Showing posts with label D.I.Y.. Show all posts
Showing posts with label D.I.Y.. Show all posts

Sunday, 15 September 2013

Hantaran dari paper fan

Assalamualaikum..

Ok..ok..rasanya lama sangat nak post pasal hantaran ieda.. Tak boleh salahkan masa la kan.. aku tau aku yang kena pandai arrange kan masa..kan? Bukan apa.. lately aku quite busy ulang-alik ke hospital, pegi ziarah adik bongsu kat wad.. Insyallah tak ada yang serious, Dr. suspek ada batu karang kat saluran hati dia.. Alhamdulillah dah buat laser buang batu tu.. Insyallah..mudah-mdahan semuanya akan kembali seperti biasa..

So sementara aku diberi kesempatan oleh Nya...kesempatan masa dan kesihatan ni, lebih baik aku langsaikan apa-apa yg tertunggak.. Ok dengan segera, sekarang juga aku update Hantaran eida tanpa bunga tapi ganti dengan paper fan pada dulang tu..


Hah..ada rupa tak macam kat backdrop pelamin yang aku update dulu dalam entry yang lepas. macam ni lah ghupe nye..bak kata org perak..huhu..tujuan asalnya warna yang kitorang dah setuju ialah warna turqoise, peach... last-last jadi ler macam-macam peach sebabnya bila beli kertas warna nalau je habis guna... bila nak beli lagi, warna yang asal tu habis aje.. so aku terpaksa match kan warna peach yang seangkatan..haha, So ni ler trial yang aku buat..nampak memberansangkan..hahaha--- nampak gaya puas hati tu =P
 

Yang ni  bekas cincin untuk cik abang sayang, katanya... saje aku minimize kan paper fan dalam dulang ni.. supaya watak utama tertonjol lebih.  


Close up sikit...



Kasut buat si dia



 Set Kemeja dan Slack



Purse dan belt



 Minuman Arab berperisa...macam manisan la



Bekas buah-buahan
 



Jumlah kesemuanya hantaran untuk en. suami tersayang..



Sireh junjung tempah aje.. Yang tak de dalam gambar close up ialah hantaran cadbury, kotak kek, dan sireh junjung.. Memandangkan majlis pun dah berlalu kan.. jadi aku bersyukur lah sebab pengantin suka.. alhamdulillah. Lepas ni kalau panjang umur, ada jodoh adik aku kahwin..boleh lah aku ambik tender buat hantaran lagi sekali.. Again, aku rasa nak buat something yang berbeza juga..mungkin dari kain jeans..hehehe

sekian, wassalam



next....buat sendiri paper fan 
 
 

Tuesday, 10 September 2013

Idea Hantaran to the Lovely Sista

Assalamualaikum..

Kali ni baik aku update terus post-post yang dah ter-akru sejak sekian lama ni...apa lah nak jadi ni asyik terakru je, sementara mood menaip dtg blh la aku update sekali okies...hhuhu.. Ok let's start dan cukup membebel----

Seperti entry yang lepas alhamdulillah ida bagi kepercayaan pada aku lagi sekali untuk gubahkan hantaran untuk suami dia..tapi sebelum aku update pasal hantaran yang telah diubah suai dan dicarca marba kan...hah, semua tu kerja aku lah tu.. Untuk hantaran kepada Pengantin lelaki aku rasa macam tak nak guna bunga tapi something yang berlainan sikit.. Ermmm...kalau zaman sekarang bride-to-be atau bakal-bakal pengantin banyak mengekpresi kan kreativiti sendiri kan? Aku sangat setuju sebenarnya, yang penting start awal dan pastikan jangan stress dengan apa yang korang cuba hasilkan.. Benda yang paling senang nak buat dan yang penting dah lah comel murah pula tu.. iaitu D.I.Y. sendiri Paper fan dan aku gunakan ilham daripada Paper Fan yang digubah pada pelamin backdrop, backdrop candy buffet atau hanging paper fan ke atas dulang hantaran untuk Ida.. Kalau tak caya nanti tengok..imagine kan gambar-gambar yang korang bakal tengok ini dalam situasi dulang hantaran aku..haha!! cuba lah imagine sendiri =)



Contoh 1:

Cuba korang bayangkan dulang hantaran yang dikelilingi oleh paper fan akan jadi begitu.. cantik kan?? Sekeliling dulang tu.. kalau tak suka banyak warna..kurangkan, yang penting pandai susun tak nampak semak..






