Tuesday 16 October 2012

Review Masterchef Malaysia vs US

 
BismillahirRahmanirRahim..
 
Masterchef oh masterchef...kat rumah ni semua kemaruk rancangan masterchef.. Walaupun cuma mak dan kak long je yang boleh di kategori kan "masterchef" di rumah sendiri..hahakhak, tapi rancangan ni memang no.1 di hati kami sekeluarga =)
 
Tapi bila tengok Masterchef US dengan Masterchef Malaysia banyak juga bezanya ..especially konsep workstation MC.US lebih five star dan kita punya pula lebih lighting dan terang benderang. Yang seronoknya bahagian pantry la, MC.US punya fulamak..dah macam masuk coldstorage pulak, lengkap..pilih je la apa nak dan kita punya sederhana aje kan..kan..tak baik membazir bahan-bahan yang tak perlu ada di dalam pantry. Darisegi plating pula, MC.US kebanyakannya memang cantik dan kiranya sekali pandang dari mata jatuh ke tekak la kiranya..kebanyakan nya standard 5star hotel kadang-kadang langsung tak nampak macam chef amatur yg menghias..kalau kita punya pula, kene tunggu dah byk episod baru ada rupa 5star hotel tu pun tak konsisten dan kurang kreativiti..
amboi mengomen pandainya..cuba buat tengok, 5star la sangat!! ini pendapat aku je..
 
Tapi ada pro and contra nya di sini..memandangkan orang Malaysia kan lebih lemah lembut sesuai sangat dengan penjurian kat sini. Bila part menjuri aku prefer kepada MC.M'sia lebih sesuai dengan budaya kita.. Kalau diorang punya chef rasa, fuhh komen memang berapi, dah la tu kalau tak sedap @ hampeh masakan tu di buang je depan mata semua.. aduhh, dah lah dapat malu, kalau boleh tukar kulit muka dengan kulit kasut mesti tebal 4 inci punya..frust tu tentu dah.. Tapi paling mengejutkan Mastechef US season 3 dimenangi oleh seorang yg buta tau..Christine Ha namanya..amazing kan?? alangkah besarnya cipta DIA, walaupun hanya menggunakan deria rasa selain dari eye vision still boleh bergelar Masterchef..
 
Apa pun, cakap banyak tak guna layan je lah season 3 episod 4 yang aku pilih ni..compare dengan MC.M'sia..sangat berbeza dari pelbagai aspek walaupun konsep yang sama. ye..ye mestilah ikut budaya orang kita kan..kan..tak kan nak ikut gaya mereka..ye tak??    
 
 
 
Masterchef Malaysia
 


 
 
Masterchef US
 
 
 
 
enjoys..
the end
wassalam

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi, ada masa comment lagi okeh =D