Tuesday, 26 February 2013

Saham Akhirat

Assalamualaikum

Perkongsian untuk kesejahteraan =):
Satu malam tu, abah balik dari masjid, kelam kabut
Abah terus p ke almari dia...check dalam almari dia,
pastu check ke seluar, check ke kemeja pakai petang tadi,
tak jumpa, last-last baru tanya kat mak...
Rupanya dia tak ada duit pecah, so pinjam kat mak dulu..
Tak dengar jelas apa yang abah explain kat mak
Aku pun pelik bin hairan.. nak bagi sapa duit tu?? ratus-ratus tu banyak!!
Abah ni kena pukau ke? ke masuk skim cepat kaya ke? aduhh..curiga..curiga

Lepas tu abah balik, balik..
Abah kata, "kalau korang ada duit, jangan lupa infaq kan ke mana-mana jalan yang bermanfaat supaya duit tu lebih berkat, cari saham akhirat" hurmmm..terus aku sentap.. bukan apa, bila check balik, memang sikit betul duit yang aku campakkan ke amal jariah ni.. kesian kat diri sendiri.. kaya dunia tapi miskin akhirat, tak nak lah macam tu..

Orang kata beringat..kaya sebelum miskin.. lapang sebelum sempit.. rezeki yang sikit kalau dikongsi inshaAllah rezeki tu lebih berkat...and of course akan bertahan lebih lama..compare tu kalau kita tak bersedekah atau berusaha mencari keberkatan atas hasil titik peluh kita tu...mesti cepat je nak habis, samada hilang, kena curi atau habis terbelanja (tak perasan) kadang sampai tgh bulan dah gigit cari..kan..kan

Sebenarnya abah bawa balik sekeping flyers yang kat dalam tu ada cerita pasal saham. Bukan sebarang saham..ini Saham Akhirat.. Saham Wakaf Selangor. Aku pun tak pernah dengar sebelum ni..

Saham Wakaf ni ialah salah satu cara kita boleh buat amal jariah.. cari pahala berterusan selepas mati nanti.. sebab tu dipanggil saham akhirat.. Ini baru HARTA yang boleh dibawa ke kubur.. Kaedahnya, bila kita beli unit-unit saham yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS yang menguruskan saham ni), dan mewakafkan unit-unit saham tersebut kepada MAIS kerana Allah S.W.T. dengan tujuan demi manfaat dan kebajikan umat Islam.

dalil-wakaf
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: "Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al-Baqarah: Ayat 261)


dalil-wakaf
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: "Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."
(Surah Ali ‘Imran: Ayat 92)


CARA-CARA MENYERTAI SAHAM WAKAFSELANGOR:

1. Melalui online E-Mais : http://www.mais.net.my/pay/borangsws.php

2. Melalui Peradanan Wakaf Selangor
    Tingkat 10 Menara Selatan, 
    Bangunan Sultan Idris Shah, 
    40000 Shah Alam

3. Melalui Kaunter Perbadanan Wakaf Selangor
    Tingkat Bawah Menara Selatan, 
    Bangunan Sultan Idris Shah, 
    40000 Shah Alam

4. Melalui 24 kaunter Lembaga Zakat Selangor

5. Skim Infaq (Potongan Gaji)  : 
    http://www.wakafselangor.gov.my/images/stories/pws/borang/borangb1pg.pdf

6. Akaun Bank Islam : 12-038-01-010810-6

7. Akaun BSN : 10100-41-00021290-7

8. Akaun Maybank : 5621-0662-4154

9. Akaun CIMB: 1261-0001-4871-09


Ok..penat baca kan.. untuk details lebih lanjut boleh cek disini ye
http://www.wakafselangor.gov.my/



wallahua'lam..
selamat beramal

wassalam


Tuesday, 19 February 2013

Photo Contest: Aku dan Dia by Blog Paly

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak join apa-apa segmen atau giveaway =( sorry tau, kadang-kadang ada segmen yang tak menarik aku tangguhkan dulu, last-last dah expired.. hahh!! pastu baru nak nyesal