Contoh 2:   

Ok yg ni ada extravaganza sikit...dengan tambahan tanglung bulat-bulat tu... bayangkan dekat hantaran kedudukan nya kat sepanjang dulang tu sebelah tepi....ermm..nice right?





Contoh 3:

Yang ini pun sama kalau nak buat kat tepi sepanjang dulang tu, lapis-lapis kan saja dengan kombinasi saiz dan warna yang sepadan sure terangkat..




Contoh 4:

Kali ni kalau nak buat keliling dulang..tapi pastikan Paper fan jangan besar sangat, nanti tak muat pula barang hantaran tu..




Contoh 5:

Ok yang ini saja aku tambah, kalau-kalau ada yang nak cari idea mix and match warna yang sesuai... Sebenarnya aku pun tak sangka silver and gold is a great combination... so humble yet a bit classy right?? cubalah..



Contoh 6:

Kalau yang ini korang buat bayang kan kalau nak letak kat dulang tu secara berselerak...tapi kena fikir pula..kat mana nak letak barangnya?? hurmm...lebih baik jangan, kan lebih baik kalau penuh kan dulang tu dengan paper fan secara berselerak tapi masih tonjolkan barang hantaran tu..




Sekianlah contoh-contoh yang 'mereka' hasilkan kat sana.. Tak salah ambik ilham kan? Banyak juga wedding kat sini buat sendiri dan ada juga yang planner buat backdrop menggunakan paper fan ...aku lah orang pertama yang akan terkesima...hahaha sebab aku sangat suka dengan keunikan dan idea-idea kreatif ni... So kita tak perlu duduk di pelamin yang berbunga-bunga lagi.. Senang, cepat dan sangat cute.



p/s: 

1. Yang penting, untuk hantaran, paper fan tak perlu besar-besar, kena buat kecil-kecil saja...masa aku buat dulu tu ada lima size yang berbeza dengan warna yang berbeza supaya boleh tindan-tindan untuk nampak menarik..

2. Pilih kombinasi warna yang sesuai saja dan kalau nak nampak kontra sikit guna 1 sahaja warna.

3. Susun atur elok-elok kalau tak nampak serabut.




Selamat mencuba bakal-bakal pengantin @ bride-to-be semua =)...
Ini sekadar perkongsian idea saja
Hantaran Ida yang aku buat??? hah...next pula ye, tunggguuuu


Monday, 9 September 2013

Hantaran to Mr. Suami

Assalamualaikum..

Amboi berkulat-kulat dah blog ni sebab lama nau tak jengah2 (bak kata orang Melaka) hehe.. Nak kata busy..tipu sangat.. Nak kata tak ada cerita..banyak.. ermmm, hanya blogger2 yang sepesen dengan aku saja yang memahami... bila dah cuti menaip, mengkarang, meng gossip... jawapnya nak sampai mode mcm asal memang berkulat lah baru mula balik.. Ni aku fikirkan sebab janji-janji aku dlm previous entry nak upload kan pasal gubahan hantaran yang aku buat untuk eida dan husband la makanya aku gagah kan tangan menaip juga w/pun ditengah2 mlm rembang ni..

Memandangkan pengantin tak cerewet langsung pasal warna tema..so aku decide sendiri.. kalau hantaran dari pihak lelaki untuk pengantin perempuan aku cadangkan warna creme, dark brown dan hijau.. Memang rezeki pengantin.. kebetulan ada birthday voucher SSF..ermm apa lagi aku ambik la mix bouquet yang ada kombinasi warna creme dan hijau seperti yang kami dah persetujui. Ok aku tak mau membebel pepanjang..nengok je lah.. oppss terlupa, pengantin nak buat ala-ala hantaran diserang ladybird tu yang nampak ladybird merayap tu...








