Assalamualaikum..
Percaya tak..percaya tak, gosok-gosok mata sikit, tampar-tampar pipi kuat sikit, hehe jangan jangan.. Percayalah bila mood nak memasak datang, tiada siapa boleh menghalang..hahaha~ ketawa jahat
Okeh, straight to the point, aku memang peminat fanatik sotong, tak kiralah apa jenis sotong pun semua aku balun..huhu =) dahsat ala-ala piranha kan?? Oleh kerana bahan-bahan semua ada jadi aku cadang nak godek-godek resepi kat Che Mat Gebu. Justeru jumpalah resepi ni, memandangkan resepi ni guna kaedah perap, supaya bangun esok aku blh terus lambung-lambung dalam kuali saja, so aku suka yg ini...terima kasih ye CMG =) saya guna resepi CMG..
Sebelum dilambung dalam kuali |
Resepi asal: Dapur Tanpa Sempadan
(Tapi di ubah suai sikit mengikut kehendak tekak)
Bahan-Bahan:
10 ekor sotong saiz sederhana besar (aku punya ada yang bertelur..suka..suka)
3 sudu minyak masak
1 1/2 biji bawang besar, 1 biji hiris bulat, 1/2 biji cincang
2 ulas bawang putih, cincang (tak suka tergigit)
1 tangkai daun kari, dilurut
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau kasturi, perah jusnya
1 sudu teh serbuk kunyit *
1 sudu teh serbuk ketumbar *
1/2 sudu teh serbuk jintan manis *
1 biji cili masak, potong kecil *
1 biji cili masak, potong kiub, hiasan
2 biji tomato, hiris membulat (aku suka tomato)
Caranya:
1. Bersihkan sotong, buang kulit dan potong sederhana besar / kelar saja mcm
CMG pun lagi boleh, cuci bersih dan toskan. Kemudian gaul sotong dengan
bahan-bahan bertanda ( * ) perap 20 min dan simpan dalam peti sejuk (aku
perap semalaman, pasal pagi tadi baru nak goreng).
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah cincang dan daun kari hingga wangi. Masuk sotong yang diperap semalam, gaul rata. Masak
hingga sotong berubah warna. Masuk hirisan bawang besar (lerai-leraikan).
Kacau rata lagi.
3. Masuk tomato, tambah jus limau, sedikit garam dan gula ikut citarasa, masak
sekejap, tabur potongan cili masak dan test, kalau dah mantop silakan tutup
api dan ta pau ke ofis (itu misi ku).
Dan inilah hasilnya..hahah, dah ta pau dalam mangkuk ready untuk di angkut ke ofis..
selepas dilambung-lambung..huhu |
Wassalam.
sedap nye!!! :)
ReplyDeletesedap =) haha, msk bakul angkat sendiri..kuikui
Deletedisebabkn bace post nie..gaara g cri lauk sotong..hahaha..teringin..huhuhu
Deleteterbaek kak jehan! :D
ReplyDeletehehe..ter over jus limau..masam sikit
Deletejehannnn,menggodanya sotong mu itu! nak try buat gak la.dalam peti ada lagi 3 ekor sotong duk tunggu masuk kuali
ReplyDeletehehehe..cubalah..cubalah..
DeleteAssalam, jemputla jengah blog saye.. saye ade jual long sleeve maxidress dan jubah dress cotton/denim yang selesa dan smart.
ReplyDelete--> http://hiasanterindahstore.blogspot.com/
TQ ye~
terjah..terjah =)
Delete