Tuesday 26 February 2013

Saham Akhirat

Assalamualaikum

Perkongsian untuk kesejahteraan =):
Satu malam tu, abah balik dari masjid, kelam kabut
Abah terus p ke almari dia...check dalam almari dia,
pastu check ke seluar, check ke kemeja pakai petang tadi,
tak jumpa, last-last baru tanya kat mak...
Rupanya dia tak ada duit pecah, so pinjam kat mak dulu..
Tak dengar jelas apa yang abah explain kat mak
Aku pun pelik bin hairan.. nak bagi sapa duit tu?? ratus-ratus tu banyak!!
Abah ni kena pukau ke? ke masuk skim cepat kaya ke? aduhh..curiga..curiga

Lepas tu abah balik, balik..
Abah kata, "kalau korang ada duit, jangan lupa infaq kan ke mana-mana jalan yang bermanfaat supaya duit tu lebih berkat, cari saham akhirat" hurmmm..terus aku sentap.. bukan apa, bila check balik, memang sikit betul duit yang aku campakkan ke amal jariah ni.. kesian kat diri sendiri.. kaya dunia tapi miskin akhirat, tak nak lah macam tu..

Orang kata beringat..kaya sebelum miskin.. lapang sebelum sempit.. rezeki yang sikit kalau dikongsi inshaAllah rezeki tu lebih berkat...and of course akan bertahan lebih lama..compare tu kalau kita tak bersedekah atau berusaha mencari keberkatan atas hasil titik peluh kita tu...mesti cepat je nak habis, samada hilang, kena curi atau habis terbelanja (tak perasan) kadang sampai tgh bulan dah gigit cari..kan..kan

Sebenarnya abah bawa balik sekeping flyers yang kat dalam tu ada cerita pasal saham. Bukan sebarang saham..ini Saham Akhirat.. Saham Wakaf Selangor. Aku pun tak pernah dengar sebelum ni..

Saham Wakaf ni ialah salah satu cara kita boleh buat amal jariah.. cari pahala berterusan selepas mati nanti.. sebab tu dipanggil saham akhirat.. Ini baru HARTA yang boleh dibawa ke kubur.. Kaedahnya, bila kita beli unit-unit saham yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS yang menguruskan saham ni), dan mewakafkan unit-unit saham tersebut kepada MAIS kerana Allah S.W.T. dengan tujuan demi manfaat dan kebajikan umat Islam.

dalil-wakaf
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: "Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al-Baqarah: Ayat 261)


dalil-wakaf
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: "Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."
(Surah Ali ‘Imran: Ayat 92)


CARA-CARA MENYERTAI SAHAM WAKAFSELANGOR:

1. Melalui online E-Mais : http://www.mais.net.my/pay/borangsws.php

2. Melalui Peradanan Wakaf Selangor
    Tingkat 10 Menara Selatan, 
    Bangunan Sultan Idris Shah, 
    40000 Shah Alam

3. Melalui Kaunter Perbadanan Wakaf Selangor
    Tingkat Bawah Menara Selatan, 
    Bangunan Sultan Idris Shah, 
    40000 Shah Alam

4. Melalui 24 kaunter Lembaga Zakat Selangor

5. Skim Infaq (Potongan Gaji)  : 
    http://www.wakafselangor.gov.my/images/stories/pws/borang/borangb1pg.pdf

6. Akaun Bank Islam : 12-038-01-010810-6

7. Akaun BSN : 10100-41-00021290-7

8. Akaun Maybank : 5621-0662-4154

9. Akaun CIMB: 1261-0001-4871-09


Ok..penat baca kan.. untuk details lebih lanjut boleh cek disini ye
http://www.wakafselangor.gov.my/



wallahua'lam..
selamat beramal

wassalam


Tuesday 19 February 2013

Photo Contest: Aku dan Dia by Blog Paly

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak join apa-apa segmen atau giveaway =( sorry tau, kadang-kadang ada segmen yang tak menarik aku tangguhkan dulu, last-last dah expired.. hahh!! pastu baru nak nyesal


