Showing posts with label penuh semangat. Show all posts
Showing posts with label penuh semangat. Show all posts

Monday, 9 September 2013

Hantaran to Mr. Suami

Assalamualaikum..

Amboi berkulat-kulat dah blog ni sebab lama nau tak jengah2 (bak kata orang Melaka) hehe.. Nak kata busy..tipu sangat.. Nak kata tak ada cerita..banyak.. ermmm, hanya blogger2 yang sepesen dengan aku saja yang memahami... bila dah cuti menaip, mengkarang, meng gossip... jawapnya nak sampai mode mcm asal memang berkulat lah baru mula balik.. Ni aku fikirkan sebab janji-janji aku dlm previous entry nak upload kan pasal gubahan hantaran yang aku buat untuk eida dan husband la makanya aku gagah kan tangan menaip juga w/pun ditengah2 mlm rembang ni..

Memandangkan pengantin tak cerewet langsung pasal warna tema..so aku decide sendiri.. kalau hantaran dari pihak lelaki untuk pengantin perempuan aku cadangkan warna creme, dark brown dan hijau.. Memang rezeki pengantin.. kebetulan ada birthday voucher SSF..ermm apa lagi aku ambik la mix bouquet yang ada kombinasi warna creme dan hijau seperti yang kami dah persetujui. Ok aku tak mau membebel pepanjang..nengok je lah.. oppss terlupa, pengantin nak buat ala-ala hantaran diserang ladybird tu yang nampak ladybird merayap tu...








Hantaran Pengantin lelaki untuk Pengantin perempuan =)

Cincin risik dan batal air sembahyang

wow..electric shock!! handbag...niceee


bekas buah-buahan


coklatss


set wangian


Kasut + Purse

Alhamdulillah...semuanya selamat diselesaikan hingga ke hari terakhir sebelum majlis pernikahan.. Over all aku sangat happy sebab dapat buatkan hantaran untuk my lovely sista...Ida dan en.suami-nya.."Segala kekurangan mahupun cacat cela di mata awak Kak Jehan minta ampun dan maaf tau"


So..sampai jumpa lagi di next entry..daaaa =) 

 next will be...hantaran to Lovely Sista

Friday, 22 March 2013

Dari doily paper...

Assalamualaikum..

Lama betul aku menyepi..rindunya nak meng-update, nak buat macam mana, memanjang je buat-buat busy.. Busy menyiapkan hantaran. Boleh di katakan tiap malam aku mengadap bahan-bahan mentah untuk dicantum-cantum.. Setakat ni progress dah 70%.. lagi 30% tu tinggal nak touch up dan gabung-gabungkan semua. Hehe..harap-harap tuan punya badan puas hati nanti.. Cuak je rasa, yelah mata orang lain-lain kan..

Ingat lagi masa aku offer diri nak buat hantaran untuk adik ipar dulu..bila dah jadi, sampai kat kampung diorang macam pandang semacam..mungkin sebab tak menepati mata mak-mak sedara kat sana kot... Nak kata buruk, aku rasa ok je.. bukannya outdated malah sehabis moden aku gubah..dan lagi dah sehabis tenaga dah aku kerah.. Mungkin sebab terlalu moden kot, jadi tak sesuai dengan mata diorang =)
huhu..minta maaf lah next adik ipar kawin tidak lah aku meng-offer diri buatkan.. cuma kalau nak offer bagi bunga telur tu mungkinlah kot. Dah minat sangat, tak mampu tengok je duit berabih kat bunga telur yang beringgit-ringgit tapi rupanya hado tak hado jek..

ok..ok..dah tersasar dari tajuk yea.. Kali ni aku tersangatlah jatuh cinta dengan Doily paper.. So kali ni aku banyak buat gunakan doily paper, dari bulat sampai ke empatsegi panjang. 


doily bulat untuk bunga..dan aku letak atas form hantaran.
  
