Tuesday, 1 November 2011

Resepi MasterChef

Assalam..

Seronoknya..walaupun aku tak berapa pandai lah dalam kerja masak memasak ni, tapi bab menyalin resepi mahupun menonton rancangan masak memasak memang lah jadi faberet aku..hehe, menonton pun jadilah kan..lengkali nak masak, flashback balik kaedah kaedahnye..hehe.. Nak dijadikan cerita akulah antara yang sangat2 meminati rancangan MasterChef kat Astro Ria start pukul 9.00p.m sampai pukul 10.00p.m

Tapi bermula semalam MasterChef habis pukul 9.30p.m..alooo sedih tau tak dapat tengok lama lama..Disebabkan tengok aje dah meleleh air liur..kecur liur tengok diorang men decorate masakan mereka, apa lagi aku pun google ler resepi yang aku berkenan..

Bagus tau, masakan diorang simple aje tapi ada juga lah yang berpeluh nak menyediakan.. Tapi resepi yang aku copy & paste ni yang simple but nampak tasty tau.. Sedap ke tidak kene lah try buat sendiri..insyallah bila free nanti aku ingat nak buat, nanti aku eksyen kat korang..hehe ntah bila lah dia nak buat tu?