Wednesday, 14 November 2012

Doa akhir tahun dan awal tahun

BismillahirRahmanirRahim

"Selamat menyambut tahun baru" kalau masuk tahun baru 2013 semua nak celebrate bagai-bagai kan? Tapi kali ni, rasanya aku nak tonjolkan lebih rasa semangat nak menyambut tahun baru Islam pula..tahun 1434 Hijrah dan cuba sorokkan sikit ke-terujaan dapat cuti yang sehari tu dan lupakan sekejap kewajipan agenda Awal Muharram yang utama iaitu..nyanyian beramai-ramai "Satu Muharram detik permulaan..bla..bla.." huhu..

So, berbaki sehari dua lagi sebelum sambutan Awal Muharram, aku nak set reminder hp untuk tutup 'report card' lama dengan bacaan doa akhir tahun dan memulakan 'report card' baru dengan bacaan doa awal tahun. Dengan harapan supaya tahun baru nanti akan lebih collection pahala berbanding dosa-dosa macam tahun-tahun lepas..huh..So mari kita sama-sama print-out untuk salinan sendiri supaya senang dibawa ke ofis..nak bawa buku besar sangat. Tak pun online jap kat ofis, baca..


DOA AKHIR TAHUN

Kelebihan membacanya: 

Sesiapa yang membaca doa ini syaitan berkata "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya selama setahun"


Cara-cara:
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.



Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka. 


DOA AWAL TAHUN

Kelebihan membacanya:
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan" 

Cara-cara:
Dibaca 3 kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharram 1434 Hijrah



Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.


Semoga amalan kita ditahun-tahun yang lepas akan diampunkan oleh Allah dan menambahkan lebih amalan pada tahun baru ini..Wallahua'lam

Salam Maal Hijrah- 1 Muharram 1434 / 15 November 2012


Thursday, 1 November 2012

kenapa perlu ada penyamun?

BismillahirRahmanirRahim..

Malang tak berbau..Nak note juga kat sini..nak juga..nak juga...rasa geram pada si penyamun, perompak, peragut dan yang sejawatan dengannya untuk kira-kira hampir nak sebulan yang lepas belum sudah lagi dah "mereka-mereka" ni buat hal lagi..Kali ni lebih drastik lagi.

Tuesday, 16 October 2012

Review Masterchef Malaysia vs US

 
BismillahirRahmanirRahim..
 
Masterchef oh masterchef...kat rumah ni semua kemaruk rancangan masterchef.. Walaupun cuma mak dan kak long je yang boleh di kategori kan "masterchef" di rumah sendiri..hahakhak, tapi rancangan ni memang no.1 di hati kami sekeluarga =)
 
Tapi bila tengok Masterchef US dengan Masterchef Malaysia banyak juga bezanya ..especially konsep workstation MC.US lebih five star dan kita punya pula lebih lighting dan terang benderang. Yang seronoknya bahagian pantry la, MC.US punya fulamak..dah macam masuk coldstorage pulak, lengkap..pilih je la apa nak dan kita punya sederhana aje kan..kan..tak baik membazir bahan-bahan yang tak perlu ada di dalam pantry. Darisegi plating pula, MC.US kebanyakannya memang cantik dan kiranya sekali pandang dari mata jatuh ke tekak la kiranya..kebanyakan nya standard 5star hotel kadang-kadang langsung tak nampak macam chef amatur yg menghias..kalau kita punya pula, kene tunggu dah byk episod baru ada rupa 5star hotel tu pun tak konsisten dan kurang kreativiti..
amboi mengomen pandainya..cuba buat tengok, 5star la sangat!! ini pendapat aku je..
 