Hantaran Pengantin lelaki untuk Pengantin perempuan =)

Cincin risik dan batal air sembahyang

wow..electric shock!! handbag...niceee


bekas buah-buahan


coklatss


set wangian


Kasut + Purse

Alhamdulillah...semuanya selamat diselesaikan hingga ke hari terakhir sebelum majlis pernikahan.. Over all aku sangat happy sebab dapat buatkan hantaran untuk my lovely sista...Ida dan en.suami-nya.."Segala kekurangan mahupun cacat cela di mata awak Kak Jehan minta ampun dan maaf tau"


So..sampai jumpa lagi di next entry..daaaa =) 

 next will be...hantaran to Lovely Sista

Sunday, 19 May 2013

Hasilnya..

Assalamualaikum..

Yeah...alhamdulillah..Pengantin pun dah selamat disandingkan.. dan aku?? yea..selesai sudah tugasan aku mengubah hantaran =) dan sekarang aku akan share satu persatu, secara bersiri...pastikan jangan terlepas..heheh.. Apa agaknya yang terjadi dengan hantaran-hantaran tersebut setelah di kucar-kacir kan oleh aku..huarghh..ha..ha.. aku akan reveal siapa raja seharinya dan yang penting D.I.Y. yang aku implement kan dalam hantaran tu macam salah satunya yang ini d.i.y 1..

Dalam d.i.y. 1 yang aku ceritakan dulu tu, aku buat satu-satu kan? ok di bawah ni hasilnya setelah dicantum-cantum.. Ha..ha.. aku saja buat color pink walaupun theme oren turqoise..pasai tak nak tenggelam dek warna nanti.. 

So kepada bride to be atau pencetus-pencetus ilham hantaran diluar sana, kalau terpandang post saya ni boleh lah ambil idea, saya tak marah.. yang penting aku suka kelainan kalau mampu... sangat budget but at the same time boleh diketengahkan..ye tak??

Lepas ni kalau ada nak order paper flower yang readymade atau paper fan boleh lah order dari aku..aku buka untuk di order, hehehe... Sila..sila..menjamah mata


close up



dulang untuk cincin.. rasa simple sangat pulak =(







Rupanya aku tak payah risau sebab bila dalam gambar warnanya sedondon..huhuhu


Next..insyallah.......Raja sehari 4 sekali

Friday, 29 March 2013

D.I.Y. dari Crepe Paper

Assalamualaikum..

Sekali lagi menyepi.. Minta maaf semua, bulan ni dan bulan depan aku memang betul-betul busy tahu.. Ada ke yang kisah??..hakhakah..perasan ;p
Ok..apa kata aku bongkar sikit apa yang aku "busy" kan tu?? Meh saksikan.. Bagi sesiapa yang suka ber D.I.Y. macam aku ni especially Bride to be (B2B) yang nak jimatkan kos, buat sendiri =)..aku memang respect B2B yang D.I.Y. sendiri tau, aku dulu pun tak kuasa nak buat sendiri, tak ada masa sebenarnya..meh aku share macam mana aku buat bunga daripada crepe paper yang sangat senang.. bunga ni nanti untuk letak kat atas base hantaran nanti.. Jom tengok 



  Bahan-bahan : 
Crepe Paper, Pencil, Gunting, Pearl, Hot Gun, 
Tapak untuk lekat kelopak bunga nanti.









 

 

 





 


HASILNYA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.







Selamat ber D.I.Y.
selamat mencuba...


wassalam

Friday, 22 March 2013

Dari doily paper...

Assalamualaikum..

Lama betul aku menyepi..rindunya nak meng-update, nak buat macam mana, memanjang je buat-buat busy.. Busy menyiapkan hantaran. Boleh di katakan tiap malam aku mengadap bahan-bahan mentah untuk dicantum-cantum.. Setakat ni progress dah 70%.. lagi 30% tu tinggal nak touch up dan gabung-gabungkan semua. Hehe..harap-harap tuan punya badan puas hati nanti.. Cuak je rasa, yelah mata orang lain-lain kan..