Bw..bw.. tetiba terjumpa blog paly buat segmen.. =) aku suka..aku suka..mihmihmih ;D sudah tentu sebab ianya photo contest sama macam yang aku pernah join dulu [photo awesome ni yang aku pertaruhkan] ...Memang aku agak 'menggeletis'..bila terjumpa photo contest macam yang aku join ni Photo Contest: Aku dan Dia by Blog Paly ..aku kan kaki bergambar, snap sana..snap sini..nasib baik aku tarak DSLR je tu..kalau tak penuh blog ni ngan gambar je.. Dan aku sayang gambar di bawah ni =) that's why gambar ni aku pertaruhkan..huhu
 
 
 
"Tiap detik dan saat kalau mampu ibu selalu nak habiskan dengan buah hati pengarang jantung ibu yang sorang ni..  Setiap hari ibu rindu kamu, setiap hari bertambah sayang ibu pada kamu, telatah, kenakalan, ciumanmu buat ibu kalah tika ibu nak marah kamu =)

Sabar..sabar..penuh kesabaran ibu jaga kamu. Sebab ibu pegang satu, setiap saat bersama kamu, melayan kerenah, tangis dan tawa, rajuk dan amukan kamu hanya sekali seumur hidup yang ibu perlu lalu. Tiada ulangan lagi.. Lepas ni anak ibu makin membesar, masa tu mesti ibu rindu dengan ragam kamu yang dulu.. Rindu dengan rajuk dan tangisan mu yang manja tu. Sampai bila-bila ibu mahu kamu tahu, ibu sayang kamu.. Kamu anugerah yang terindah dalam hidup abah dan ibu. Semoga Danish jadi anak yang soleh dan beriman..amin "     
 
 
wassalam,
 
~end~
 

Sunday, 17 February 2013

Giveaway suprise

Assalamualaikum..


Agak berabad jugak la khabar gembira ni, baru ni sempat nak di war-war kan..hehe. Suatu hari dulu aku pernah join satu giveaway? [entry dulu] Hah, dapat teka tak apa nak ku khabo kan kat sini??Yeahh...that's right, pandai pun.. alhamdulillah..macam biasalah en.juri kita random.org telah memilih aku..apasal dia pilih tu aku tak pasti.. yang penting niat asal aku join dah sangat tersasar, sebab mula-mula tu pasang niat dapat menang yang edit full blog & header pun best sangat dah pasalnya aku ni kan tangan bangku..???..tangan kayu..?? boleh lah apa je. Tak arif bab-bab coding meng edit blog / header ni.. so kalau menang yang tu kan dah senang keje aku..

Tapi, ini lagi special, aku menang peplum rupanya, bukan baju je..sepasang pulak tu..siap dengan kain lagi.. Alhamdulillah  sponsor dan of course lah pada cik penganjur Huda Syafiqah


 
Jom blogwalking dan jengah cerita terbaru cik penganjur :
dan cik sponsor untuk peplum aku yang cantik tu..hehe :

AtenJarn online Butik


Terima kasih daun keladi..
ada peluang boleh menang lagi


wassalam

Thursday, 14 February 2013

2nd Newborn for Dr. Halina & Dr. Sheikh Muszaphar

Assalamualaikum..
 
Yayy!! Bella sekarang dah jadi kakak.. Seronoknya Dr.Halina untuk 2nd Newborn, again..dapat baby girl~ yayy!! anyway Alhamdulillah..rezeki dan amanah Allah patut disyukuri walau lelaki atau perempuan..kan..kan..
 
so, Happy Birthday untuk baby Sophea Natasha Binti Sheikh Muszaphar yang selamat menjengah dunia ni pada 19 Jan 2013..so cute tahu.. seriously ini menyebabkan hati aku melenting-lenting nak pregnant lagi?? betul?? betul....tapi biarlah Danish 2t lebih sikit @ 3t..cantik lah tu, huihui
 
 
Shared the photos from Barely Supermommy and instag ;p
 
 
   
huh..speechless..comel sangat..mata, hidung, mulut, jejari...
waarrgghh, indah betul ciptaanNya =)
 
 
wassalam.