Tuesday, 20 November 2012

Tips bila keluar dengan anak

BismillahirRahmanirRahim.
Memandangkan Danish pun hampir 2 tahun, jadi info ni sangat berguna untuk aku dan wajib untuk aku kongsikan dengan mama mama sekalian buat panduan dan untuk dipraktik kan..sangat berkesan untuk Danish sebab aku dah pun praktik kan sejak Danish pandai ekspresi kan semua perasaan dia dengan macam-macam cara, menangis bila kita larang, menjerit bila kita tak beri, merebah badan bila kita tak ikut kemahuan dia.. So bila aku dapat control diri, kadang-kadang ada juga aku praktik kan kaedah yang Prof. Dr. Rozieta share ni, tapi kadang-kadang bila lose control huh lupa semua ni..hehe, so let's try. 
ehsan google
 Di petik dari Prof. Dr. Rozieta  Shaari @ Dr. Rose
(Director and Learning Consultant for AL Advancement of Human Potential Sdn. Bhd.)
Jika akan membawa anak keluar hari ini. Buatlah 'boundaries' atau 'Perjanjian' dahulu. Anak yang sudah berusia 2 tahun boleh dilatih untuk ini.

Beritahu apa yang akan dilakukan bersama. Apa yang boleh dibeli dan berapa lama akan ke sana. Jika dia mengamuk juga hendak bermain lama-lama atau hendak membeli itu atau ini yang diluar perjanjian, ingatkan dengan baik dan penuh kasih-sayang. Jika kali ketiga masih tidak mahu, maka bawa sahaja dia dari situ dan masuk ke dalam kereta. Tenangkan dia di dalam kereta.


Kita perlu ingat juga, di pasar-pasar memang terdapat syaitan2 yang akan membisikkan kepada kita atau anak-anak kita untuk berbelanja lebih. Ini ada diingatkan di dala, hadith Nabi s.a.w. Oleh membawa dia jauh daripada tempat itu adalah perlu dan membacakan ayat Quran juga sangat perlu. Selain ia menenangkan anak, ia menenangkan kita juga.


Jika anak mengikut perjanjian dan behave, berikan pujian dan kata semangat. Ini akan memberi dia lebih kefahaman, bahawa ini lah perangai yang ibu bapanya suka.

Salam Kasih - Ibu Rose

Gentle Parenting - Keibubapaan Tenang
p/s: selamat mencuba..

2 comments:

  1. tq sudi berkongsi..boleh guna tips ni bila jejalan dgn anak-anak

    ReplyDelete
  2. sila lah cuba..insyallah, sy dah try..alhamdulillah w/p dia blm pandai communicate tp tetap berkesan =)

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi, ada masa comment lagi okeh =D