Doily rectangular: untuk deco bahagian kiri dan kanan form dan aku buat paper fan untuk deco atas form juga =) 

Untuk dua-dua jenis doily ni aku dyed sendiri..macam entry teaser yang lepas kat sini dan jangan risau..kalau nak tau macam mana aku dyed semua doily tu daripada putih melepak jadi colourful nantikan next entry yea =)  akan aku D.I.Y. kan semua nya..

oklah sampai sini dulu..

sekian
wassalam =)



Friday, 1 February 2013

Tawaran Istimewa Sempena Hari Wilayah 2013

Assalamualaikum..

Hai semua, hari ni ialah hari gembira untuk warga KL dan Wilayah Persekutuan..yayyyyy!! cuti nan sehari tu?? *dengan nada jelous*..aku?? dok diam-diam yea, tumpang gembira saja jumaat awak kerja ok ;p...huhuuuuoii * mengeluh jelous lagi* 

Tahun ni memang meriah.. peruntukan saja dah sebanyak 1.2j untuk perbelanjaan kos perbarisan, cabutan bertuah, pemberian cenderahati, konsert, pertandingan dan program-program lain sepanjang bulan Februari ni.

Tema tahun ni yg ke-9 'Perpaduan Teras Kesejahteraan Wilayah Persekutuan'.. hah..ambik, Wilayah Persekutuan kecik aje; Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Memacam acara yang diatur sempena sambutan tu, termasuk Pesta Ponggal Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka pada 2 Februari, Kenduri 1Wilayah secara serentak buat kali pertama di kesemua 11 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 17 Februari serta Konsert Diraja oleh artis terkenal seperti Siti Nurhaliza dan Jamal Abdillah di KLCC pada 1 Mac ini.. Huh, teruja ke tidak..ermm semestinya ler bila tiba part konsert tu..ye tak??

Yang lagi menerujakan aku mestilah bila ada tawaran2 istimewa yg dijanjikan: (walaupun aku berada diluar kawasan WP, tapi tetap gembira walau dapat tempias-tempias saja..kegembiraan kan perlu dikongsi bersama??) *nada pujuk hati*
Yang Istimewanya:
Warga Wilayah Persekutuan juga bakal menikmati diskaun kompaun trafik yang dikeluarkan DBKL dikenakan kadar bayaran RM30 bermula 1 Februari hingga 28 Februari.

Penggunaan secara percuma untuk kemudahan sukan DBKL seperti gelanggang sukan, padang bola sepak, kolam renang, skuasy dan gimnasium serta menaiki bot dan kuda di Taman Tasik Titiwangsa sepanjang bulan Februari.

1 Februari, untuk pemegang MyKad sahaja:
diskaun diberikan untuk bayaran masuk ke Aquaria KLCC RM99.00 (family pakej 2 dewasa,  2 kanak-kanak sahaja)
Tambang RM1 sahaja kalau nak naik bas KL Hop On Hop Off
Bayaran masuk RM1 lagi untuk ke Taman Burung 
dan promosi Beli 1 tiket percuma 1 tiket di Berjaya Times Square Theme Park..


walaweyy..tak ke best tu, kan secara tak langsung merapatkan semula silaturahim ahli keluarga dengan meluangkan masa bersama??
dan kalau-kalau korang macam aku ni yang tak sempat menumpang gembira berjimba-jimba pada hari ni..kita pergi Watson je lah, sebab untuk hari ni je dengan pembelian RM20 dan keatas, produk Watson boleh dpt 2x points . Di Watson points kan duit?? Tak blh lah tukar cash tapi redeem untuk apa-apa barang =) di masa-masa kekeringan poket nanti..mana tau points kita blh membantu belikan deodorant, ubat gigi dan lens solution yg dah selesai tu..hehe, suggestion je..

