Showing posts with label tak kenal maka tak cinta. Show all posts
Showing posts with label tak kenal maka tak cinta. Show all posts

Friday, 8 March 2013

Hadiah untuk semua Wanita

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...hari ni aku masih bernafas..
Rasa simpati dengan nasib ahli keluarga bagi anggota-anggota yang bertugas dan masih berkawal di Lahad Datu, bertarung nyawa diorang kat sana.. dan keluarga hari-hari menunggu penuh debar..
alhamdulillah sekarang dah kembali terkawal.

Tak lupa juga, "Selamat Hari Wanita" untuk kita semua wanita-wanita diseluruh dunia =)
Siapa lagi nak wish kalau tak diri sendiri kan..kan..
Tak pelah kalau suami tak ingat, tak kecik hati pun..
janji jangan birthday or anniversary kita dia lupa
mesti nak muncung tahu..

Untuk semua wanita-wanita ini khas untuk kita semua..
Kalau biasanya kita dengar syarahan oleh Ustaz Adzhar Idrus..
Apa kata kali ni aku share ceramah oleh Ustaz Haslin Bahrim
@ Ustaz Haslin Bollywood
Aku terpikat sangat kalau ustaz ni ceramah..sempoi dan rilex ok..
Orang Jawa Ust. ni, Yok dengar...yok




selamat beramal..
LotsOfLove  8D


sekian..wassalam


Wednesday, 6 February 2013

Mereka berkait....'Selamat Pengantin Baru'

Assalamualaikum

Oh my garl!!..omg..omg.. sungguh tak ku sangka,
atau memang aku saja yang belum tahu..tak....tak...dak Ain yang aku panggil google bergerak tu pun belum tahu..Tak tau lah korang tau ke tak tau..hehee
Atau aku yang ketinggalan..
 
Hari tu aku singgah baca entry baru dari FL, tajuk pun ala-ala kanak-kanak ribena "Abg kita dah kawin-Part I".....seronoknya tengok gambo beliau dan family. Kalau nak tengok singgah lah ke blog beliau carik tajuk entry tu..
Abang FL dan kakak ipar FL memang sama cantik sama padan
Dari pelamin, sampai lah ke baju FL, semuanya sweet je..


Pic kidnap from Fatin Liyana





--------------Selepas berminggu2 berlalu----------------



Semalam waktu lunch, kerja biasalah blogwalking and stalking..jadi silent reader..Cari ilham gubahan hantaran utk majlis adik Ofis ni
yg perlukan bantuan aku..
Jalan punya jalan teringat nak tgk wedding Maria Elena, (sangat...cool couple ever) kot-kot dapat ilham deco brg hantaran kat sana...but so sad tak sempat nengok...tapi....tapi....
ada video pre-wedding dan gambar wedding di FB mukhrizudey selaku photographer beliau.
Ok...Maria Elena..siapa tak kenal sila sekarang juga boleh remove blog dan letak jawatan sebagai blogger ok. Memang nak kenalah tu :)
Untuk pre-wed, sangat-sangat sweet video mereka..
both natural dan tak nmpk berlakon atau diperlakonkan
Yang peliks nya muka tunang Maria aku sangat....sangat....familiar
lantak lah......tak ingat pun kat mana nampak..

 
Syok selak gambar wedding orang kan??
..satu ke satu page album wedding Maria
 
mata terpana seketika..ecece mcm dialog novel ler pulok
 
dalam hati ckp 'Cantiknya pelamin dia' tapi macam copy paste dengan pelamin masa wedding abg FL, oohhh maybe dia ambil sama tempat dgn planner Maria kot??
Again.... :) dari pelamin sampailah ke pengantin sangat sweet dan secocok.


 
Pic dicari gali dr fb Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography

 
Tapi....tapi.....cuba korang fikir apa kaitannya disini????
pelamin..design yang sama
kerusi sanding....juga sama
background..sama

Ya..mereka rupanya adalah berkait..tahu??
Baru aku tau yang mereka adalah Ipar duai
hahaaaahhh..hurmm, agak ketinggalan kau ye Jehan




-------------------------------------------------------------------------------------

 
Pelamin yg sweet dan di copy paste tu adalah lokasi yg sama..
Jadinya tunang Maria adalah abg FL dan Abg FL adalah suami Maria rupanya...



Pic kidnap dr blog Fatin Liyana

soooo sweett kan..betapa kecilnya dunia :)
kedua-duanya adalah blogger hebat
Maria Elena and also Fatin Liyana

semoga perkahwinan mereka hingga hujung nyawa..
amin...


wassalam 




Monday, 16 April 2012

cerita kami..

Assalamualaikum..

Hari ni aku cerita tentang "KAMI"
Kami suka posing..
Kami suka mamam..
Kami suka portluck..
Kami suka sharing..
Kami suka merayau..
Kami suka shopping online..
Kami suka gossip (tau..dosa..gossip yg baik2 ja..
yelah sangat kan..hehe).. 
Kami punya bos sporting..
Kami anti client membebel..
Kami semua sporting
Kami serupa, tapi bukan kembar..
Kami ada gelombang fikiran yang sama..
Kami very helpfull..
 Kami stress bersama..
Kami bekerja bersama...
Kami buat collection pun bersama..
Kami sebulu..
Kami sekepala..
ITULAH KAMI..budak satu ofis..peace!!





  


  


 
 
 

 
  

Kami macam family..

wassalam..



 

Sunday, 15 April 2012

Fenomena Ustaz Don Daniyal Don Biyajid


Assalamualaikum..


Sebut saja siapa kenal Ustz. Don...semua angkat tangan kan?? hehe..macam satu fenomena demam ustz Don Daniyal Don Biyajid.. Alhamdulillah sangat sebab ramai pemuda-pemudi dan bertambah petua-petui yang terdorong untuk terus terusan mendengar dan mengikuti ceramah Ustaz Don. Cara penyampaian ceramah Ustz Don memang sempoi, senang faham, sometimes ada sense of humor dan sangat menepati selera golongan muda especially.. Orang muda memang susah nak ajak apatah lagi kalau disuruh dengar "ceramah"..(bukan orang muda je yang tak suka dengar ceramah, semua org pun kan??) tapi sejak ter keluarnya ustz Don, ramai orang-orang muda mula berminat nak dengar "ceramah" tambahan pulak "ceramah agama"..itulah orang kata kalau ikhlas semuanya yang dibuat akan terkesan dihati semua orang..kan..kan

Mula-mula aku dengar ceramah Ustz Don kat TV Al-Hijrah, yang rancangan 30min Ustaz Don tu.. Masa tu ingat lagi, tajuk malam tu kalau tak salah aku BERSUCI.. Mula-mula dengar ceramah agak kelakar, sebab kan..Ustaz Don ni penuh dengan mimik muka dan suka buat real action..tak under-covered punya orang lah kiranya.. Tambah pula masa dia tengah cerita tu part mandi hadas..biasalah Ustz buat real action lah..Ustz Don nak bagi semua orang faham..

Dan lepas-lepas tu aku rajin dah ikut ceramah dia kat TV, sebab pada aku..ceramah Ustaz Don sangat terkesan..pada aku lah..and plus, ustaz ni not bad, handsome nya, so sedap jemata memandang disamping telinga mendengar celoteh Ustaz..thank you Ustaz Don..

 Apa kata siapa yang belum tau background Ustaz, meh baca:


 Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir