Wednesday 20 June 2012

Gift d.i.y. aqiqah dan cukur jambul

Bismilahirahmanirrahim..


Ini lah Awliya Nadhah..

Alhamdulillah..majlis aqiqah dan cukur jambul sabtu 16/06 hari tu semuanya berjalan dengan clear sekali. cuma dah petang sikit tu hujan sekejap..tapi tak pe dok bawah khemah je pun.. Bermakna Awliya dah umur seminggu..Tapi kesian Awliya sebab muka dah mula naik ruam2 tebal macam abg2 dan kakak dia yang lepas lepas.. Tapi Majlis Aqiqah tetap diteruskan..tu semua alah bisa tegal biasa,, normal kan..Danish dulu pun jadi macam tu juga..cuma tak berapa nak tebal. Tapi lepas dah sembuh, fuuhh cantik, licin kulit..

Anyway seperti yang dijanjikan dan atas permintaan Kak Eita aku pun bertungkus lumus mem "print", menggunting, menampal, membungkus goody bag untuk kawan2 dan tetamu..insyallah cukup.. Semuanya D.I.Y. aku memang suka buat sendiri, tambah benda simple je kan..dan tak sampai ribu riban nak membuatnya jadi aku setuju aje lah..

Jadi sambil membuat Apam DotDot aku ngan mak banyak kali diserang Danish..heheh kelakar pun ada..Danish sekali datang menyerang, dua tangan dia hulur terus ramas apam yang tengah di dotdot kan..hah amik kau!! eee..angin satu badan..tapi sabar banyak2 pasal anak sendiri..hehehe.. Sampai lah kesudah dia serang kami tepis, dia menyerang kami mengelak.. Jadi tajuk apam kami yang sesuai kata mak "Apam Serang"!!! Siap semua..berangkat ke rumah Kak Eita. Kat rumah dia siap2kan paper bag pulak..jadinya malam hari jumaat nan indah tu aku langsung tak merasa empuknya tilam dan gebunya bantal..cuma sempat jeling2 je..kesian aku =( duduk lah kat lantai tu selagi belum siap.. Dan AKHIRNYA SIAP juga atas bantuan ramai, alhamdulillah..  Ni lah hasilnya paper bag dan Apam Serang.



ta da.. 





mula-mula... gunting tag bentuk scallop 



lepas tu...tampal tag pada dolly..senang je



lepas tu..combine semua dan stapler saje..senang kan


Ini rupanya..Apam Serang!!..theme purple and pink

Dah siap packing semuanya..



Tuesday 12 June 2012

New born yang ke-5

Bismillahirrahmanirahim...

Sementara berkesempatan hari ni, aku persembahkan fresh-from-the-oven...baby terchinta yang ke-5 dalam adik-beradik dia merangkap cucu nenda yang ke-11.. Pukul 12tghr lahir, di Hospital bersalin Razif..alhamdulillah semuanya selamat, Berat baby 3.87.. semangatkan?? ermmm.. nampaknya hari raya ni bertambah haus lah poket aku ye..tahun lepas poket depa, pasai Danish buat collection, taun ni tambah baby baru lagi.. Alhamdulillah hopefully baby doakan cikAn sihat dan berjaya dunia akhirat okeyss..

Kata kakak aku, nak nama kan dia Awliya Nadhah..Cari punya cari, Awliya maksudnya kekasih, tapi nadhah tu tak jumpa pulak..Kakak kata dalam buku nama-nama dia ada, tapi tak ingat maksud.. Aku cadangkan Najah ; kejayaan atau Nasuha; yang luhur, ikhlas dan bersih.. So tatau ada perubahan atau kekal Awliya Nadhah.. Harapnya jadi anak yang berguna bila besar nanti dan tak mo naughty macam abang2 okeyy.. Ilove you babey













p/s: weekend ni majlis aqiqah, tahniq dan cukur jambul..nanti update lagi,, ada nak buat door gift untuk si kecit ni..hehe

Birthday mySayang


Assalamualaikum...Sangat terlewat untuk aku taip kan disini but at last aku dpt luahkan kat belog terchinta dan sedikit berhabuk ni..hehe


15/5 : Hari ni genaplah Muhammad Qhaleef Danish setahun. Alhamdulillah..pejam celik pejam celik sedar tak sedar aku dah berjaya melaksanakan tanggungjawab aku menjadi ibu kpd bujang aku yang sorang ni.. Saat ni mula lah teringat balik kisah2 sblm kejadian...



flashback: 
Sept 2010 : Masa tu 1 Syawal. Sebenarnya aku dah perasan yang period dah lewat sebln. Tapi ignore je sebab suka sangat, mana taknya buat julung2 kalinya aku puasa penuh..mau tak suka??..hehe.. Jadi Pagi Raya tu baru le aku test urine test dan YESS..bertukar +ve.. Aku orang ke-2 tersgt lah happy selepas en.hubby..yelah mana taknya nak sethn juga menunggu baru berhasil..hehe..alhamdulillah

