BismillahirRahmanirRahim
"Selamat menyambut tahun baru" kalau masuk tahun baru 2013 semua nak celebrate bagai-bagai kan? Tapi kali ni, rasanya aku nak tonjolkan lebih rasa semangat nak menyambut tahun baru Islam pula..tahun 1434 Hijrah dan cuba sorokkan sikit ke-terujaan dapat cuti yang sehari tu dan lupakan sekejap kewajipan agenda Awal Muharram yang utama iaitu..nyanyian beramai-ramai "Satu Muharram detik permulaan..bla..bla.." huhu..
So, berbaki sehari dua lagi sebelum sambutan Awal Muharram, aku nak set reminder hp untuk tutup 'report card' lama dengan bacaan doa akhir tahun dan memulakan 'report card' baru dengan bacaan doa awal tahun. Dengan harapan supaya tahun baru nanti akan lebih collection pahala berbanding dosa-dosa macam tahun-tahun lepas..huh..So mari kita sama-sama print-out untuk salinan sendiri supaya senang dibawa ke ofis..nak bawa buku besar sangat. Tak pun online jap kat ofis, baca..
DOA AKHIR TAHUN
Kelebihan membacanya:
Sesiapa yang membaca doa ini syaitan berkata "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya selama setahun"
Cara-cara:
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Maksudnya
: Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu
tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu
sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa
yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan
kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak
meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas
kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi
peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau,
maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami
dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau
telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan
Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga
Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami
daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada
kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami
akan azab api neraka.
DOA AWAL TAHUN
Kelebihan membacanya:
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan"
Cara-cara:
Dibaca 3 kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharram 1434 Hijrah
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

Semoga amalan kita ditahun-tahun yang lepas akan diampunkan oleh Allah dan menambahkan lebih amalan pada tahun baru ini..Wallahua'lam
Salam Maal Hijrah- 1 Muharram 1434 / 15 November 2012
Salam Maal Hijrah- 1 Muharram 1434 / 15 November 2012
No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi, ada masa comment lagi okeh =D