gemari =)

sekian, wassalam

Wednesday 9 January 2013

Silent Day of Wednesday #1) Pendedahan Baby zaman dahulu VS sekarang


Assalamualaikum
******************************************************************

Pendedahan zaman dulu

Pendedahan zaman sekarang


# silent day of wednesday diperkenalkan oleh http://www.silenceblogz.com/

Tuesday 8 January 2013

Ajaibnya krim penaik seri

Assalamualaikum

Seperti yang diinginkan, haritu aku ada review product Krim Anugerah [sini]  merangkap foundation yg ada uv protection.. Seronok nya kalau dapat cuba. Harganya tak berapa mahal dan berbaloi dengan kelebihan yang ada pd produk ni. Check Price dan kebaikannya.

Kali ni aku akan rasai sendiri penangan krim ni, sebab aku dah beli pun =).. Tapi sedih sikit sebab very cute je krimnya, 20g je..so kena pakai jimat-jmat la boleh gitu??hehee

besar tapak tangan aku je..

jaris sincerely "Harap-harapnya krim ni betul-betul berbaloi dengan harga dan kesannya, niat aku pakai sebab nak tutup pori-pori dan menggantikan compact sebab muka ni tak lah segebus siti norhalija tu..so i've to find something utk tempek kat muka..so sad, but alhamdulillah ya Allah dengan kurniaan ini"

wassalam =)

Monday 7 January 2013

Harap Danish tak memanjat lagi

Assalamualaikum

Semakin besar semakin mencabar nak mengelola dak kecik ni..Memanjat memang Danish dah pro sangat dah yelah favourite Danish no.1, boboy la kata kan.. Puas aku fikir macam mana nak bagi Danish stop kan habit merbahaya dia ni...So yayy..nenek Danish hadiahkan sebiji benda alah ni dengan harapan Danish berhenti memanjat..huhuuu.. Setakat semalam nampaknya berkesan =)



Harap-harap berkesan selamanya ;)


wassalam..

Rebet punya pasal

Assalamualaikum..

Seharian dok meng-edit header yang tak berapa nak header tu hah... sambil-sambil tu cuba lagi sekali untuk kali yang ke berapa dah tak ingat daftar di SKMM untuk rebet RM200 tu... Mana tahu dapat, boleh lah tukar hp baru...hehee, untuk kesekian kalinya aku cuba asyik inilah jawapan dia....'permohonan sedang dihantar. Sila tunggu...'
yelah faham..faham..ramai~


tapi buat malam ni tadi, dah ada message box baru lah..suka lah kejap, cuba dan terus mencuba dengan gigih..but still.....
 
  

jaris sincerely: Orang memberi kita merasa, orang nak beri kita ambik la =)
sila terus mencuba lagi..mungkin tak baca bismillah..fuuhh



wassalam..

Saturday 5 January 2013

Kesukaan dulu-dulu

Assalamualaikum..

Teringat zaman kecik-kecik dulu, berbeza betul dengan zaman budak-budak sekarang..yelah nama pun 'peredaran zaman'  of course lah ada perubahan ye tak..huhu. Pandang aje 'benda alah' kotak ni teringat dulu-dulu ni lah salah satu kesukaan aku masa kecik-kecik selain tikam-tikam. Sanggup kumpul duit belanja sekolah, semata-mata nak tunggu 'mamak roti' yg jual roti naik motor rumah ke rumah tu sampai dan menunggu masa untuk beli dengan duit hasil titik peluh kumpul sendiri. 



Kalau Ding Dang murah masa tu 50sen je, Tora lah mahal sikit masa aku tu 1.20 satu.. Tapi aku suka lagi DingDang sebab walaupun hadiah / mainan kat dalam kotak tu tak sehebat Tora tapi coklat cookies dia sedap..nyum..nyum. Biasanya hadiah DingDang jaranglah dalam bentuk mainan...seingat aku, banyak hadiah getah ikat rambut, pen warna yg blh tukar-tukar, tak pun keychin. Kalau tak silap sekarang pun masih ada, jadilah insyallah sempat lah tunjuk kat Danish nilah mainan ibu dia dulu-dulu..beruntung budak-budak sekarang, zaman gadget dah tak pandang mainan cikai ni..so sad kan, anyway sekecik-kecik Danish ni pun dah pandai nak berebut PSP ke Notes ke yg sepupu-sepupu dia main, jealous dan ada perasaan ingin tahu kat situ..bagus..bagus. Apa-apa pun harap-harap mainan turun temurun ni sampai bila-bila jangan dilupakan.


pssttt..great idea!! memandangkan zaman bebudak skrg tak pandang dah benda ni, errmm aku rasa nk jadi kan gift untuk bebudak yg dtg birthday Danish nanti =) flashback & surprise untuk mak-mak diorg..huhu

wassalam.  

Thursday 3 January 2013

Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumairah'


Assalamualaikum..

Segmen pertama untuk 2013..yeehuuu =D

Tengok syarat-syarat untuk join, klik saja banner ni



Ada hadiah juga:
Topup RM30 [Top Referral]
Review Blog + Bloglist Setahun [Penerjah Paling Banyak]
Bloglist Setahun [Peserta Bertuah]
Hadiah Misteri [Peserta Awal | Tengah | Akhir]

dan menurut kata tuan tanah
[Hadiah Akan Bertambah Jika Lebih 200 Peserta]
 
 
Sayang-sayang anda dijemput join:
 Athirah Aziz
ainipin
Lala Lavenda
Haziqah
nurul akmal

 
 sekian, wassalam