9bln 10hari: aku tempuh dengan redha..tapi kadang2 ada le jugak mengeluh..bkn apa, berat naik sangat sampai 20kg naiknya..mau tak pening?? baru anak sorang. Alhamdulillah, aku tak ada morning sickness, tapi balik je keje, malam je lepas isyak confirm dgn telekung2 aku tertidur..badan rasa letih yang teramat sgt,,mcm buat benda berat.. Sepanjang mengandungkan Danish aku kira-kira macam masa bln Ramadhan lagi Danish dah ada.. Masa tu tak perasan lagi, tapi kali ni bln puasa aku sgt lain, sebab dah bersuami pun iye..tapi kerajinan tu lain sikit.. Tetiba aku rajin p terawih, rajin mengaji, rajin menolong apa2 la..sebab selalunya tak lah sangat kan..

Amalan: Bila dah tau je aku pregnant, aku amalkan tiap2 hari, bila aku larat dan ada masa..Surah Yusuf, Surah Maryam (banyak2 sgt2 baca, 2 surah ni), Surah Luqman, Surah Yassin, Surah At-taubah. Dan berdoa yang tak putus-putus mohon baby yang sihat, cantik dan sempurna akal, fizikal dan mentalnya dan perbanyakkan berzikir - insyallah nanti anak cepat pandai bercakap. Makanan pulak, aku minum Anmum, Hi-goat, Air kelapa, spirulina organik - untuk cergas dan otak baby, supplement doktor pun mkn, supplement sendiri pun telan mcm celgenic - kuku, rambut dan gigi, omega fish oil (sekali sekala), Kurma - makan byk2, dah ada testimoni dapat permudahkan masa bersalin nanti sebab makan kurma blh kembang kan rahim. Dan dah last2 minggu tu aku minum setiap hari 1 sudu minyak zaitun..org suruh aku telah je, yg mn baik.. Katanya melicinkan masa baby nak keluar nanti..YESSS..memang betul pun!! Seronok rupanya mengandung ni.. Mudah je rezeki.

Sedar tak sedar..lahirlah danish, dan dapatlah aku rasa macam mana kesakitan sewaktu melahirkan, menyusukan -danish fully breast feed (bf) sampai umur 9 bulan(bengkak, luka sampai nangis2 sakit), lepas tu part membesarkan pula..macam mana peritnya mata bila kena berjaga waktu dia demam, selsema, chicken-pox (genap setahun danish kena), waktu dia meragam, menangis tak berhenti bila ada gangguan benda2 halus ni, waktu dia menjerit nak susu tengah2 malam, macam mana kelam-kabutnya bila danish dah pandai panjat tangga!!, panjat kerusi!! panjat meja!! aduhhh..memang hero Malaya anak ibu ni..Dan kadang-kadang saat2 susah payah membesarkan tu hilang dari ingatan bahkan rasa puas sangat sebab dapat membesarkan dia depan mata kita dan saat dia pandai senyum dengan kita, bergelak ketawa, dah pandai main cak-cak, saat dia pandai sebut Abah...abah..dan paling aku terharu bila satu hari dia sebut "buuu..." aku kata ye nak apa? "na-dedek" (hehehe...nak nenen la tu, sampai sekarang dia bf, mlm) mula-mula tak perasan, sampai kali-kedua waktu yang lain dia sebut lagi, baru aku terjerit gembira tersangat2!!! mengalir air mata terharu..dah besar dah danish

Sekarang part nak mengejar danish tengah syok naik tangga dalam rumah ni yang berpuluh-puluh mata ni, pastu dah jadi rutin ptg2 blk keje je, nak kene round dgn basikal dulu kul 6.30 ke 7.00 baru masuk semula, kalau tak mengamuk!! La ni dah pandai kita tak bagi barang dia nak rebah2..tapi aku tak ikutkan juga, takut dia pandai cara gitu bila nak kan sesuatu nanti, haii mati aku.. Masa kecil2 ni waktu aku nasihat dan tegur dulu w/p dia tak faham apa pun.. Apa-apa pun amalan baca surah TO-HA AYAT 1-5 memang mampu merawat dan melembutkan hati danish..sebab aku perasan sekarang dia lebih dengar teguran aku..alhamdulillah

Semua saat-saat ni memang penat, pedih untuk dilalui tapi dibalas dengan rasa puas bila kita berjaya beri dia didikan yang betul insyallah.. Aku harap suatu hari Muhammad Qhaleef Danish menjadi seorang hamba allah yang beriman dan berjaya dunia dan akhirat dan boleh doakan ibu dan abah bila kami dah tiada nanti..insyallah, wallahua'lam..
     
Impian ibu dan abah Danish jadi macam ni sayang..


wassalam..