Tuesday, 11 December 2012

Prank Hantu budak kecik

Bismillahirrahmanirrahim..

Dipagi-pagi yang buta ni nak share dengan korang pasai sebuah rancangan prank dari Brazil yang sangat ohsem gitu..hehe, kalau sakit jantung pasti dah berbuih mulut kat situ jugak.. ala-ala wakenabeb kalau kat Malaysia ni tapi yang ni version kejam wooo..

Sangat sadis sebab aksi-aksi mereka di prank dirakam dan berjuta-juta orang pula yang menonton?? kesian...kesian, so let's play the video~






astaghfirullah al a'zim..
kalau kat Malaysia ni jangan-jangan boleh kena saman tau.

p/s: kalau aku dalam lift tu, mahu buka surah juga tu, baca apa yang terlintas, tak pun azan je sekuat-kuat hati..pastu diakhir rancangan dah tau budak tu punya dajal, cucuh sikit rambut dia kat lighter biar kuncup jangan gerbang sangat..kuikuikui

jangan penting ni gurau, tak boleh gurau dok surau..hehe

wassalam~


Friday, 7 December 2012

Nota Cinta untuk Mommies


Assalamualaikum..

Tengahari hening di hari Jumaat ni suka nak share dengan semua mommies dan mommies to be tentang "Love Notes" yang di beri oleh Ibu Rose (Prof. Dr. Rozieta Shaari). Pengalaman jadi seorang Ibu sangat sweet dan membesarkan Danish sangat mencabar, so aku sangat haus dengan kata-kata semangat utk terus berusaha menjadi seorang ibu yang berjaya.. And  seriously..very touching..aku sangat tersentuh dengan Love Notes ni..so dear read it, please =)



Tuesday, 4 December 2012

Little D on camera


Assalamualaikum..

Hari ni adalah hari share picture dak boboy yang sangat fantastik, bombastik. Seperti yang aku katakan haritu, kata mesti dikota kan..kan.. So sangat lah fuhhhyooo..mencabar untuk snap picture dak boboy ni..hahaha.. Tercabar lah ke-kretifan si penangkap gambo dek kerana terpaksa lah meniarap, menonggeng, ke atas, ke bawah..nak pastikan gambar menjadi.. supaya dak kenit ni menonjolkan siapa sebenarnya little Danish (almaklumlah masa sampai Danish baru bangun tidur, so slow down sikit).. Orang kata jangan dijolok sarang tebuan, tapi ni bukan sarang tebuan, so ibu boleh jolok2 Danish, baru ada senyum sikit, buat aksi sikit tapi bila dah warm up, ok boleh mula beraksi seperti Danish yang sebenar..hanya abah ngan nenek dia yang tau, hehehe.. Ibu tak nak bagitau betapa excellent nya boboy ibu ni =)..Yang penting on that day we all just have a great day dgn mcm2 karenah..

so enjoys..


 
the most busies little Danish..macam2 nak try

  
tak kasi ibu kacau..biar dia buat semua


our and balloons


guitar or spelling?? owh..both he enjoy, 
but looks like guitar dia lebih suka laa..=(



p/s: anak ibu jadi apa dah besar nanti yea??

so, sekian tu saje
wassalam..

Tuesday, 20 November 2012

Tips bila keluar dengan anak

BismillahirRahmanirRahim.
Memandangkan Danish pun hampir 2 tahun, jadi info ni sangat berguna untuk aku dan wajib untuk aku kongsikan dengan mama mama sekalian buat panduan dan untuk dipraktik kan..sangat berkesan untuk Danish sebab aku dah pun praktik kan sejak Danish pandai ekspresi kan semua perasaan dia dengan macam-macam cara, menangis bila kita larang, menjerit bila kita tak beri, merebah badan bila kita tak ikut kemahuan dia.. So bila aku dapat control diri, kadang-kadang ada juga aku praktik kan kaedah yang Prof. Dr. Rozieta share ni, tapi kadang-kadang bila lose control huh lupa semua ni..hehe, so let's try. 
ehsan google
 Di petik dari Prof. Dr. Rozieta  Shaari @ Dr. Rose
(Director and Learning Consultant for AL Advancement of Human Potential Sdn. Bhd.)
Jika akan membawa anak keluar hari ini. Buatlah 'boundaries' atau 'Perjanjian' dahulu. Anak yang sudah berusia 2 tahun boleh dilatih untuk ini.

Beritahu apa yang akan dilakukan bersama. Apa yang boleh dibeli dan berapa lama akan ke sana. Jika dia mengamuk juga hendak bermain lama-lama atau hendak membeli itu atau ini yang diluar perjanjian, ingatkan dengan baik dan penuh kasih-sayang. Jika kali ketiga masih tidak mahu, maka bawa sahaja dia dari situ dan masuk ke dalam kereta. Tenangkan dia di dalam kereta.


Kita perlu ingat juga, di pasar-pasar memang terdapat syaitan2 yang akan membisikkan kepada kita atau anak-anak kita untuk berbelanja lebih. Ini ada diingatkan di dala, hadith Nabi s.a.w. Oleh membawa dia jauh daripada tempat itu adalah perlu dan membacakan ayat Quran juga sangat perlu. Selain ia menenangkan anak, ia menenangkan kita juga.


Jika anak mengikut perjanjian dan behave, berikan pujian dan kata semangat. Ini akan memberi dia lebih kefahaman, bahawa ini lah perangai yang ibu bapanya suka.

Salam Kasih - Ibu Rose

Gentle Parenting - Keibubapaan Tenang
p/s: selamat mencuba..