Bw..bw.. tetiba terjumpa blog paly buat segmen.. =) aku suka..aku suka..mihmihmih ;D sudah tentu sebab ianya photo contest sama macam yang aku pernah join dulu [photo awesome ni yang aku pertaruhkan] ...Memang aku agak 'menggeletis'..bila terjumpa photo contest macam yang aku join ni Photo Contest: Aku dan Dia by Blog Paly ..aku kan kaki bergambar, snap sana..snap sini..nasib baik aku tarak DSLR je tu..kalau tak penuh blog ni ngan gambar je.. Dan aku sayang gambar di bawah ni =) that's why gambar ni aku pertaruhkan..huhu
 
 
 
"Tiap detik dan saat kalau mampu ibu selalu nak habiskan dengan buah hati pengarang jantung ibu yang sorang ni..  Setiap hari ibu rindu kamu, setiap hari bertambah sayang ibu pada kamu, telatah, kenakalan, ciumanmu buat ibu kalah tika ibu nak marah kamu =)

Sabar..sabar..penuh kesabaran ibu jaga kamu. Sebab ibu pegang satu, setiap saat bersama kamu, melayan kerenah, tangis dan tawa, rajuk dan amukan kamu hanya sekali seumur hidup yang ibu perlu lalu. Tiada ulangan lagi.. Lepas ni anak ibu makin membesar, masa tu mesti ibu rindu dengan ragam kamu yang dulu.. Rindu dengan rajuk dan tangisan mu yang manja tu. Sampai bila-bila ibu mahu kamu tahu, ibu sayang kamu.. Kamu anugerah yang terindah dalam hidup abah dan ibu. Semoga Danish jadi anak yang soleh dan beriman..amin "     
 
 
wassalam,
 
~end~
 

Sunday 17 February 2013

Giveaway suprise

Assalamualaikum..


Agak berabad jugak la khabar gembira ni, baru ni sempat nak di war-war kan..hehe. Suatu hari dulu aku pernah join satu giveaway? [entry dulu] Hah, dapat teka tak apa nak ku khabo kan kat sini??Yeahh...that's right, pandai pun.. alhamdulillah..macam biasalah en.juri kita random.org telah memilih aku..apasal dia pilih tu aku tak pasti.. yang penting niat asal aku join dah sangat tersasar, sebab mula-mula tu pasang niat dapat menang yang edit full blog & header pun best sangat dah pasalnya aku ni kan tangan bangku..???..tangan kayu..?? boleh lah apa je. Tak arif bab-bab coding meng edit blog / header ni.. so kalau menang yang tu kan dah senang keje aku..

Tapi, ini lagi special, aku menang peplum rupanya, bukan baju je..sepasang pulak tu..siap dengan kain lagi.. Alhamdulillah  sponsor dan of course lah pada cik penganjur Huda Syafiqah


 
Jom blogwalking dan jengah cerita terbaru cik penganjur :
dan cik sponsor untuk peplum aku yang cantik tu..hehe :

AtenJarn online Butik


Terima kasih daun keladi..
ada peluang boleh menang lagi


wassalam

Thursday 14 February 2013

2nd Newborn for Dr. Halina & Dr. Sheikh Muszaphar

Assalamualaikum..
 
Yayy!! Bella sekarang dah jadi kakak.. Seronoknya Dr.Halina untuk 2nd Newborn, again..dapat baby girl~ yayy!! anyway Alhamdulillah..rezeki dan amanah Allah patut disyukuri walau lelaki atau perempuan..kan..kan..
 
so, Happy Birthday untuk baby Sophea Natasha Binti Sheikh Muszaphar yang selamat menjengah dunia ni pada 19 Jan 2013..so cute tahu.. seriously ini menyebabkan hati aku melenting-lenting nak pregnant lagi?? betul?? betul....tapi biarlah Danish 2t lebih sikit @ 3t..cantik lah tu, huihui
 
 
Shared the photos from Barely Supermommy and instag ;p
 
 
   
huh..speechless..comel sangat..mata, hidung, mulut, jejari...
waarrgghh, indah betul ciptaanNya =)
 
 
wassalam.

Checkup


Assalamualaikum..

Errmmm...rindu rasanya kalau tak merayap ke sini. Lama ooo =) Almaklumlah cuti lama aku ni aku ada tugas khas sebagai bibik full time menjaga si bujang tu.. So agak terhad masa untuk online kat rumah.. Semalam appointment Danish. Inject dah settle, cuma cek perkembangan membesar je. 


