Tuesday 16 April 2013

Mainan kesukaan


Assalamualaikum..

Sekali lagi menyepi, secara tiba-tiba..huhu..Sejak Danish dapat mainan yang seakan-akan kereta sebab ada stereng, tapi tak ada pintu.. nak kata motor ada 3 roda pulak (sampai sekarang aku tak tau nak panggil apa mainan tu) atlast aku panggil skuter.. maybe... *angkat bahu*  

Tujuan asal memang nak membendung masalah Danish yang terlalu suka sangat memanjat.. segala-galanya dia nak panjat macam yang aku pernah cerita kan dulu. Ermm..kesian nenek, terpaksa buat macam-macam cara nak buang tabiat Danish tu..tu yang dapat sebijik 'skuter' dari nenek.. sayang cucu punya pasal =)

Mulanya..Danish jumpa 'skuter' ni kat rumah adik abg ipar aku.. Mak balik cerita kat aku, Danish suka sangat 'skuter' tu sampai tak nak kemana-mana.. Tak bagi orang lain ambik, sampai nak balik nangis..tak nak tinggal kan 'skuter'...hehe ingat dia punya la tu.. Sejak tu mak beriya-iya suruh aku cari benda tu..memandangkan masa tu aku ikut diorang, so aku tak dapat nak imagine 'benda alah' tu.. Nasib baik kakak aku ada snap gambar Danish dengan 'skuter' tu..so aku baru

Kebetulan satu hari tu aku ternampak 'skuter' ni kat sebuah kedai.. Harga pulak berbaloi sangat.. Mampu dimiliki tak sampai harga sebiji 'skuter' original..huhuhu.. ofcourse la kan.. RM49..?? ok kan? Tak mahal sangat berbanding 'skuter' yang kat rumah adik abg ipar aku tu beli RM99!! banyak gile beza kat situ.. Ingatkan branded kot..rupanya tak pun, sama sebijik macam yang aku belikan untuk Danish

Sejak tu....lepas aku belikan Danish, barulah nampak banyak ada kat pasaran..tapi tak dapat harga yang macam aku dapat.. alhamdulillah rezeki Danish.







Dengan kakak-kakak saudara, tuan punya 'skuter' yg sebenarnya..




Tengok..tengok...kan dah kata tak mau dia bangun dari 'skuter' =)


 


Yang penting bila Danish happy, Ibu pun happy juga =)


wassalam..

Monday 8 April 2013

Dari pasaraya sampai pasar malam

Assalamualaikum..


Dalam tak sempat pun
aku cuba curimasa menjengok sygku si jaris sincerely ni..
dan update apa yg terbuat hari minggu..

Memang kami adik beradik hantu pasar malam (pm)..pantang dgr nama mesti nak singgah punya..pasal tulah kalau dompet kosong, hehe minta maaflah time tu barulah tak kenal pasar malam.. mana taknya kalau pergi pasar malam tak habis rm50 bkn pergi pm namanya..hehe


So ni lah sebahagian hasil borongan aku bersama-sama kaklong ku =)
Popia basah Zaiton.. berhantu tahu popia ni, rasa 1 nak 2..rasa 2 nak 3..eeeee..berhantu..berhantu


Yang ni memang 5 star..superb..marvellous.. Kalau boleh tiap minggu nak cari..Charkuehteaw.. Dah kering sebab banyak destinasi yg disinggah, sampai kering kuahnya



Inilah akibatnya kalau lunch kononnya nak makan yang simple je..huhu simple lah sangat.. last-last petang menggila lah mencari benda yang boleh di makan.. Itu yang memborong tak ingat kat pm tu..nasiB baik hari tu ada pasar mlm..  

Ni lah yang aku makan tengahari tadi hingga mendorong aku ke pm pulak..sebab perut masih berkeroncong..Chicken lasagna.. Instant.. cepat dimasak sedap di makan..sekejap je tahan..huhu..

Untuk lasagna ni, jenama Tricious, aku beli kat Ong Tai Kim je..
Harga ada promotion RM6.99..aku bagi 4 star sebab tak kedekut cheese dan ayam juga flavour bolognese yg banyak, terasa hingga ke titisan terakhir..ecewah..kuikuikui..

Cuma terkilan sebab ada 1 tingkat je, gambar kat kotak bertingkat-tingkat =(
Anyway dia bukan ada flavour chicken and meat je tau.. dia ada flavour spinach lagi.. Next time boleh beli lagi lah.. Try rasa lain pulak.


sekian,
wassalam..
da~ 

Tuesday 2 April 2013

Hidup jangan mudah mengalah

Assalamualaikum..


Pagi tadi macam biasa, aku cek email company..kot-kot ada client yang nak dilayan urgent ke...tengok-tengok ada 2 mail dalam inbox. Rupanya bos yang kirim. Wah semangat betul...memandangkan bos kitorang memang super duper sporting, nak tau dia send apa? Bos kami kirim youtube..suruh kitorang tengok lah tu..hehehe.. Selalunya kalau Bos yang send mesti Youtube terpilih... confirm best punya la.. Ingat lagi hari tu, masa kes Listen..Listen..Listen... dia jugalah yang memperkenalkan kitorang dengan seorang Vlogger yang dikenali sebagai "Namewee" walaupun agak sengal vlog dia...masa tu agenda Listen tu di parody kan jadi benda yang kelakar..serious memang kelakar..terhibur kami dengan Youtube yg bos kenalkan tu..





Jadi, kitorang pun apa lagi...dengar lah Youtube yang bos send tu.. sebelum tu terfikir jugak..mungkin ke ada unsur-unsur memerli atau teknik baru bos untuk menasihati...memandangkan bos kitorang memang tak reti marah...senyummmm jeee.. Ermmm..rupanya touching sungguh mesej yang nak disampaikan melalui Youtube yg 1st tu.. Meleleh air mata tahu.. Banyak pengajaran dan boleh muhasabah diri kita yang banyak dosa ni, kata bos =)
Jom tengok dan hayati bersama (highlight untuk Youtube yang 1st shj)..




terima kasih bos..
mesej: jangan mengalah bila kita jatuh..bangkit semula..
bangkit untuk memulakan semula.. Jangan putus asa =)


terima kasih Ya Allah.. betapa sempurnanya anugerahMu untuk ku..
syukur..syukur ya Allah