Tuesday 26 February 2013

Saham Akhirat

Assalamualaikum

Perkongsian untuk kesejahteraan =):
Satu malam tu, abah balik dari masjid, kelam kabut
Abah terus p ke almari dia...check dalam almari dia,
pastu check ke seluar, check ke kemeja pakai petang tadi,
tak jumpa, last-last baru tanya kat mak...
Rupanya dia tak ada duit pecah, so pinjam kat mak dulu..
Tak dengar jelas apa yang abah explain kat mak
Aku pun pelik bin hairan.. nak bagi sapa duit tu?? ratus-ratus tu banyak!!
Abah ni kena pukau ke? ke masuk skim cepat kaya ke? aduhh..curiga..curiga

Lepas tu abah balik, balik..
Abah kata, "kalau korang ada duit, jangan lupa infaq kan ke mana-mana jalan yang bermanfaat supaya duit tu lebih berkat, cari saham akhirat" hurmmm..terus aku sentap.. bukan apa, bila check balik, memang sikit betul duit yang aku campakkan ke amal jariah ni.. kesian kat diri sendiri.. kaya dunia tapi miskin akhirat, tak nak lah macam tu..

Orang kata beringat..kaya sebelum miskin.. lapang sebelum sempit.. rezeki yang sikit kalau dikongsi inshaAllah rezeki tu lebih berkat...and of course akan bertahan lebih lama..compare tu kalau kita tak bersedekah atau berusaha mencari keberkatan atas hasil titik peluh kita tu...mesti cepat je nak habis, samada hilang, kena curi atau habis terbelanja (tak perasan) kadang sampai tgh bulan dah gigit cari..kan..kan

Sebenarnya abah bawa balik sekeping flyers yang kat dalam tu ada cerita pasal saham. Bukan sebarang saham..ini Saham Akhirat.. Saham Wakaf Selangor. Aku pun tak pernah dengar sebelum ni..

Saham Wakaf ni ialah salah satu cara kita boleh buat amal jariah.. cari pahala berterusan selepas mati nanti.. sebab tu dipanggil saham akhirat.. Ini baru HARTA yang boleh dibawa ke kubur.. Kaedahnya, bila kita beli unit-unit saham yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS yang menguruskan saham ni), dan mewakafkan unit-unit saham tersebut kepada MAIS kerana Allah S.W.T. dengan tujuan demi manfaat dan kebajikan umat Islam.

dalil-wakaf
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: "Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al-Baqarah: Ayat 261)


dalil-wakaf
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: "Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."
(Surah Ali ‘Imran: Ayat 92)


CARA-CARA MENYERTAI SAHAM WAKAFSELANGOR:

1. Melalui online E-Mais : http://www.mais.net.my/pay/borangsws.php

2. Melalui Peradanan Wakaf Selangor
    Tingkat 10 Menara Selatan, 
    Bangunan Sultan Idris Shah, 
    40000 Shah Alam

3. Melalui Kaunter Perbadanan Wakaf Selangor
    Tingkat Bawah Menara Selatan, 
    Bangunan Sultan Idris Shah, 
    40000 Shah Alam

4. Melalui 24 kaunter Lembaga Zakat Selangor

5. Skim Infaq (Potongan Gaji)  : 
    http://www.wakafselangor.gov.my/images/stories/pws/borang/borangb1pg.pdf

6. Akaun Bank Islam : 12-038-01-010810-6

7. Akaun BSN : 10100-41-00021290-7

8. Akaun Maybank : 5621-0662-4154

9. Akaun CIMB: 1261-0001-4871-09


Ok..penat baca kan.. untuk details lebih lanjut boleh cek disini ye
http://www.wakafselangor.gov.my/



wallahua'lam..
selamat beramal

wassalam


2 comments:

  1. Thanks for sharing & info sis.

    Cute lah header ☺☺

    ReplyDelete
  2. sharing is caring..caring is loving ;)

    thanks..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi, ada masa comment lagi okeh =D