Dan minta maaf lah untuk warga WP Putrajaya dan Labuan sebab highlight disini untuk WPKL sahaja.. anyway nak check it out lagi boleh picit sini [Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar]


sekian,
wassalam

Monday, 7 January 2013

Rebet punya pasal

Assalamualaikum..

Seharian dok meng-edit header yang tak berapa nak header tu hah... sambil-sambil tu cuba lagi sekali untuk kali yang ke berapa dah tak ingat daftar di SKMM untuk rebet RM200 tu... Mana tahu dapat, boleh lah tukar hp baru...hehee, untuk kesekian kalinya aku cuba asyik inilah jawapan dia....'permohonan sedang dihantar. Sila tunggu...'
yelah faham..faham..ramai~


tapi buat malam ni tadi, dah ada message box baru lah..suka lah kejap, cuba dan terus mencuba dengan gigih..but still.....
 
  

jaris sincerely: Orang memberi kita merasa, orang nak beri kita ambik la =)
sila terus mencuba lagi..mungkin tak baca bismillah..fuuhh



wassalam..

Tuesday, 18 September 2012

MC kembali

Bismillahir rahmanir rahim..

dah bersawang dah nampaknya blog aku ni..sedih rasanya =( banyak benda yg aku miss untuk ceritakan kat sini..pejam celik-pejam celik, ramadhan berganti syawal..dan ni dah nak raya haji pulak dah..kesian betul..

Anyway aku tak kan lupakan pengalaman tahun pertama aku berpuasa dan beraya dengan Danish yang dah pandai nak buat macam-macam..hehe, seronok tapi penat ya rabbi..

Laaa..dah tersasar tajuk hari ni..hehe sebenarnya nak cerita, aku sangat happy sebab MC dah kembali..hehe Master Chef la...so apa lagi copy resepi la..apa lagi..buat nye tah bila tah dapat buat.. selalu je tak sempat..

Yahooooo..happy sangat ni, MC dah come back..kalau buat banyak2 rancangan mcm ni pun tak pe..daripada bnyk rncg hiburan je..=)


so..mlm ni sure aku layan lagi MC..feberet tu..heheh
papai

wassalam~

Wednesday, 20 June 2012

Gift d.i.y. aqiqah dan cukur jambul

Bismilahirahmanirrahim..


Ini lah Awliya Nadhah..

Alhamdulillah..majlis aqiqah dan cukur jambul sabtu 16/06 hari tu semuanya berjalan dengan clear sekali. cuma dah petang sikit tu hujan sekejap..tapi tak pe dok bawah khemah je pun.. Bermakna Awliya dah umur seminggu..Tapi kesian Awliya sebab muka dah mula naik ruam2 tebal macam abg2 dan kakak dia yang lepas lepas.. Tapi Majlis Aqiqah tetap diteruskan..tu semua alah bisa tegal biasa,, normal kan..Danish dulu pun jadi macam tu juga..cuma tak berapa nak tebal. Tapi lepas dah sembuh, fuuhh cantik, licin kulit..

Anyway seperti yang dijanjikan dan atas permintaan Kak Eita aku pun bertungkus lumus mem "print", menggunting, menampal, membungkus goody bag untuk kawan2 dan tetamu..insyallah cukup.. Semuanya D.I.Y. aku memang suka buat sendiri, tambah benda simple je kan..dan tak sampai ribu riban nak membuatnya jadi aku setuju aje lah..

Jadi sambil membuat Apam DotDot aku ngan mak banyak kali diserang Danish..heheh kelakar pun ada..Danish sekali datang menyerang, dua tangan dia hulur terus ramas apam yang tengah di dotdot kan..hah amik kau!! eee..angin satu badan..tapi sabar banyak2 pasal anak sendiri..hehehe.. Sampai lah kesudah dia serang kami tepis, dia menyerang kami mengelak.. Jadi tajuk apam kami yang sesuai kata mak "Apam Serang"!!! Siap semua..berangkat ke rumah Kak Eita. Kat rumah dia siap2kan paper bag pulak..jadinya malam hari jumaat nan indah tu aku langsung tak merasa empuknya tilam dan gebunya bantal..cuma sempat jeling2 je..kesian aku =( duduk lah kat lantai tu selagi belum siap.. Dan AKHIRNYA SIAP juga atas bantuan ramai, alhamdulillah..  Ni lah hasilnya paper bag dan Apam Serang.



