Wednesday 26 October 2011

3 Kategori Wanita

Salam semua..
Ini sekadar sharing dan info dari email fwrd sahaja. Kesahihannya mungkin bukanlah 100%, ada yang related dan ada yang tak sama pun..so kawan-kawan wanitaku, jomlah gatal-gatal kita check, kita dalam kategori wanita apa ye??


1) WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan dalam zodiak:
Taurus (21 April-20Mei)
Virgo (24Ogos-23 September)
dan Capricon (22 Disember-20 Januari).

Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehenda dalaman dari segi emosi dan material.
Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan.
Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita tanah harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.




2) WANITA ANGIN

Wanita angin dilahirkan dalam zodiak:

Gemini (22 Mei-21 Jun)
Libra (24 September-23 Oktober)
dan Aquarius(21 Januari-19 Februari)

Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


3) WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir dalam zodiak:

Cancer (22Jun-23 Julai)
Scorpio(24 Oktober-22 November)
dan Pisces(20 Februari-20 Mac)

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.




~ T E R I M A  .  K A S I H  . M E M B A C A  ~
 

2 comments:

  1. saye perempuan tanah.

    hmm..

    eh, camne tau saye dibuat dari tanah..?
    miaahahaha ~

    ReplyDelete
  2. hehe..soalan cepumas tu..

    kita mestilah dari tanah kan?? tak kan dari hapi kot.. wakaka..

    saya pun perempuan tanah

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi, ada masa comment lagi okeh =D