Alhamdulillah, selalunya dapat nurse biasa je yang checkup Danish, tapi semalam ketua nurse yang checkup...so boleh manja-manja sikit tanya itu..tanya ini..hehehee.. semua dia layan baik je.. Siapa kata Klinik Kerajaan layanan hampeh?? ko silap tahu...mungkin ada sesetengah tempat je la yang service dia hancurrr..

Danish dapat ubat cacing..makan 5ml memandangkan Danish baru 1t 9b =)



sekian
wassalam  

Wednesday 6 February 2013

Mereka berkait....'Selamat Pengantin Baru'

Assalamualaikum

Oh my garl!!..omg..omg.. sungguh tak ku sangka,
atau memang aku saja yang belum tahu..tak....tak...dak Ain yang aku panggil google bergerak tu pun belum tahu..Tak tau lah korang tau ke tak tau..hehee
Atau aku yang ketinggalan..
 
Hari tu aku singgah baca entry baru dari FL, tajuk pun ala-ala kanak-kanak ribena "Abg kita dah kawin-Part I".....seronoknya tengok gambo beliau dan family. Kalau nak tengok singgah lah ke blog beliau carik tajuk entry tu..
Abang FL dan kakak ipar FL memang sama cantik sama padan
Dari pelamin, sampai lah ke baju FL, semuanya sweet je..


Pic kidnap from Fatin Liyana





--------------Selepas berminggu2 berlalu----------------



Semalam waktu lunch, kerja biasalah blogwalking and stalking..jadi silent reader..Cari ilham gubahan hantaran utk majlis adik Ofis ni
yg perlukan bantuan aku..
Jalan punya jalan teringat nak tgk wedding Maria Elena, (sangat...cool couple ever) kot-kot dapat ilham deco brg hantaran kat sana...but so sad tak sempat nengok...tapi....tapi....
ada video pre-wedding dan gambar wedding di FB mukhrizudey selaku photographer beliau.
Ok...Maria Elena..siapa tak kenal sila sekarang juga boleh remove blog dan letak jawatan sebagai blogger ok. Memang nak kenalah tu :)
Untuk pre-wed, sangat-sangat sweet video mereka..
both natural dan tak nmpk berlakon atau diperlakonkan
Yang peliks nya muka tunang Maria aku sangat....sangat....familiar
lantak lah......tak ingat pun kat mana nampak..

 
Syok selak gambar wedding orang kan??
..satu ke satu page album wedding Maria
 
mata terpana seketika..ecece mcm dialog novel ler pulok
 
dalam hati ckp 'Cantiknya pelamin dia' tapi macam copy paste dengan pelamin masa wedding abg FL, oohhh maybe dia ambil sama tempat dgn planner Maria kot??
Again.... :) dari pelamin sampailah ke pengantin sangat sweet dan secocok.


 
Pic dicari gali dr fb Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography

 
Tapi....tapi.....cuba korang fikir apa kaitannya disini????
pelamin..design yang sama
kerusi sanding....juga sama
background..sama

Ya..mereka rupanya adalah berkait..tahu??
Baru aku tau yang mereka adalah Ipar duai
hahaaaahhh..hurmm, agak ketinggalan kau ye Jehan




-------------------------------------------------------------------------------------

 
Pelamin yg sweet dan di copy paste tu adalah lokasi yg sama..
Jadinya tunang Maria adalah abg FL dan Abg FL adalah suami Maria rupanya...



Pic kidnap dr blog Fatin Liyana

soooo sweett kan..betapa kecilnya dunia :)
kedua-duanya adalah blogger hebat
Maria Elena and also Fatin Liyana

semoga perkahwinan mereka hingga hujung nyawa..
amin...


wassalam 




Sunday 3 February 2013

Wangianmu lambang peribadi

Assalamualaikum

Di pagi minggu yang berbahagia ni, nak share sikit pasal haruman wangian yang selalu kita guna..awas!! kalau salah pilih tembelang pulak bau nya..huhu Fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan wangi. Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A'raaf, ayat yang ke-31:


Haruman punya aura yang hebat. Aromanya memikat malah menjadi daya penarik individu. Malah haruman juga mencerminkan peribadi pemakainya. Pilihlah wangian yang bersesuaian dengan karektor seseorang itu.