Tapi ada pro and contra nya di sini..memandangkan orang Malaysia kan lebih lemah lembut sesuai sangat dengan penjurian kat sini. Bila part menjuri aku prefer kepada MC.M'sia lebih sesuai dengan budaya kita.. Kalau diorang punya chef rasa, fuhh komen memang berapi, dah la tu kalau tak sedap @ hampeh masakan tu di buang je depan mata semua.. aduhh, dah lah dapat malu, kalau boleh tukar kulit muka dengan kulit kasut mesti tebal 4 inci punya..frust tu tentu dah.. Tapi paling mengejutkan Mastechef US season 3 dimenangi oleh seorang yg buta tau..Christine Ha namanya..amazing kan?? alangkah besarnya cipta DIA, walaupun hanya menggunakan deria rasa selain dari eye vision still boleh bergelar Masterchef..
 
Apa pun, cakap banyak tak guna layan je lah season 3 episod 4 yang aku pilih ni..compare dengan MC.M'sia..sangat berbeza dari pelbagai aspek walaupun konsep yang sama. ye..ye mestilah ikut budaya orang kita kan..kan..tak kan nak ikut gaya mereka..ye tak??    
 
 
 
Masterchef Malaysia
 


 
 
Masterchef US
 
 
 
 
enjoys..
the end
wassalam

Saturday, 13 October 2012

photoshoot 1.0

BismillahirRahmanirRahim..
 
Alhamdulillah..at last ter-set lah juga appointment untuk photoshoot our little family..maknanya me, hubby and Danish. So persetujuan kami 11-10-2012 khamis di eszhan studio Sri Kembangan. Syukur en.hubby cuti panjang, so aku ambil kesempatan tu lah set juga appointment dengan eszhan studio.
 
 
 
Bukan apa.. last time aku dah set juga untuk photoshoot outdoor, since March tau..sampai la la ni tak dan nak p menangkapnye..ermm..busy la sgt =P.. actually bukan masalah busy ke tidak, masalahnya masa aku dan en hubby selalu clash..sangat tak mengizinkan ditambah pula untuk set date dengan photographer Hairul Hakim ...so we have another part to shoot which is dengan en Hairul Hakim..tak tau la bila..but i've to call him asap takut dia pula lupa..
 
Anyway photoshoot kat eszhan studio boleh tahan lah, mungkin lebih kepada perasaan FREEDOM TO POSE sebab tak de orang lain selain kami (aku, en hubby and Danish) dan en photographer. Weehhhuu..kalau ada orang orangan kat belakang rasanya kekok juga nak senyum atau beraksi..hehe almaklumlah bukan artis ke model yang muka memang dah biasa berhadapan dengan kamera. Tapi nak beraksi pun tak de lah aksi sangat pun kami..tambah aku ni "batu" suami pulak "kayu" hah jadi lah kaku..cuma boleh senyum..senyum..dan senyum lagi..hehe, hasilnya akan ku upload, bila dah dapat nanti ye =)
 
Azimi en photographer pula adalah trainee, so lengkap lah kami ni dah lah KAKU jumpa pula dengan si PAKU, sekali di pahat sekali lah bergerak..huh, sadis kan kisah photoshoot kami.. kesian pun ada dengan en photographer tu..tambah Danish sangat "over sporting" sampaikan Azimi kat depan dia pula p duk belakang bro tu..nak tengok gambor dia ke, nak tolong tangkap kan gambor ke tak tau lah apa yang difikirkan.. (tu lah terlebih buat maths masa pregnant dulu kot..haha).. 
 
Lagi..dapat gambar 8R x 2psc, 4R x 10psc and burnt DVD 40psc, edited photos.. Not bad kan?? Settle semua lebih kurang pukul 6.30, alhamdulillah semua ok, cuma dah last-last minute tu Danish dah mula rs tak selesa..so apa lagi chalo betey..so TQ again eszhan studio.
 
On the way balik..singgah McD en hubby dah tersangat lapar katanya.. Kira-kiranya ni 1st time lah dinner kat luar bersama Danish..ok not bad, tapi tak blh lelama makan, dia mula tak senang duduk kalau lama2..hehe, happy meal 1 utk Danish.
 
~the end~
wassalam