Ingat lagi masa aku offer diri nak buat hantaran untuk adik ipar dulu..bila dah jadi, sampai kat kampung diorang macam pandang semacam..mungkin sebab tak menepati mata mak-mak sedara kat sana kot... Nak kata buruk, aku rasa ok je.. bukannya outdated malah sehabis moden aku gubah..dan lagi dah sehabis tenaga dah aku kerah.. Mungkin sebab terlalu moden kot, jadi tak sesuai dengan mata diorang =)
huhu..minta maaf lah next adik ipar kawin tidak lah aku meng-offer diri buatkan.. cuma kalau nak offer bagi bunga telur tu mungkinlah kot. Dah minat sangat, tak mampu tengok je duit berabih kat bunga telur yang beringgit-ringgit tapi rupanya hado tak hado jek..

ok..ok..dah tersasar dari tajuk yea.. Kali ni aku tersangatlah jatuh cinta dengan Doily paper.. So kali ni aku banyak buat gunakan doily paper, dari bulat sampai ke empatsegi panjang. 


doily bulat untuk bunga..dan aku letak atas form hantaran.
  
Doily rectangular: untuk deco bahagian kiri dan kanan form dan aku buat paper fan untuk deco atas form juga =) 

Untuk dua-dua jenis doily ni aku dyed sendiri..macam entry teaser yang lepas kat sini dan jangan risau..kalau nak tau macam mana aku dyed semua doily tu daripada putih melepak jadi colourful nantikan next entry yea =)  akan aku D.I.Y. kan semua nya..

oklah sampai sini dulu..

sekian
wassalam =)



Tuesday, 5 March 2013

Teaser

Assalamualikum..

Teaser v.1
 
From white doily to something cheerful and look lacey
untuk project D.I.Y hantaran kepada pihak lelaki,
handmade untuk sahabat for her wedding.Theme pastel color scattered dengan minima sahaja bunga-bungaan.
Nantikan transformation untuk ini....tungguuuu    

 
Thanks kerana percaya dengan jari-jari ini..huhu
 
sekian
wassalam..

Monday, 31 December 2012

Projek TAKO TAO...versi buat-buat tau

Assalamualaikum..

Huh..seharian hari ni memang tak dapat nak jengah lama "jari-jari" kesayangan ni, apatah lagi nak BW..sorry sangat-sangat sesiapa yang aku tak sempat bw and flw back mereka..tapi don't worry, will do kalau ada masa nanti. Danish pun tak sihat, selsema, batuk..so kebanyakan masa jaga dia, biasalah budak kecik kalau tak sihat meragam la dia..

Tapi..sambil-sambil tu kak Nor, kakak aku datang ke rumah membawa hajat...huhu ingatkan mengidam rupanya tidak.. Nak makan Tako Tao katanya.. 



Nak beli, tak puas makan, almaklumlah 4 ketul je RM4.50, so buat sendiri lah gayanya. Okeh, kami sambut cabaran tekak ni..acuan ada, resepi pun Kak Nor ada, so apa salahnya kan buat sendiri cuma tak dapat lah rasa sebiji mcm Tako Tao yang original..hampir tapi tak sama, tak jumpa Bonito flakes yang macam habuk papan tu..hehe dan adunan 'bebola' tu kena baiki lagi..




Hah ambik..makan puas-puas walaupun rupa sama tapi tak serupa la sgt darisegi rasa sos, dan adunan kenyal sikit.. tapi tu semua boleh di improve kan lagikan..second time buat nanti.. mula-mula susah jugak nak membulatkan 'benda alah tu'..tapi kali ke-2, ke-3 hehe pejam mata je..senang je rupanya. Hehe..seronok tau, weekend kami biasanya macam tu lah..makan...makan..dan makan =), so enjoys!!


wassalam



Friday, 28 December 2012

DIY: Sotong Goreng Ketumbar bertemu Jintan


Assalamualaikum..

Percaya tak..percaya tak, gosok-gosok mata sikit, tampar-tampar pipi kuat sikit, hehe jangan jangan.. Percayalah bila mood nak memasak datang, tiada siapa boleh menghalang..hahaha~ ketawa jahat

Okeh, straight to the point, aku memang peminat fanatik sotong, tak kiralah apa jenis sotong pun semua aku balun..huhu =) dahsat ala-ala piranha kan?? Oleh kerana bahan-bahan semua ada jadi aku cadang nak godek-godek resepi kat Che Mat Gebu. Justeru jumpalah resepi ni, memandangkan resepi ni guna kaedah perap, supaya bangun esok aku blh terus lambung-lambung dalam kuali saja, so aku suka yg ini...terima kasih ye CMG =) saya guna resepi CMG..

