Saturday 2 February 2013

Makanan boleh merawat 'blackhead'

Assalamualaikum

Seronoknya dapat kulit yang sihat bersinar, cantik berseri dan sentiasa gedebus gedebas ala-ala penyanyi Adira tu kan?? *tapi aku sentiasa bersyukur dengan ciptaan Dia..cuma apa salahnya kita cantik untuk suami* Ini penting..perkongsian ini untuk aku dan sahabat-sahabat semua.. Salah satu masalah kita baik perempuan mahupun lelaki yang paling memeningkan kepala ialah masalah bintik-bintik hitam @ blackhead betul tak?.. Tapi jangan risau sebenarnya ada beberapa makanan yang mempunyai bahan antibakteria boleh digunakan bagi merawat masalah blackhead.
 
 
 
 Jom cuba ramai-ramai =)
 

 

1. YOGURT
Antibiotik asli yang terdapat dalam yogurt anda adalah makanan yang cukup sesuai untuk dijadikan topeng muka. Anda tidak perlu berbelanja mahal dan ianya sangat mudah untuk didapati. Amalkan satu hingga tiga kali seminggu jika anda inginkan kulit yang lebih cantik dan tampak sihat.

 
 
 
 
 
 
2. MADU
Madu sememangnya mempunyai pelbagai kegunaan untuk kesihatan tubuh badan kita. Ia juga adalah salah satu rahsia dalam kecantikan yang seringkali diamalkan oleh pakar penjagaan kulit. Menerusi kesan antibakteria yang terdapat di dalam madu asli terutamanya, ia mampu mengetatkan kulit wajah kita serta menganjalkannya. Kulit wajah anda akan menjadi lebih baik jika anda menggunakan madu asli yang segar dan kurang diproses.


 

 
3. LIMAU
Kesan antibakteria limau sememangnya kuat dan sering digunakan di seluruh dunia. Namun pastikan tiada sebarang luka di kulit wajah anda kerana bimbang ia akan menyakitkan. Anda juga boleh meletakkan limau dalam pemakanan anda. Selain daripada menjaga muka, anda juga boleh menjaga berat badan anda!
 
 
 
 
4. KULIT KAYU MANIS
Bukan sahaja enak digunakan dalam masakan, kulit kayu manis turut mempunyai kesan antibakteria yang menakjubkan apabila digunakan. Tumbuk atau hancurkan kulit kayu manis sehingga halus dan campurkan bersama dalam rutin harian anda ketika mencuci muka atau skrub. Amalkan selalu dan anda dapat melihat keberkesanannya!



5. MINYAK KELAPA
Minyak kelapa sememangnya terbukti mempunyai bahan antibakteria serta pelembab terbaik untuk kulit muka anda. Jika diamalkan selalu, minyak kelapa turut mampu mengurangkan kesan jerawat.










 
sumber perkongsian: yahoo news 
 
sekian
wassalam 


2 comments:

  1. Kebetulan dlm peti ada yogurt....bleh ler try

    ReplyDelete
  2. Thanks jehan for the tips..nak try yogurt jugaklah..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi, ada masa comment lagi okeh =D