 

Jika anda atau si dia seorang yang  agresif, hadiahkan wangian yang 
punya aroma daripada rempah ratus dan juga bauan citrus.

Jika si dia seorang yang romantik, haruman yang lembut dan 
segar sangat sesuai dengannya.

Atau si dia yang berperibadi manja dan penuh kasih sayang, aroma 
daripada ekstrak flora sesuai buat dirinya.


Sedikit panduan aroma pilihan:


 Jasmin
Aroma wangian diciptakan dalam pelbagai jenia, dari lembut hingga 
sportif atau kuat. Sesuai wanita bekerjaya dan tegas.

 
Lavender
Memberi rasa nyaman pada jiwa. Malah dapat menghilangkan 
stres akibat tekanan kerja mahupun perasaan


Ros
Lebih lembut dengan aura romantis yang bisa menggetarkan sukma. 
Haruman yang tipis mahupun kuat tetap berbau segar.

 
 Rempah Ratus
Pemanas tubuh dan memberi rasa yang bertenaga. Ada juga digunakan 
sebagai peransang untuk membaiki peredaran darah.

 
 Orkid
Orkid hutan yang liar lebih harum baunya dan meningkatkan 
keyakinan pada diri

 

Lily
Suci dan mendamaikan. Hingga tak terasa masa berlalu begitu pantas.



 Chrysanthenium
Aromanya lembut dan menyerlahkan ciri-ciri feminin seorang wanita

 

Sitrus
Gabungan aroma sitrus memang menyegarkan. Sesuai untuk
 mereka yang sibuk sepanjang hari.  




ppssttt...selamat memilih haruman yang sesuai dengan personaliti korang ye..salah bau nanti bercampur bau badan sendiri jadi busuk pulak kang..huhuu
sumber: artikel majalah
 

Saturday 2 February 2013

Makanan boleh merawat 'blackhead'

Assalamualaikum

Seronoknya dapat kulit yang sihat bersinar, cantik berseri dan sentiasa gedebus gedebas ala-ala penyanyi Adira tu kan?? *tapi aku sentiasa bersyukur dengan ciptaan Dia..cuma apa salahnya kita cantik untuk suami* Ini penting..perkongsian ini untuk aku dan sahabat-sahabat semua.. Salah satu masalah kita baik perempuan mahupun lelaki yang paling memeningkan kepala ialah masalah bintik-bintik hitam @ blackhead betul tak?.. Tapi jangan risau sebenarnya ada beberapa makanan yang mempunyai bahan antibakteria boleh digunakan bagi merawat masalah blackhead.
 
 
 
 Jom cuba ramai-ramai =)
 

 

1. YOGURT
Antibiotik asli yang terdapat dalam yogurt anda adalah makanan yang cukup sesuai untuk dijadikan topeng muka. Anda tidak perlu berbelanja mahal dan ianya sangat mudah untuk didapati. Amalkan satu hingga tiga kali seminggu jika anda inginkan kulit yang lebih cantik dan tampak sihat.

 
 
 
 
 
 
2. MADU
Madu sememangnya mempunyai pelbagai kegunaan untuk kesihatan tubuh badan kita. Ia juga adalah salah satu rahsia dalam kecantikan yang seringkali diamalkan oleh pakar penjagaan kulit. Menerusi kesan antibakteria yang terdapat di dalam madu asli terutamanya, ia mampu mengetatkan kulit wajah kita serta menganjalkannya. Kulit wajah anda akan menjadi lebih baik jika anda menggunakan madu asli yang segar dan kurang diproses.


 

 
3. LIMAU
Kesan antibakteria limau sememangnya kuat dan sering digunakan di seluruh dunia. Namun pastikan tiada sebarang luka di kulit wajah anda kerana bimbang ia akan menyakitkan. Anda juga boleh meletakkan limau dalam pemakanan anda. Selain daripada menjaga muka, anda juga boleh menjaga berat badan anda!
 