Sebelum dilambung dalam kuali

Resepi asal: Dapur Tanpa Sempadan
(Tapi di ubah suai sikit mengikut kehendak tekak)


Bahan-Bahan:
10 ekor sotong saiz sederhana besar (aku punya ada yang bertelur..suka..suka)
3 sudu minyak masak
1 1/2 biji bawang besar, 1 biji hiris bulat, 1/2 biji cincang
2 ulas bawang putih, cincang (tak suka tergigit)
1 tangkai daun kari, dilurut
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau kasturi, perah jusnya
1 sudu teh serbuk kunyit *
1 sudu teh  serbuk ketumbar *
1/2 sudu teh serbuk jintan  manis *
1 biji cili masak, potong kecil *
1 biji cili masak, potong kiub, hiasan
2 biji tomato, hiris membulat (aku suka tomato)

Caranya:

1. Bersihkan sotong, buang kulit dan potong sederhana besar / kelar saja mcm 
    CMG pun lagi boleh, cuci bersih dan toskan. Kemudian gaul sotong dengan
    bahan-bahan bertanda ( * ) perap 20 min dan simpan dalam peti sejuk (aku
    perap semalaman, pasal pagi tadi baru nak goreng).

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah cincang dan daun     kari hingga wangi. Masuk sotong yang diperap semalam, gaul rata. Masak
    hingga sotong berubah warna. Masuk hirisan bawang besar (lerai-leraikan).
    Kacau rata lagi.

3. Masuk tomato, tambah jus limau, sedikit garam dan gula ikut citarasa, masak
    sekejap, tabur potongan cili masak dan test, kalau dah mantop silakan tutup
    api dan ta pau ke ofis (itu misi ku).



Dan inilah hasilnya..hahah, dah ta pau dalam mangkuk ready untuk di angkut ke ofis..






selepas dilambung-lambung..huhu


Wassalam.



Wednesday, 20 June 2012

Gift d.i.y. aqiqah dan cukur jambul

Bismilahirahmanirrahim..


Ini lah Awliya Nadhah..

Alhamdulillah..majlis aqiqah dan cukur jambul sabtu 16/06 hari tu semuanya berjalan dengan clear sekali. cuma dah petang sikit tu hujan sekejap..tapi tak pe dok bawah khemah je pun.. Bermakna Awliya dah umur seminggu..Tapi kesian Awliya sebab muka dah mula naik ruam2 tebal macam abg2 dan kakak dia yang lepas lepas.. Tapi Majlis Aqiqah tetap diteruskan..tu semua alah bisa tegal biasa,, normal kan..Danish dulu pun jadi macam tu juga..cuma tak berapa nak tebal. Tapi lepas dah sembuh, fuuhh cantik, licin kulit..

Anyway seperti yang dijanjikan dan atas permintaan Kak Eita aku pun bertungkus lumus mem "print", menggunting, menampal, membungkus goody bag untuk kawan2 dan tetamu..insyallah cukup.. Semuanya D.I.Y. aku memang suka buat sendiri, tambah benda simple je kan..dan tak sampai ribu riban nak membuatnya jadi aku setuju aje lah..

Jadi sambil membuat Apam DotDot aku ngan mak banyak kali diserang Danish..heheh kelakar pun ada..Danish sekali datang menyerang, dua tangan dia hulur terus ramas apam yang tengah di dotdot kan..hah amik kau!! eee..angin satu badan..tapi sabar banyak2 pasal anak sendiri..hehehe.. Sampai lah kesudah dia serang kami tepis, dia menyerang kami mengelak.. Jadi tajuk apam kami yang sesuai kata mak "Apam Serang"!!! Siap semua..berangkat ke rumah Kak Eita. Kat rumah dia siap2kan paper bag pulak..jadinya malam hari jumaat nan indah tu aku langsung tak merasa empuknya tilam dan gebunya bantal..cuma sempat jeling2 je..kesian aku =( duduk lah kat lantai tu selagi belum siap.. Dan AKHIRNYA SIAP juga atas bantuan ramai, alhamdulillah..  Ni lah hasilnya paper bag dan Apam Serang.



ta da.. 





mula-mula... gunting tag bentuk scallop 



lepas tu...tampal tag pada dolly..senang je



lepas tu..combine semua dan stapler saje..senang kan


Ini rupanya..Apam Serang!!..theme purple and pink

Dah siap packing semuanya..