Tuesday 1 November 2011

Rompakan kedai runcit

Assalammualaikum..

Ada tak korang terbaca kat akhbar hari ni pasal rompakan yang berlaku di sebuah kedai runcit  di Bandar Mahkota, Cheras hari Rabu yang lepas?? Bagi sesiapa yang malas nak baca paper..meh sini I ceritakan..

Dalam pukul 1.00 tgh, sekumpulan 4 orang lelaki merompak bersenjatakan parang panjang di sebuah kedai runcit. Dua daripada empat orang lelaki tu (dengan memakai topi keledar) masuk ke kedai tu dan berpura-pura membeli barang.

Sedutan dari harian metro :

“Kedua-dua mereka tiba-tiba mengeluarkan sebilah parang yang disembunyikan di pinggang mereka dan mengacukan senjata berkenaan ke arah saya.

“Tanpa berfikir, saya mengeluarkan kayu yang disembunyikan di bawah kaunter wang sebelum memukul seorang daripada mereka,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, kedua-dua mereka yang berang dengan tindakannya itu menghayunkan parang ke arahnya dan isteri

“Lelaki itu terus menetak kami tiga beranak bertubi-tubi dan ketika itu saya menepis tetakan berkenaan menggunakan tangan dan kayu.

“Tanpa saya sedari, kepala dan tangan saya sudah berdarah sebelum jeritan kuat anak dan isteri menyebabkan dua lelaki itu panik dan melarikan diri,” katanya.

“Saya menerima 10 jahitan di kepala dan cedera ringan di tangan, isteri pula menerima lapan jahitan di kedua-dua tangan dan anak lelaki saya, enam jahitan di kepala,” katanya.

Mengulas tindakannya yang bertindak berani dengan melawan dua penjenayah itu, mangsa memberitahu, dia sudah tidak tahan kerana kedai runcitnya itu sering dijadikan sasaran kumpulan penyamun sejak dua tahun lalu.

“Sebab itu saya sediakan kayu dan melawan mereka (penjenayah),” katanya.

Katanya, biarpun cedera, dia berpuas hati kerana kumpulan terbabit gagal menyamun kedainya.

Tiga beranak itu bergegas ke hospital swasta berhampiran berkenaan, di sini, sebelum pihak pengurusan hospital terbabit membuat laporan polis mengenai insiden itu.

 





Ya allah, aku amat memahami perasaan mangsa ni, sebab pengalaman kami di ofis ni pun dah 3 kali di pecah masuk. Macam macam perasaan masa tu..panik, berdebar debar, geram, takut, marah, kuang ajar diorang ni..Ya allah berilah kami keselamatan daripada bencana sebegini di dunia dan di akhirat~ amin ya rabb.. Aku sekadar nak berkongsi sahaja, dan tiada niat untuk memburukkan keadaan..


No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi, ada masa comment lagi okeh =D