Friday, 1 February 2013

Tawaran Istimewa Sempena Hari Wilayah 2013

Assalamualaikum..

Hai semua, hari ni ialah hari gembira untuk warga KL dan Wilayah Persekutuan..yayyyyy!! cuti nan sehari tu?? *dengan nada jelous*..aku?? dok diam-diam yea, tumpang gembira saja jumaat awak kerja ok ;p...huhuuuuoii * mengeluh jelous lagi* 

Tahun ni memang meriah.. peruntukan saja dah sebanyak 1.2j untuk perbelanjaan kos perbarisan, cabutan bertuah, pemberian cenderahati, konsert, pertandingan dan program-program lain sepanjang bulan Februari ni.

Tema tahun ni yg ke-9 'Perpaduan Teras Kesejahteraan Wilayah Persekutuan'.. hah..ambik, Wilayah Persekutuan kecik aje; Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Memacam acara yang diatur sempena sambutan tu, termasuk Pesta Ponggal Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka pada 2 Februari, Kenduri 1Wilayah secara serentak buat kali pertama di kesemua 11 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 17 Februari serta Konsert Diraja oleh artis terkenal seperti Siti Nurhaliza dan Jamal Abdillah di KLCC pada 1 Mac ini.. Huh, teruja ke tidak..ermm semestinya ler bila tiba part konsert tu..ye tak??

Yang lagi menerujakan aku mestilah bila ada tawaran2 istimewa yg dijanjikan: (walaupun aku berada diluar kawasan WP, tapi tetap gembira walau dapat tempias-tempias saja..kegembiraan kan perlu dikongsi bersama??) *nada pujuk hati*
Yang Istimewanya:
Warga Wilayah Persekutuan juga bakal menikmati diskaun kompaun trafik yang dikeluarkan DBKL dikenakan kadar bayaran RM30 bermula 1 Februari hingga 28 Februari.

Penggunaan secara percuma untuk kemudahan sukan DBKL seperti gelanggang sukan, padang bola sepak, kolam renang, skuasy dan gimnasium serta menaiki bot dan kuda di Taman Tasik Titiwangsa sepanjang bulan Februari.

1 Februari, untuk pemegang MyKad sahaja:
diskaun diberikan untuk bayaran masuk ke Aquaria KLCC RM99.00 (family pakej 2 dewasa,  2 kanak-kanak sahaja)
Tambang RM1 sahaja kalau nak naik bas KL Hop On Hop Off
Bayaran masuk RM1 lagi untuk ke Taman Burung 
dan promosi Beli 1 tiket percuma 1 tiket di Berjaya Times Square Theme Park..


walaweyy..tak ke best tu, kan secara tak langsung merapatkan semula silaturahim ahli keluarga dengan meluangkan masa bersama??
dan kalau-kalau korang macam aku ni yang tak sempat menumpang gembira berjimba-jimba pada hari ni..kita pergi Watson je lah, sebab untuk hari ni je dengan pembelian RM20 dan keatas, produk Watson boleh dpt 2x points . Di Watson points kan duit?? Tak blh lah tukar cash tapi redeem untuk apa-apa barang =) di masa-masa kekeringan poket nanti..mana tau points kita blh membantu belikan deodorant, ubat gigi dan lens solution yg dah selesai tu..hehe, suggestion je..

Dan minta maaf lah untuk warga WP Putrajaya dan Labuan sebab highlight disini untuk WPKL sahaja.. anyway nak check it out lagi boleh picit sini [Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar]


sekian,
wassalam

1 comment:

Terima kasih daun keladi, ada masa comment lagi okeh =D