 
 
 
4. KULIT KAYU MANIS
Bukan sahaja enak digunakan dalam masakan, kulit kayu manis turut mempunyai kesan antibakteria yang menakjubkan apabila digunakan. Tumbuk atau hancurkan kulit kayu manis sehingga halus dan campurkan bersama dalam rutin harian anda ketika mencuci muka atau skrub. Amalkan selalu dan anda dapat melihat keberkesanannya!



5. MINYAK KELAPA
Minyak kelapa sememangnya terbukti mempunyai bahan antibakteria serta pelembab terbaik untuk kulit muka anda. Jika diamalkan selalu, minyak kelapa turut mampu mengurangkan kesan jerawat.










 
sumber perkongsian: yahoo news 
 
sekian
wassalam 


Friday 1 February 2013

Tawaran Istimewa Sempena Hari Wilayah 2013

Assalamualaikum..

Hai semua, hari ni ialah hari gembira untuk warga KL dan Wilayah Persekutuan..yayyyyy!! cuti nan sehari tu?? *dengan nada jelous*..aku?? dok diam-diam yea, tumpang gembira saja jumaat awak kerja ok ;p...huhuuuuoii * mengeluh jelous lagi* 

Tahun ni memang meriah.. peruntukan saja dah sebanyak 1.2j untuk perbelanjaan kos perbarisan, cabutan bertuah, pemberian cenderahati, konsert, pertandingan dan program-program lain sepanjang bulan Februari ni.

Tema tahun ni yg ke-9 'Perpaduan Teras Kesejahteraan Wilayah Persekutuan'.. hah..ambik, Wilayah Persekutuan kecik aje; Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Memacam acara yang diatur sempena sambutan tu, termasuk Pesta Ponggal Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka pada 2 Februari, Kenduri 1Wilayah secara serentak buat kali pertama di kesemua 11 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 17 Februari serta Konsert Diraja oleh artis terkenal seperti Siti Nurhaliza dan Jamal Abdillah di KLCC pada 1 Mac ini.. Huh, teruja ke tidak..ermm semestinya ler bila tiba part konsert tu..ye tak??

Yang lagi menerujakan aku mestilah bila ada tawaran2 istimewa yg dijanjikan: (walaupun aku berada diluar kawasan WP, tapi tetap gembira walau dapat tempias-tempias saja..kegembiraan kan perlu dikongsi bersama??) *nada pujuk hati*
Yang Istimewanya:
Warga Wilayah Persekutuan juga bakal menikmati diskaun kompaun trafik yang dikeluarkan DBKL dikenakan kadar bayaran RM30 bermula 1 Februari hingga 28 Februari.

Penggunaan secara percuma untuk kemudahan sukan DBKL seperti gelanggang sukan, padang bola sepak, kolam renang, skuasy dan gimnasium serta menaiki bot dan kuda di Taman Tasik Titiwangsa sepanjang bulan Februari.

1 Februari, untuk pemegang MyKad sahaja:
diskaun diberikan untuk bayaran masuk ke Aquaria KLCC RM99.00 (family pakej 2 dewasa,  2 kanak-kanak sahaja)
Tambang RM1 sahaja kalau nak naik bas KL Hop On Hop Off
Bayaran masuk RM1 lagi untuk ke Taman Burung 
dan promosi Beli 1 tiket percuma 1 tiket di Berjaya Times Square Theme Park..


walaweyy..tak ke best tu, kan secara tak langsung merapatkan semula silaturahim ahli keluarga dengan meluangkan masa bersama??
dan kalau-kalau korang macam aku ni yang tak sempat menumpang gembira berjimba-jimba pada hari ni..kita pergi Watson je lah, sebab untuk hari ni je dengan pembelian RM20 dan keatas, produk Watson boleh dpt 2x points . Di Watson points kan duit?? Tak blh lah tukar cash tapi redeem untuk apa-apa barang =) di masa-masa kekeringan poket nanti..mana tau points kita blh membantu belikan deodorant, ubat gigi dan lens solution yg dah selesai tu..hehe, suggestion je..

Dan minta maaf lah untuk warga WP Putrajaya dan Labuan sebab highlight disini untuk WPKL sahaja.. anyway nak check it out lagi boleh picit sini [Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar]


sekian,
wassalam