ta da.. 





mula-mula... gunting tag bentuk scallop 



lepas tu...tampal tag pada dolly..senang je



lepas tu..combine semua dan stapler saje..senang kan


Ini rupanya..Apam Serang!!..theme purple and pink

Dah siap packing semuanya..



Sunday, 13 May 2012

Make over gaya berHijab

Assalamualaikum..

Macam-macam gaya bertudung lately kan..cantik dan sangat kreatif diorang ni. Yang penting menutup aurat dan menepati syariat Islam boleh saja kalau nak ikut dan yang paling penting kene berani. Dah banyak kali sebenarnya aku cuba depan cermin memperagakan style berhijab macam dalam YouTube tapi cancel nak teruskan sebab tak berani!! haha..buka balik last-last pakai bawal tak pun tudung instant yang biasa tu. 

Sebenarnya nak cerita...ahad lepas, baru sempat nak post =( masa lapang yang ada aku join sis Eita pergi shah alam ada kelas pasal kecantikan dan kesihatan, tak ingat tajuknya. Dengar macam boring kan?? tapi tak langsung..sangat best..serious!! Salah satu slot dalam kelas tu adalah pasal grooming dan ada diajar teknik berhijab dengan style yang lebih urban tapi menepati tuntutan syariat Islam. Aku dah tau dah sebab banyak tengok YouTube banyak ajar. Tapi tengok live lebih dahsyat kefahamannya..hehe. 



 
Ni saja yang sempat di snap. Kalau bandingkan sebelum dan selepas makeover memang banyak beza muka mereka dengan style yang baru. Ni style double layer inner guna 2 jenis shawl dan scarf. Sekejap je..Insyallah lepas ni boleh try sama-sama.

sekian, wassalam


Saturday, 25 February 2012

Amalan ketika anak sedang tidur

 
Assalam..
 

 Sangat baik di amalkan ketika anak sedang tidur..
 
 Untuk dikongsi bersama.. 

Ada terbaca satu artikel perkara yang patut dilakukan 
oleh ibu bapa semasa anak sedang tidur. 
Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

Tuesday, 18 October 2011

mula..mula

Dimulakan dengan BismillahirRahmanirRahim...

Hari ni aku selangkah kehadapan..setelah berapa lama asyik membaca blog org je..tah cam mana ada semangat nak bukak blog sendri..padahal masa sekolah2 dulu paling tak suka tulis diary sebab bila tulis part2 yang rahsia mesti kakak2 baca pastu bocor kan rahsia kita satu rumah..aduhh..time tu malu la ngan mak abah..diorang suruh sekolah bukan suruh skodeng mamat2 handsome kat sekolah..heheh.. 

Tu pasal la aku tak berapa gemar nak menulis diary.. Tiap-tiap tahun ada je diary untuk aku, tapi page yang bertulis nya 3 bulan pertama je..yang lain-lain nye kosong..konon-kononnya simpan dlm memori ni je..hehe last-last bila kene brain wash dgn air yassin ngan air zam-zam (sbb nak exam..kan..cuci otak la sket) hbs memori aku kosong..hahaha

So kali ni..aku sangat teruja nak membelog sbb kali ni aku tak tau pun de org bc ke tak kisah aku..yang penting aku de tempat utk meluah..membebel..bergossip..dan menyimpan mcm2 alkisah selagi tak di serang virus dan data2 aku tak di hag maka mesti tak hilang memori dlm ni kan..kan..so mari kita enjoy membelog..
yabeda beduuuuuu....